Oleh : Syeikhul Akbar Ibnu ‘Arabi Muhyiddin

Barzakh ialah pengantara atau pemisah yang ma’kul(pada anggapan),  yang menceraikan dua perkara.  Barzakh itu tidak dapat diperhatikan dengan deria.   Apabila ada dua perkara bertemu bersama,  maka di situ adanya barzakh.  Barzakh itu bukan daripada Ain atau Zat kedua-dua perkara itu,  tetapi mempunyai tenaga kedua-duannya.

Oleh kerana pengantara ini adalah satu perkara yang memisahkan,

  • “Yang Diketahui” dengan “Yang Tidak Diketahui”

  • Ma’dum dengan Maujud

  • Nafi dengan Isbat

  • Ma’kul dengan Bukan Ma’kul,

maka iannya diistilahkan sebagai Barzakh.

Ianya ada dalam anggapan dan khayalan sahaja.

  • Jika anda kaji melalui deria,  anda tahu yang anda mengetahui sesuatu hakikat yang anda telah tahu.

  • Jika anda kaji dengan dalil,  anda akan ketahui itu adalah kosong sahaja.

Apakah yang menyebabkan anda mengisbatkan hakikat-Nya dan di samping itu menafikan pula?  Itulah khayal yang bukan ma’dum dan bukan pula wujud;  bukan “yang diketahui”  dan bukan “yang tidak diketahui”;  bukan nafi dan bukan isbat.

Orang yang melihat cermin tahu yang ia melihat bayangannya.  Apabila ia datang dekat cermin itu dan meneliti dirinya dalam cermin itu,  maka ia tahu pula yang ia tidak melihat dirinya di situ.  Jika cermin itu kecil,   ia tahu bayangannya lebih besar dari apa yang dilihatnya.  Jika cermin itu besar,  dilihat bayangannya sangat besar  meskipun ia tahu dengan yakin yang bayangnya lebih kecil dari apa yang dilihatnya.  Dia tidak dapat menafikan yang ia melihat bayangannya sendiri.

Sungguhpun bayangan dalam cermin itu tidak sama besar,  apabila ia berkata bahawa dia melihat bayangannya atau pun ia berkata bahawa dia tidak melihatnya,  ia bukan bercakap benar dan bukan pula bercakap bohong.

Maka apakah itu bayangan yang dilihatnya???

  • Di manakaha ia berada???

  • Bagaimanakah keadaannya???

  • Ianya adalah yang dinafikan dan yang diisbatkan,  ada dan tidak ada,  yang diketahui dan yang tidak diketahui.

Adakah yang mempunyai hakikat kerana ia bukan tidak ada langsung”  Deria melihatnya tetapi ia bukan ada wujud hakiki.  Anda tahu pula ia maujud dan bukan semata-mata kosong sahaja.

Ke dalam hakikat seperti inilahmanusia masuk dalam waktu tidur dan selepas matinya.  Dilihatnya keinginan atau nafsunya berbentuk-bentuk.  Bentuk-bentuk itu bercakap kepadanya,  dan dia pula bercakap-cakap kepada bentuk-bentuk itu seperti bercakap dengan orang-orang yang berjasad.  Orag-orang yang kashaf melihat semasa jaga apa yang dilihat oleh orang-orang yang sedang tidur dan apa yang tleah dilihat oleh orang yang telah mati. Begitu jugalah seseorang itu melihat amalnya ditimbang meskipun amal itu semata-mata kualiti sahaja tanpa berjasad. Maut atau mati adalah hanya perkara nisbah perceraian selepas Ijtima’.

Apabila Allah memerintah yang mumkin(makhluk) menjadi apa yang telah ditentukan dalam bakat-bakatnya,  maka mereka bergegas untuk melihat apa yang memang sedia wujud;  kerana mereka berbakat untuk melihat sebagaimana juga mereka berbakat untuk mendengar.

Apabila yang mumkin terzhohir,  ianya disinari dengan cahaya.  ‘Adam hilang lenyap.  Yang mumkin membuka matanya dan melihat kebaikan mutlak yang sedia ada.  Tidak diketahui apakah itu.  Tidak juga dia tahu itulah yang memerintahkan supaya terzhohir.  Tajali Ketuhanan mengurniakan kepada yang mumkim(makhluk) ilmu tentang apa yang dilihat oleh mumkin;  dan bukan ilmu hakiki tentang apa yang memberi kepada mumkin itu wujudnya.

