Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Teknologi media massa telah banyak memberi impak yang amat kuat terhadap kita semua umat Islam lebih-lebih lagi di Malaysia ini. Pengaruh baik banyak, pengaruh buruk lagi banyak. Untuk menangkis pengaruh buruk yang berleluasa akibat ledakan teknologi media massa pn , kita seharusnya menggunakan teknologi di samping usaha2 secara manual. Umpamanya teknologi maklumat yg sedang kita guna sekarang ini.

Contoh mudah penggunaan teknologi untuk memberi manfaat pada agama iaitu seperti mikrofon. Jika mikrofon tidak digunakan dimasjid2 , nescaya orang ramai xkan dengo mu’azzin melaungkan azan. So begitulah dengan hal2 yang lain. Ilmu semua dari Allah dan barang yang tercicir dalam Islam, kita perlu kutip balik dan guna untuk beri manfaat kepada agama. Orang2 agama lain guna ilmu utk kepentingan masing2, tetapi kita sebagai hamba Allah, gunakanlah ilmu pengetahuan sebagai alat untuk membantu agama Allah setakat yg termampu dalam kaedah masing2. Sesuai dengan status kita sebagai khalifah di muka bumi ini merangkap hamba kepada Allah S.W.T, so kita kenalah berusaha dan berlagak sebagai hamba setakat mampu, sama2 elakkn daripada berlagak seperti tuan di atas muka bumi ini walaupn kita dilantik oleh manusia lain sebagai manager ke, ketua ke apa. Status kita sebagai hamba memang x dapat kita lari.

Bak kata pepatah, “mata pena lebih tajam dari mata pedang”. Kata2 ini semacam lama sudah dilupakan orang. Tetapi hakikatnya , dengan adanya teknologi maklumat skrg, kita mempunyai medan yg amat besar utk menyampaikan kebaikan pada seluruh manusia. Bahasa yg digunakan pn tidak terhad. Sabda nabi S,A.W. yang bermaksud, ” sampaikan lah dari ku walaupn satu ayat”. Untuk itu, menyampaikan apa2 ajaran dari nabi adalah satu sunnah dan of course untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. *****a yang penting, sebaran2 yg kita lakukn itu mestilah tidak bertentangan dengan aliran Mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana kita telah sedia maklum di Malaysia ini, mengakui aliran mazhab tersebut kerana ianya mempunyai susur galur direct kepada nabi Muhammad S.A.W. Pasang niat betul2 kerana setiap amalan itu dikira berdasarkan pada niat masing2, kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah Ta’ala berfirman:

“Alif laaf miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 1-3)

Sekarang ini kita betul2 berada di pengakhiran zaman, di ambang kemusnahan dunia. Gejala2 maksiat dah berleluasa walaupn di kalangan umat Islam sendiri. Kita seumpama telah kembali ke zaman jahiliyah dahulu. Orang Islam pun sudah tidak nampak macam org Islam lagi, astaghfirullah… Idola2 daripada barat diambil, diminati dsbnya. Ingatlah pesan nabi yang bermaksud “siapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah golongan mereka”. Kita mintak jauh daripada nabi x mengaku kita sebagai umatnya, kerana kita ikut contoh umat lain (barat sbg contoh) sebagai ikutan fesyen, perangai dsbnya. Sunnah2 nabi kita x cuba ikut dan semai sebagai amalan dan budaya kita. Sedih2 .

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. H.R. Abu Daud

Oleh itu saya menyeru wahai teman2 seperjuangan semua, agar kita sama2 manfaatkan teknologi yang tersedia ada sekarang ini untuk sama2 berdakwah, menyeru ke jalan Allah, agar kita semua menjadi org2 yg diredhai Allah mudah2an. „Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah adalah Al-Islam. Sama2 la kita menjadi penasihat antara satu sama lain di alam cyber ini dengan amar ma’ruf nahi mungkar. Kalau x kita sendiri umat Islam mempertahankan kesucian agamanya, siapa lagi?? Allah tidak mencipta manusia dan jin melainkan untuk menjadi hamba kepadaNya. Allah tidak cipta kita untuk kita berfoya2 di atas muka bumi ini, x kenal dosa pahala, x ikut apa yg Allah perintah dalam AlQuran dan AlHadith, hidup bebas sebebasnya, bukan, bukan itu tujuan Allah S.W.T cipta kita semua. Nabi pn ada bersabda yg bermaksud, “Dunia ini penjara bagi org mu’min” . Maksud penjara itu bukan lah kita berada dalam penjara buatan manusia itu, tetapi kita terikat dengan ibadah 5 waktu, dosa pahala dsbnya umpama kita ni berada dalam penjara. Tidak ada istilah hidup bebas sebebasnya dalam Islam. Manusia telah diberi akal fikiran dan kita disuruh guna akal kita dengan sebaiknya. Kalau semua hendak bebas tanpa terikat dengan apa2 hukum, maka dunia ini akan punah ranah dengan lebih cepat lagi.

Sabda nabi yg bermaksud “Berfikirlah kamu terhadap kejadian yg Allah buat, jangan kamu berfikir pada zatNya”. Berfikir itu adalah suatu ibadah, selagi ianya dilandaskan pada niat berfikir pada kebesaran Allah, agar kita makin kenal Allah, makin merasa lemahnya kita sebagai manusia, perlu bergantung pada Allah. Tetapi jangan sampai kita berfikir pada zat Allah sudah, iaitu jangan sekali2 membayangkan bagaimana rupa Allah, bagaimana tempat tinggal Dia dsbnya. Kita dilarang untuk berfikir sampai ke tahap itu kerana syaitan akan mempengaruhi kita agar kita membayangkan perkara yang bukan2 terhadap Allah. Dan kita kena tahu, untuk melihat Allah hanya Allah izin di hari akhirat nanti bagi sesiapa yg Allah kehendaki.

Ketahuilah bahawasanya Allah sudah gelarkan kita ini di dalam AlQuran sebagai INSAN. Insan ini di dalam bahasa arabnya bermakna pelupa. So kita semua ini adalah pelupa, Sebab itu la kita mesti hidup berjemaah, agar masing2 dapat menjadi penasihat dan pengingat kepada masing2. Pelupa mesti sentiasa diingati agar tidak terus lalai dengan sifat pelupanya itu. Dan sebagai pelupa, kita mestilah bersedia menerima teguran dan ingatan daripada orang lain, kerana kita sedia maklum bahawa kita ini tidak lari dari membuat kesilapan.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran.

(QS Al-Asr 1-3)

Sama2 lah kita mencari bekal untuk menghadapi perjalanan yang akan kita tempuh , yang bukan sahaja di dunia ini, tetapi di alam barzakh dan di alam akhirat nanti. Semoga kita semua tidak termasuk di dalam golongan orang2 yg rugi. Alangkah bagusnya kalau kita mempunyai sifat rela buat apa saja kerana Allah, rela berdarah atau pun mati kerana Allah. MasyaAllah. Tetapi kita mesti pastikan, apa yang kita buat itu adalah apa yg betul2 disuruh oleh Allah, bukan semata2 kita kata kita buat kerana Allah, tetapi sebenarnya apa yg kita buat itu, x menepati langsung dengan kehendak Islam, na’uzubillah min zaalik. Belajo lah setakat termampu dengan ilmu agama. “Ilmu itu Nur (cahaya)”, “ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah”, “Menuntut ilmu (fardhu ain) itu FARDHU ke atas setiap muslim dan muslimat”.

Wallahu a’lam