Dipetik dari buku ‘Jadilah wanita yang paling bahagia’, Shaykh Dr ‘Aidh Al Qarni

“Ambillah dari angin sepoi-sepoi kelembutannya, dari minyak misk keharumannya dan dari gunung ketegarannya dan kekukuhannya.”

Anda, dengan kecantikan yang Anda miliki, lebih anggun daripada mentari. Anda, dengan akhlaq yang Anda miliki, lebih harum daripada kasturi. Anda, dengan kerendah-dirian yang Anda miliki, lebih tinggi daripada rembulan. Anda, dengan sifat keibuan yang Anda miliki, lebih menyegarkan daripada hujan. Oleh kerana itu dengan iman, peliharalah keredhaan itu dengan sikap qana’ah dan peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.

Ketahuilah, bahawa perhiasan Anda bukan terletak pada emas dan perak, dan bukan pada berlian yang Anda kenakan, melainkan pada dua raka’at di penghujung malam, kehausan di tengah hari yang terik sebab puasa kerana Allah, shadaqah yang tersembunyi tanpa ada yang mengetahuinya selain Allah, air mata hangat yang membersihkan dosa, sujud yang lama di atas hamparan sajadah, dan rasa malu kepada Allah saat dorongan kejahatan dan rayuan setan datang menggoda.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian Anda nescaya Anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian Anda tambal-sulam. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung Anda di dunia meskipun Anda tidak beralas kaki. Hindarilah oleh Anda pola hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non muslim, yang suka memperlihatakan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengindahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakarnya neraka Jahannam. “Tiada yang memasukinya, kecuali orang yang paling celaka.” (QS 92: 15)

“Di setiap bahagian dari kehidupan Anda, pasti akan ditemui sisi yang gelap, tiada lain bagi Anda untuk menanggulanginya, kecuali dengan menyalakan pelita dalam diri Anda sendiri”

 

(Jadilah Wanita yang paling bahagia, ‘Aidh bin Abdullah Al Qarni, IBS)