dipetik dari buku ‘La Tahzan’ . DR. Aidh Al-Qarni

 

(Hal 483)

  • Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kegundahan.

  • Terimalah qadha’ yang telah pasti dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati terbuka. Segala sesuatu itu ada ukurannya. Kerananya, nyahkan kegelisahan.

  • Ketahuilah bahawa dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram, dosa akan di abaikan, Allah akan menjadi redha dan tekanan hidup akan menjadi ringan.

  • Jangan menanti ucapan terimakasih dari sesama. Cukuplah pahala dari Dzat yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Tak ada yang harus anda lakukan terhadap orang yang membangkang, mendengki dan iri.

  • Ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai petang. Hiduplah dalam batasan hari ini. Kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi lebih baik di hari ini.

(hal 484)

  • Buku adalah teman yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan.

  • Semesta ini dibangun di atas sebuah keteraturan, maka kewajiban anda harus dikerjakan dengan rapi.

  • Keluarlah ke tempat yang lapang, lihatlah kebun-kebun yang indah dan kajilah ciptaan dan kreasi Sang Pencipta.

  • Bacalah sejarah, fikirkan keajaiban-keajaibannya, renungkan keanehan-keanehannya, semak kisah-kisah dan khabar-khabarnya.

  • Ingatlah bahawa Rabb sangat luas ampunan-Nya, menerima taubat, mengampuni hamba-hamba-Nya, dan menggantikan kejahatan dengan kebaikan.

  • Bersyukurlah kepada Rabb atas nikmat agama, akal, kesihatan, penutup aib, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya.

  • Tidakkah Anda tahu bahawa di antara manusia itu ada yang hilang akalnya, terampas kesihatannya, dipenjarakan, dilumpuhkan, atau ditimpakan bencana?

  • Hiduplah bersama Al-Qur’an, baik dengan cara menghafal, membaca, mendengarkan, atau merenungkannya. Sebab ini merupakan ubat paling mujarab untuk mengusir kesedihan dan kedukaan.

  • Bertawakallah kepada Allah dan serahkan semua perkara kepada-Nya. Terimalah semua ketentuan-Nya dengan sepenuh hati, berlindunglah kepada-Nya, dan bergantunglah kepada-Nya kerana sesungguhnya Dia cukup sebagai pelindungmu.

  • Maafkanlah orang yang pernah melakukan kezhaliman kepada Anda, sambunglah tali silaturahmi orang yang memutuskan tali silaturahmi dengan Anda, berilah orang yang tidak pernah memberi kepada Anda, dan bersabarlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada Anda nescaya Anda akan memperolehi rasa bahagia dan aman dalam diri anda.

  • Bacalah secara berulang-ulang La hawla wala quwwata illa billahi, kerana bacaan ini akan membuat hati menjadi tenteram, memperbaiki keadaan, membuat yang berat menjadi ringan dan membuat Yang Maha Kuasa menjadi redha.

  • Perbanyaklah membaca istighfar, sebab dengan istighfar akan ada rezeki, akan ada jalan keluar,akan ada keluarga, akan ada ilmu yang berguna, akan ada kemudahan, dan akan ada penghapusan dosa.

  • Terimalah bentuk wajah, bakat , pemasukan, dan keluarga dengan kelegaan hati nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kebahagiaan.

  • Ketahuilah bahawa setelah kesulitan itu akan ada kemudahan, dan setelah kesulitan itu akan ada jalan keluar. Ketahuilah bahawa keadaan seseorang itu tidak akan tetap selamanya, hari-hari itu akan senantiasa bergilir.

  • Optimislah, jangan pernah putus asa dan jangan pula menyerah tanpa usaha. Berbaiksangkalah kepada Rabb. Dan, tunggulah segala kebaikan dan keindahan dari-Nya

  • Terimalah pilihan ALLAH untuk Anda dengan gembira. Sebab Anda tidak tahu tentang kemaslahatan. Boleh jadi kesulitan itu baik dari pada kemudahan.

  • Ujian itu akan mendekatkan jarak antara diri Anda dengan Rabb, akan mengajarkan kepada diri Anda bagaimana berdo’a, dan akan menghilangkan kesombongan, ujub, dan rasa bangga diri dari diri Anda.

  • Jauhilah buruk sangka, buanglah angan-angan, khayalan-khayalan yang merosak, dan fikiran-fikiran yang sakit.

