ANTARA nasihat yang diberikan untuk menjaga kesihatan ketika keadaan berjerebu ialah makan timun. Apa kaitan timun dengan jerebu? Berdasarkan perubatan tradisional Cina, timun ada banyak khasiat untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan. Bagi orang yang mula sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk, timun antara cara mudah dan murah untuk mengatasinya. Caranya mudah, cuma gaulkan hirisan timun dengan sedikit garam dan makan sebagai ulam. Jerebu teruk yang berpunca daripada asap pembakaran di negara jiran boleh menyebabkan:

  • Gatal kerongkong dan batuk.
  • Mata pedih dan berair.
  • Sukar atau sesak nafas.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit gatal dan ruam.
  • Sakit dada.

Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk menjaga kesihatan, iaitu:

  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Pesakit asma dinasihatkan kekal dalam rumah kerana jerebu boleh sebabkan komplikasi penyakit semakin teruk dan jangkitan kuman.
  • Gunakan topeng muka.
  • Minum banyak air masak.
  • Kurangkan penggunaan kenderaan bermotor.
  • Jangan melakukan pembakaran terbuka.
  • Tutup takungan air simpanan.
  • Elakkan terkena hujan ketika jerebu.