Seandainya seluruh ayat dalam Al-Qur’an itu muhkamat,maka luputlah hikmah ujian atas pembahagian tersebut, baik secara pembenaran mahupun amalan, kerana telah jelas maknanya dan tidak ada kesempatan untuk menyimpang dengan berpegang teguh kepada ayat-ayat mutasyaabihaat untuk tujuan fitnah dan mencari-cari takwilnya.

Dan seandainya seluruh Al-Qur’an itu mutasyaabihaat, maka luputlah fungsinya sebagai penjelasan dan petunjuk bagi manusia, serta tidak memungkinkan untuk mengamalkannya dan membangun aqidah yang lurus di atasnya.

Akan tetapi Allah – dengan hikmah-Nya – menjadikan Al-Qur’an sebahagiannya ayat-ayat muhkamat yang kepadanyalah dikembalikan ketika terjadi kesamaran; dan sebahagian lainnya ayat-ayat mutasyaabihaat sebagai batu ujian bagi para hamba supaya membezakan orang-orang yang jujur imannya dari orang-orang yang dalam hatinya ada kesesatan. Maka jika dia jujur atau benar imannya, dia akan mengetahui bahawa Al-Qur’an seluruhnya adalah dari sisi Allah ta’ala, sedangkan apa-apa yang datang dari sisi Allah itu pasti benar dan tidak mungkin di dalamnya ada kebathilan dan pertentangan berdasarkan firman Allah ta’ala :

لاّ يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَلاَ مِنْ خَلْفِهِ تَنزِيلٌ مّنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ

”Tidak datang kepadanya (Al-Qur’an) kebathilan baik dari depan dan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji” (QS. Fushshilat : 42).

Dan firman Allah ta’ala :

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيراً

”Kalau sekiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya” (QS. An-Nisaa’ : 82).

Adapun orang-orang yang di dalam hatinya ada kesesatan atau penyimpangan, maka mereka mengambil sebahagian ayat-ayat mutasyaabihaat sebagai jalan untuk merubah yang muhkam dan mengikuti hawa nafsu dalam membuat keraguan tentang khabar-khabar dan menganggap berat atas hukum-hukum. Oleh kerana itu kamu dapati kebanyakan orang yang menyimpang dalam hal aqidah dan amal, mereka itu berhujjah dengan ayat-ayat mutasyaabihaat ini.

Wallaahu A’lam

@Abu Al-Jauzaa’