(Hal 486)

  • Yakinlah bahawa dunia ini adalah tempat cubaan, ujian, tentangan, dan kesedihan. Kerana itu, terimalah ia apa adanya dan mintalah pertolongan kepada Allah. Belajarlah dari orang-orang yang telah terdahulu: yang pernah dikucilkan, yang pernah dipenjarakan, yang pernah dibunuh, yang pernah diuji dan yang pernah dibuang dan dikeluarkan dari negerinya.

  • Pahala dari semua yang menimpa Anda ada pada Allah, baik itu kesedihan, keresahan, kelaparan, kefakiran, rasa sakit, hutang, dan musibah-musibah yang lain. Ketahuilah bahawa kesulitan itu akan membuka pendengaran, dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala. Jangan menerka-nerka peristiwa, jangan menunggu keburukan, jangan percaya terhadap semua khabar yang tidak jelas, dan jangan menelan mentah-mentah cerita-cerita yang tidak benar.

(Hal 486-487)

  • Cercaan musuh dan umpatan orang-orang yang dengki kepada diri Anda setara dengan nilai diri Anda. Sebab kini Anda menjadi bahan omongan, dan seorang yang penting.

  • Jangan hidup dalam idealisme-idealisme, tetapi hiduplah dengan realiti. Dengan hidup dalam ideal-ideal Anda menginginkan dari orang lain apa yang tidak dapat Anda lakukan. Kerana itu jadilah orang yang objektif (dalam melihat kenyataan)

  • Ketahuilah bahawa orang yang mengghibah Anda bererti menyimpankan kebaikan-kebaikannya kepada Anda, menghapuskan kesalahan-kesalahan Anda dan menjadikan diri Anda orang yang terkenal. Tentu saja yang demikian itu adalah nikmat.

  • Tuluskan tauhid Anda untuk Rabb agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid Anda dan sebersih mana keikhlasan Anda maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan Anda.

  • Jadilah tubuh pemberani yang berhati teguh dan berjiwa kuat. Anda memiliki semangat dan tekad. Jangan sekali-sekali Anda termakan oleh rumor dan cerita-cerita yang tidak benar.

(Hal 489 )

  • Lakukanlah dzikir-dzikir tertentu, sebab ia akan menjadi penjaga dan pelindung Anda. Dan di dalamnya ada kebenaran dan petunjuk yang akan membuat waktu-waktu Anda menjadi lebih bermakna.

  • Rencanakanlah pekerjaan-pekerjaan itu, jangan menggabungkannya dalam suatu waktu. Rencanakanlah pekerjaan-pekerjaan yang akan Anda kerjakan dalam satu rentang waktu tertentu, dan luangkan beberapa waktu di antaranya untuk istirehat agar optimal.

  • Hati-hati, jangan sekali-kali melukai perasaan seseorang dan kelompok. Jadikan lisan itu lurus, bicaranya baik, kata-katanya segar, dan isi pembicaraannya terjaga dari hal-hal buruk.

  • Menyendirilah beberapa ketika untuk merenungkan hal-hal yang Anda hadapi, untuk introspeksi diri, untuk memikirkan akhirat, dan untuk memperbaiki dunia.

  • Jangan marah, sebab marah hanya akan merosak keadaan jiwa, merubah perilaku, memperburuk pergaulan, merosak cinta, dan memutuskan tali silaturahim

(Hal 489-490)

  • Bawalah selalu catatan di dalam kantung saku Anda untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan Anda akan janji-janji yang Anda buat, dan untuk mencatat hal-hal yang penting menurut Anda.

  • Dahuluilah mengucapkan salam, ucapkan selamat dengan tersenyum, curahkan perhatian Anda kepada mereka agar Anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

  • Percayalah pada diri sendiri, dan jangan menggantungkan diri pada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan Anda, dan bukan Anda yang menjadi tanggungan mereka, dan bahawa hanya ALLAH yang bersama diri Anda. Jangan tertipu dengan orang-orang yang selalu berfoya-foya.

  • Hindari kata pengandaian “jika”…maka nanti akan…”, menangguhkan pekerjaan, dan menunda-nunda kewajiban. Sebab ini merupakan tanda kegagalan.

  • Jangan buat musuh-musuh Anda gembira, dengan kemarahan dan kesedihan Anda. Sebab itulah yang mereka mahu. Kerananya jangan beri kesempatan mereka untuk mewujudkan cita-cita mereka untuk mengotori kehidupan Anda.