Isu :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :

1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.

Keputusan :

 

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155