Dipetik dari buku ‘Jadilah wanita yang paling bahagia’, Shaykh Dr ‘Aidh Al Qarni

  “Jika datang kepadamu celaan tentang diriku kerana kekuranganku itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa aku adalah orang yang sempurna”

  Sifat tamak dan rakus dapat membinasakan pelakunya. Cara untuk menanggulangi kedua penyakit ini terdiri dari ubat racikan yang komposisinya sebagai berikut:

   Terapkan pola hidup ekonomik dan tidak berlebihan dalam berbelanja, kecuali hanya seperlunya. Barangsiapa yang konsumtif dalam berbelanja, maka ia tidak akan pernah merasa cukup, bahkan akan dikuasai oleh watak kikir dan tamak. Pola hidup ekonomik merupakan pokok qana’ah (merasa puas dengan apa adanya). Dalam sebuah Hadits disebutkan: “Sikap ekonomik adalah separuh dari penghidupan.”

   Janganlah terlalu mencemaskan masa depan, tetapi tanggulangilah perasaan ini dengan tidak banyak berandai-andai dan dengan iman bahawa rezeki yang telah ditaqdirkan pasti akan datang dengan sendirinya.

   Bertaqwalah kepada Allah SWT sebab Allah SWT telah berfirman dalam KitabNya:”Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (QS 65: 2-3)

   Kenalilah kebaikan yang terkandung dalam sifat qana’ah sehingga boleh hidup mulia, tidak memerlukan pertolongan orang lain, dan kenalilah keburukan yang terkandung dalam sikap rakus dan tamak, iaitu membawa kehinaan bagi pelakunya. Selanjutnya, belajarlah banyak dari hal tersebut.

   Seringlah merenungi kisah kehidupan para nabi dan orang-orang yang shalih, sifat qana’ah mereka, kesederhanaan pola hidup mereka, dan rasa minat mereka kepada amal shalih, lalu jadikanlah mereka sebagai teladan Anda.

   Perhatikanlah keadaan orang dibawah Anda dalam berbagai urusan duniawi.
  “Orang berakal tidak akan bosan untuk meraih manfaat berfikir, tidak putus asa dalam menghadapi keadaan dan tidak akan pernah berhenti dari berfikir dan berusaha.”

 

 (Sumber: Jadilah wanita yang paling bahagia, ‘Aidh bin ‘Abdullah Al Qarni, IBS)