Tawakal kepada Allah mengandungi pengertian, berusaha mengerahkan segenap upaya untuk berikhtiar namun (pada waktu yang sama) hati diliputi satu hal, bahawa tidak akan pernah tercapai sesuatu kecuali atas kehendak Allah SWT. Seakan-akan di sana ada dua kekuatan gerak tangan berikutan anggota tubuh yang lain dan gerak hati.

Misalkan saja Anda mempunyai suatu permasalahan atau sedang mencari pekerjaan, Anda pergi menemui seseorang. Ketika Anda berada di depannya, hati Anda berkata, “Demi Allah, tidak akan tercapai (maksud ini) kecuali dengan izinnya.” Itulah yang dinamakan tawakal, dan itulah yang mendorong kita melakukan sholat istikharah.

Sebahagian orang memiliki pemahaman yang keliru. Mereka mengeluhkan, “Meski sudah melaksanakan sholat istikharah, aku tetap saja tidak memimpikan sesuatu dalam tidurku.”

Siapa yang menyuruh Anda melakukannya sebelum tidur? Siapa yang bilang jika setelah shalat istikharah Anda akan bermimpi? Permasalahannya bukan seperti yang Anda bayangkan, yang dimaksud shalat istikharah , anda melaksanakan shalat dua rakaat lalu berdoa dengan doa ini,

“Ya Allah, Aku mohon dipilihkan sesuatu dengan ilmu Mu dan mohon kekuatan dengan kuasaMu. Aku memohon kurniaMu yang besar, kerana Engkau Maha Kuasa dan aku tak mempunyai kemampuan; Engkau mengetahui dan aku tak punya pengetahuan, Engkaulah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib. YA Allah, jika urusan ini baik bagi agamaku, kehidupanku dan kesudahanku menurut ilmuMu atau katakan: baik dalam waktu dekat atau nanti, berikanlah kemampuan kepadaku dan mudahkanlah perkara itu bagiku dan berkatilah aku padanya. Akan tetapi, jika menurut ilmu Mu perkara ini berakibat buruk bagi agamaku, kehidupanku dan akhir hayatku-atau katakan : baik dalam waktu dekat mahupun nanti- maka palingkanlah aku darinya dan jauhkanlah pula ia dariku serta berilah aku perkara yang baik dan redhailah aku dengannya.”

Rasulullah SAW bersabda, “Hendaknya ia menyebutkan apa keperluannya.”

Setelah melakukan sholat dua rakaat dan berdoa dengan doa di atas, jika Anda merasakan ketenteraman dan ketenangan batin, Anda akan didorong untuk mengambil pilihan. Allah telah memilihkan kebaikan bagi Anda, bukan keburukan.

Anda telah melaksanakan sholat istikharah, lantas apa yang Anda lakukan setelah itu?

Berikhtiar dan lakukanlah usaha dengan optimal. Jika anda misalnya, hendak berpergian keluar negeri, berurusanlah dengan kedutaan sambil menanyakan, “Apa saja yang diperlukan?

Dengan usaha itu Anda akan tenang dan selesa kerana Anda telah bertawakal kepada Allah dalam segala urusan Anda. Layakkah orang yang bertawakal itu bersedih hati?

Sekali lagi, bertawakallah kepada Allah. Serahkan segala urusan kepadaNya. Jangan bersedih dengan rezeki, masa depan, atau pekerjaan. Yakinlah dan katakanlah, “Ya Allah, aku redha dengan apa yang Kau berikan dan Kau pilihkan bagiku.”

Para ulama berkata, “Barang siapa yang memakan wang haram walau hanya sedikit, maka ia tidak termasuk orang yang bertawakal (kerana kelak ia akan mendatanginya), dan barangsiapa menangisi anak-anaknya saat ia sakarat, bukanlah ia termasuk orang yang bertawakal (kerana lupa bahawa ia meninggalkannya untuk menghadap Allah SWT)

 

(Romantika Yusuf, Amru Khalid, Maghfirah Pustaka)