Apabila yang mumkin telah diberi cahaya,  ia pun menghadap ke kiri lalu terlihatlah ‘adam.  Ia pun mula memerhatinya.  Ia adalah ibarat bayangan seseorang yang terbit dirinya apabila orang itu disinari cahaya.  Yang mumkin itu bertanya,  Apakah ini?”. Cahaya itu menjawab dari kanan;  “Itulah dirimu!!!”.

Jika anda cahaya semata-mata,  tidaklah ada bayangan ini.  Aku ini cahaya semata-mata dan Aku tidak ada bayang-bayang.  Cahaya yang ada dalam diri anda itu adalah kerana sebahagian anda menghala kepada Aku. Anda hendaklah tahu bahawa anda bukan Aku,  kerana Aku ini cahaya tanpa bayang.  Anda itu cahaya bercampur gelap,  kerana sebahagian dari anda menghala kepada Aku,  dan yang satu lagi menghala kepada ‘adam.  Oleh itu anda terletak anda wujud dengan adam,  antara baik dengan jahat.  Wujud anda yang mumkin itu dibawa kepada anda oleh kerana anda melihat bayangan anda itu.  Jika anda lari dari cahaya seluruhnya,  lalu terus melihat bayangan anda,  maka anda akan tahu yang ia adalah bayangan kemungkinan anda itu.  Anda anggap itu bayang yang tidak mumkin.  Yang tidak mumkin(mustahil) dan Yang Wajib adalah dua perkara yang berlawanan dalam semua segi.

Jika Aku panggil anda,  anda tidak akan menjawab dan anda tidak dengar Aku,  kerana pandangan kepada bayangan anda itu membuat anda pekak untuk mendengar panggilan-Ku. Jangan lihat Aku sebentar,  kerana anda akan kehilangan bayangan anda dan mengatakan diri anda itu sebagai Aku.  Dengan itu anda akan mengatakan diri anda itu sebagai Aku.  Dengan itu anda akan jadi mangsa Kejahilan.  Jangan lihat bayangan anda seketika kerana anda akan kehilangan aku.  Anda itu pekak,  anda akan lupa dengan tujuan anda itu Aku jadikan.  Sekarang jadi ini dan sekejap lagi itu.  Allah jadikan dua mata untuk anda.  Satu untuk melihat aku dan satu lagi untuk melihat bayangan anda.  Demikianlah kami telah terangkan dua jalan;  –  Jalan cahaya dan Jalan bayangan.  Satu,  jalan syukur,  satu lagi jalan kufur.  Sesungguhnya ‘adam mustahil itu adalah kegelapan dan ‘adam yang mumkin pula adalah bukan kegelapan.  Oleh kerana itulah di dalam bayang ada Kerehatan Wujud.

Allah itu cahaya Mutlak.
Yang mustahil itu gelap mutlak.

Cahaya tidak akan jadi gelap, dan gelap tidak akan jadi cahaya.

Makhluk itu ialah sempadan(barzakh) antara cahaya dengan gelap.  Ianya tidak disifatkan dengan cahaya dan gelap dengan zatnya sendiri.  Ianya adalah campuran,  terletak ditengah-tengah,  dan dipengaruhi oleh kedua-dua pihak.

Oleh yang demikian,  Allah Kurniakan manusia dua mata dan dipimpinnya menurut dua jalan kerana ia berada di antara dua jalan.  Dengan satu mata dari satu sisi,  ia menerima cahaya dan menghala kepada-Nya menurut keupayaan-Nya. Dengan satu mata lagi,  dari sebelah sana, ia menerima gelap dan menghadap kepadanya.

Tetapi bagi dirinya sendiri,  dia bukan cahaya dan juga bukan gelap.  Dia bukan ‘adam.  Dia menjadi sebagai penghalang yang menghalang Cahaya Mutlak menghalau gelap;  dan juga gelap mutlak menghalau cahaya.  Kedua-dua sisi ini bertemu padanya.

Dari sebelah cahaya,  dia dapat sifat wujud;  dan dari sebelah gelap,  dia dapat sifat ‘adam.  dia dipelihara dikedua-dua sisi itu;  dan dia melindungi kedua-duanya pula.