Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah

Ta’arudh adalah pertentangan antara dua ayat, iaitu keterangan dari dua kedua ayat tersebut saling berlawanan antara yang satu dengan yang lain, misalnya ada satu ayat yang menetapkan tentang sesuatu, sedangkan ada ayat lain yang menafikan hal tersebut.

Dan tidak mungkin terjadi ta’arudh antara dua ayat yang sifatnya khabar (keterangan), kerana konsekuensi dari ta’arudh pada ayat khabar itu harus ada salah satu dari ayat tersebut yang bohong, dan hal itu mustahil terdapat dalam khabar-khabar Allah ta’ala. Allah ta’ala berfirman :

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ حَدِيثاً

”Dan siapakah yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?” (QS. An-Nisaa’ : 87).

 

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ قِيلاً

”Dan siapakah yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?” (QS. An-Nisaa’ : 122).

Dan tidak mungkin terdapat pertentangan antara dua ayat yang mengandungi masalah hukum, kerana ayat yang datang terakhir berfungsi sebagai nasikh (penghapus) terhadap ayat yang datang sebelumnya. Allah ta’ala berfirman :

مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا

”Ayat mana saja yang Kami nasakhkan atau Kami jadikan (manusia) melupakannya, Kami mendatangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya” (QS. Al-Baqarah : 106).

Dan jika nasakh (penghapusan) telah ditetapkan, maka hukum pertama tidak berlaku lagi dan tidak bertentangan dengan hukum yang datang sesudahnya.

Dan apabila kamu melihat adanya ta’arudh dalam masalah tersebut, maka cubalah kompromikan antara kedua nash tersebut. Jika hal ini tidak biasa kamu lakukan, maka wajib atasmu untuk tawaqquf (diam) dan menyerahkan urusan tersebut kepada ahlinya (orang yang lebih berkompeten).

Para ulama rahimahullah telah menyebutkan banyak contoh tentang masalah ta’arudh, mereka menjelaskan bagaimana cara untuk mengkompromikannya. Dan kitab yang paling bagus membahas masalah ini adalah kitab Daf’u Ihamil-Idlthirab ‘an Ayil-Kitab karya Syaikh Muhammad Alin Asy-Syinqithi rahimahullah. Di bawah ini contoh masalah ta’arudh dan cara untuk mengkompromikannya seperti berikut :

هُدًى لّلْمُتّقِينَ

”Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (QS. Al-Baqarah : 2).

Dan firman Allah ta’ala :

شَهْرُ رَمَضَانَ الّذِيَ أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لّلنّاسِ

”(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia” (QS. Al-Baqarah : 185).

Allah ta’ala menjadikan hidayah (petunjuk) Al-Qur’an dalam ayat yang pertama adalah khusus bagi orang-orang yang bertaqwa, sedangkan pada ayat kedua berlaku umum bagi manusia. Dan al-jam’u (kompromi) dari kedua ayat tersebut adalah bahawa hidayah pada ayat pertama adalah hidayah taufiq wal-intifa’ (hidayah taufik dan hidayah untuk mengambil manfaat). Sedangkan hidayah pada ayat kedua adalah hidayah tabyin wal-irsyad (hidayah penjelasan dan bimbingan).

 

Dan contoh lain yang semisal dengan kedua ayat di atas adalah firman Allah ta’ala tentang Rasul-Nya berikut ini :

إِنّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـَكِنّ اللّهَ يَهْدِي مَن يَشَآءُ

”Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya” (QS. Al-Qashshash : 56).

Dan firman-Nya :

وَإِنّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَىَ صِرَاطٍ مّسْتَقِيمٍ

”Dan sesungguhnya engkau benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus” (QS. Al-Mukminuun : 73).

Maksud hidayah pada ayat pertama adalah hidayah taufiq, sedangkan hidayah pada ayat kedua adalah hidayah tabyin.

Dan contoh yang lain dalam firman Allah ta’ala :

شَهِدَ اللّهُ أَنّهُ لاَ إِلَـَهَ إِلاّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ

”Allah menyatakan bahawasanya tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu)” (QS. Ali Imran : 18).

Dan firman-Nya :

وَمَا مِنْ إِلَـَهٍ إِلاّ اللّهُ

”Dan tidak ada ilah (yang berhak disembah) kecuali Allah” (QS. Ali Imran : 62)

Dan firman-Nya :

وَلاَ تَدْعُ مَعَ اللّهِ إِلَـَهاً آخَرَ

”Janganlah kamu sembah, disamping (menyembah) Allah, tuhan apapun yang lain” (QS. Al-Qashshash : 88).

Dan firman-Nya :

فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آلِهَتُهُمُ الّتِي يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ مِن شَيْءٍ لّمّا جَآءَ أَمْرُ رَبّكَ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ

”Kerana itu tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, di waktu adzab Rabbmu datang. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka” (QS. Huud : 101).

Pada dua ayat yang pertama dinafikan Uluhiyyah kepada selain Allah ta’ala, sedangkan pada dua ayat berikutnya di-itsbat-kan (ditetapkan) uluhiyyah kepada selain Allah ta’ala.

Dan kompromi dari ayat-ayat tersebut adalah bahawa Uluhiyyah yang khusus bagi Allah ‘azza wa jalla iaitu Uluhiyyah yang haq (benar). Dan bahawa istbat (penetapan) Uluhiyyah bagi selain-Nya iaitu Uluhiyyah yang bathil, berdasarkan firman Allah ta’ala :

ذَلِكَ بِأَنّ اللّهَ هُوَ الْحَقّ وَأَنّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنّ اللّهَ هُوَ الْعَلِيّ الْكَبِيرُ

”(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah Ilah Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang bathil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar” (QS. Al-Hajj : 62).

Dan di antara contoh lain adalah firman Allah ta’ala :

قُلْ إِنّ اللّهَ لاَ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَآءِ

”Katakanlah : Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) peruatan yang keji” (QS. QS. Al-A’raf : 28).

Dan firman-Nya :

وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمّرْنَاهَا تَدْمِيراً

”Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepantasnyalah berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya” (QS. Al-Israa’ : 16).

Pada ayat pertama menunjukkan bahawa Allah ta’ala melarang perbuatan keji, sedangkan pada teks ayat kedua menunjukkan bahawa Allah ta’ala membiarkan atas kefasikan.

Kompromi dari kedua ayat tersebut adalah bahawa perintah pada ayat pertama iaitu perintah syar’i, dan Allah tidak memerintahkan untuk berbuat kekejian secara syar’i berdasarkan firman-Nya :

إِنّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِي الْقُرْبَىَ وَيَنْهَىَ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ

”Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berbuat adil dan berbuat kebaikan, memberikan kepada kaum kerabat. Dan Allah melarang dari perbuatan keji, munkar, dan permusuhan” (QS. An-Nahl : 90).

Sedangkan pada ayat kedua iaitu perintah kauni (sebab akibat), dan Allah ta’ala secara kauni menetapkan kepada apa saja yang Dia kehendaki sesuai dengan ketetapan-Nya dan hikmah-Nya, berdasarkan firman-Nya :

إِنّمَآ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئاً أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

”Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya “Jadilah”, maka terjadilah ia” (QS. Yaasiin : 82).

Bagi yang ingin untuk memperdalam tentang masalah ini beserta contoh-contohnya, hendaklah merujuk pada kitab Daf’u Ihamil-Idlthirab ‘an Ayil-Kitab karya Asy-Syinqithi rahimahullah.