Sesungguhnya agama Islam adalah aqidah dan syariah. Adapun yang dimaksud dengan aqidah iaitu setiap perkara yang dibenarkan oleh jiwa, yang dengannya hati menjadi tenteram serta menjadi keyakinan bagi para pemeluknya, tidak ada keraguan dan kebimbangan di dalamnya. Adapun yang dimaksud syariah adalah tugas-tugas pekerjaan yang dibebankan oleh Islam, seperti salat, zakat, puasa, berbakti kepada orang tua, dan lain sebagainya.

Landasan aqidah Islamiah adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhir, dan beriman kepada qadar (takdir), yang baik mahupun yang buruk.

Dalilnya adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang ertinya: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi.”

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu menurut ukuran. Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kejapan mata.” (Al-Qamar: 49–50).

Sabda Nabi saw. yang ertinya, “Iman adalah hendaknya engkau percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Kemudian, dan percaya kepada qadar (takdir), yang baik maupun yang buruk.” (HR Muslim).

Pentingnya Aqidah Islamiah

Pentingnya aqidah Islamiah tampak dalam banyak hal, di antaranya sebagai berikut.

1. Bahawasanya keperluan kita terhadap aqidah adalah di atas segala keperluan, dan kepentingan kita terhadap aqidah adalah di atas segala kepentingan. Sebab, tidak ada kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan bagi hati, kecuali dengan beribadah kepada Allah, Rab dan Pencipta segala sesuatu.

2. Bahawasanya aqidah Islamiah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan. Kerana itu, ia adalah sesuatu yang pertama kali diwajibkan kepada manusia. Rasulullah saw. bersabda, “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak, kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” (HR Bukhari dan Muslim).

3. Bahawa aqidah Islamiah adalah satu-satunya aqidah yang dapat mewujudkan keamanan dan kedamaian, kebahagiaan dan kegembiraan. “(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Al-Baqarah: 112).

Demikian pula, hanya aqidah Islamiah satu-satunya aqidah yang boleh mewujudkan kecukupan dan kesejahteraan. “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (Al-A’raaf: 96).

4. Sesungguhnya aqidah Islamiah adalah sebab sehingga boleh berkuasa di muka bumi dan sebab bagi berdirinya daulah Islamiah. “Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang shaleh.” (Al-Anbiya’: 105)

Sumber: Diadaptasi dari Kitab Tauhid 1 terbitan Yayasan Al-Sofwa, terjemahan dari At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal al-‘Aliy, Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan.

Bacaan berkaitan:

Antara tanda-tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman

Hakikat karamah wali Allah dan wali syaitan

Sifat 20 , Sifat Ketuhanan

Mengenal Allah S.w.t

Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian 1

Mengenal bid’ah

HAKIKAT SEKULARISME DAN KAEDAH PENYEBARANNYA

Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?

Pendapat dari Empat Imam tentang masalah Taklid dan Ittiba’

AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

Dakwah Tauhid Terlebih Dahulu

Tauhid Asma’ dan Sifat

Tauhid Uluhiyah

Tauhid Rububiyyah Mengharuskan Adanya Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah

Makna Aqidah dan kepentingannya Sebagai Landasan Agama

Penyimpangan aqidah dan cara-Cara mengatasinya

Sumber sumber Aqidah yg Benar dan Manhaj Salaf dalam Mengambil Aqidah