Oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah
Yang dimaksud dengan tertib dalam Al-Qur’an adalah membaca Al-Qur’an secara berkesinambungan dan berurutan sesuai dengan yang tertulis dalam Mushhaf-Mushhaf dan yang dihafal oleh para shahabat radhiyallaahu ‘anhum ajma’in.
Tertib dalam Al-Qur’an ada 3 macam, iaitu :
1. Tertib Kalimah (kata), iaitu setiap kata dalam suatu ayat harus diletakkan pada tempat yang semestinya. Hal ini berdasarkan dalil nash dan ijma’, dan kami tidak mengetahui ada seorang pun yang memperselisihkannya tentang masalah ini. Sebagai contoh, tidak boleh membaca ayat dalam surat Al-Fatihah : للّهِ الْحَمْدُ رَبّ الْعَالَمِينَ sebagai pengganti الْحَمْدُ للّهِ رَبّ الْعَالَمِينَ .
2. Tertib Ayat, iaitu setiap ayat dari suatu surah harus diletakkan pada tempat yang semestinya. Hal ini berdasarkan dalil nash dan ijma’, dan yang demikian ini adalah wajib menurut pendapat yang rajih (kuat) dan menyelisihinya hukumnya adalah haram. Sebagai contoh, tidak boleh membaca ayat : مَـَلِكِ يَوْمِ الدّينِ – الرّحْمـَنِ الرّحِيم sebagai pengganti الرّحْمـَنِ الرّحِيمِ – مَـَلِكِ يَوْمِ الدّينِ .
Dan dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan bahawa Abdullah bin Az-Zubair radhiyallaahu ‘anhu berkata kepada ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu tentang firman Allah ta’ala :
وَالّذِينَ يُتَوَفّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيّةً لأزْوَاجِهِمْ مّتَاعاً إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ
”Dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya” (QS. Al-Baqarah : 240) bahawa ayat ini dinasakh (dihapus) oleh ayat lainnya iaitu firman Allah ta’ala :
وَالّذِينَ يُتَوَفّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبّصْنَ بِأَنْفُسِهِنّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً
”Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber’iddah) empat bulan sepuluh hari” (QS. Al-Baqarah : 234).
Dan ayat ini dibaca sebelum ayat yang tadi. Dia (Abdullah bin Zubair) berkata,”Kenapa engkau menulisnya?” ( = iaitu menulis apa yang telah dihapus).
Maka ‘Utsman radliyallaahu ‘anhu menjawab : “Wahai anak saudaraku, aku tidak mahu merubah Al-Qur’an sedikitpun dari tempatnya”. Dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, dan Tirmidzi dari hadits ‘Utsman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu bahawa diturunkan sejumlah (ayat-ayat ), maka apabila turun kepada beliau suatu ayat, beliau memanggil sebahagian orang yang mampu menulis, kemudian beliau berkata,”Letakkanlah ayat-ayat ini pada satu surah yang disebutkan di dalamnya begini dan begini”.
3. Tertib Surat, iaitu setiap surat dari satu Mushhaf harus diletakkan pada tempat yang semestinya. Hal ini berdasarkan ijtihad para ulama, sehingga hukumnya tidak wajib.
Dalam kitab Shahih Muslim dari Hudzaifah bin Al-Yaman radhiyallaahu ‘anhu bahawa pada suatu malam ia shalat bersama Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam, maka Nabi membaca surat Al-Baqarah kemudian surat An-Nisaa’, kemudian surat Aali Imran ( = dengan kata lain, Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam membaca surah ke-2 dalam urutan mushhaf, kemudian surat ke-4, dan kemudian surat ke-3).
Dan diriwayatkan oleh Al-Bukhari sebagai ta’liq (komentar) tentang Al-Ahnaf bahawa beliau (Al-Ahnaf) pada raka’at pertama membaca surat Al-Kahfi, dan pada raka’at kedua membaca surat Yusuf atau surat Yunus. Dan disebutkan bahawa beliau shalat shubuh bersama ‘Umar bin Al-Khaththab dengan membaca dua surat tersebut (iaitu surat Yusuf dan surat Yunus).
Berkata Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah : “Diperbolehkan membaca surat ini sebelum (surat) ini (secara tidak urut), dan demikian pula dalam penulisannya. Oleh kerana itu, mushhhaf-mushhaf para shahabat radhiyallaahu ‘anhu berbeza-beza dalam hal penulisannya, akan tetapi ketika mereka telah menyepakati mushhaf pasa masa ‘Utsman radhiyallaahu ‘anhu, maka hal ini menjadi sunnah Khulafa-ur-Rasyidin, dan hadits telah menunjukkan bahawa sunnah mereka wajib diikuti”.
Sila tinggalkan komen