Aqidah adalah tauqifiyah. Ertinya, tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil syar’i, tidak ada medan ijtihad dan berpendapat di dalamnya. Kerana itulah, sumber-sumbernya terbatas kepada apa yang ada di dalam Alquran dan sunah. Sebab, tidak seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah, tentang apa-apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya, melainkan Allah sendiri. Dan, tidak seorang pun, sesudah Allah, yang mengetahui tentang Allah, selain Rasulullah saw. Oleh kerana itu, manhaj salafus saleh dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah terbatas pada Alquran dan sunah.

Maka, segala apa yang ditunjukkan oleh Alquran dan sunah tentang hak Allah, mereka mengimaninya, meyakininya, dan mengamalkannya. Dan, apa yang tidak ditunjukkan oleh Alquran dan sunah, mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu, tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam i’tiqad. Bahkan, akidah mereka adalah satu dan jamaah mereka juga satu. Kerana, Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan Alquran dan sunah rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah dan kesatuan manhaj. Allah SWT berfirman (yang ertinya), “Dan, berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, ….” (Ali Imran: 103).


“Maka, jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.” (Thaha: 123).

Kerana itulah, mereka dinamakan firqah najiyah (golongan yang selamat). Sebab, Rasulullah saw. telah bersaksi bahawa merekalah yang selamat, iaitu ketika memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka, kecuali satu golongan. Ketika ditanya tentang yang satu itu, beliau menjawab, “Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.” (HR Ahmad).

Kebenaran sabda Rasulullah saw. tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membangun aqidahnya di atas landasan selain kitab dan sunah, iaitu di atas landasan ilmu kalam dan kaedah-kaedah manthiq yang diwarisi dari falsafah Yunani dan Romawi. Maka, terjadilah penyimpangan dan perpecahan dalam aqidah yang mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam.

Sumber: Kitab Tauhid 1 terbitan Yayasan Al-Sofwa, terjemahan dari At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal al-‘Aliy, Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan

Bacaan berkaitan:

Antara tanda-tanda kiamat dan peristiwa akhir zaman

Hakikat karamah wali Allah dan wali syaitan

Sifat 20 , Sifat Ketuhanan

Mengenal Allah S.w.t

Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian 1

Mengenal bid’ah

HAKIKAT SEKULARISME DAN KAEDAH PENYEBARANNYA

Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib?

Pendapat dari Empat Imam tentang masalah Taklid dan Ittiba’

AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

Dakwah Tauhid Terlebih Dahulu

Tauhid Asma’ dan Sifat

Tauhid Uluhiyah

Tauhid Rububiyyah Mengharuskan Adanya Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Rububiyyah

Pentingnya Aqidah Islamiyah

Makna Aqidah dan kepentingannya Sebagai Landasan Agama

Penyimpangan aqidah dan cara-Cara mengatasinya