Jihad dan jati diri

Jihad memerlukan jati diri, ketegasan, keberanian dan kesungguhan menolak segala nilai negatif daripada perbuatan yang sia-sja, mendatangkan dosa dan perbuatan yang tidak bermanafaat seperti yang dicontohkan di bawah ini. Ketegasan itu diikuti oleh amalan yang baik berguna (Amal Soleh)

PENGERTIAN JIHAD

Jihad melawan hawa nafsu

Jihad yang besar ini sebagai: Jihad membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Demikian juga, jihad untuk membersihkan dan menyucikan jiwa dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan kejernihan dan sinar cahaya Tauhid. Seterusnya jihad untuk mencapai kemuliaan Tauhid, keihklasan ibadah dan kebersihan akhlak dan ketinggian budaya. Inilah nilai hidup yang hakiki disisi Allah untuk mendapat keampunan, keredhaannya dan rahmatnya yang tidak ternilai sekalipun dengan dunia ini dan segala isinya. (Dr Harun Din)

Jihad dengan hati tanpa usaha atau tindakan zahir merupakan jihad yang paling lemah. Orang yang mempunyai semangat jihad yang lemah akan hanya berjihad dengan hati, apabila ia menghadapi masalah ajaran sesat, murtad kebatilan, kemungkaran dan kezaliman. Inilah sikap kebaikan orang Islam pada zaman sekarang, malahan ada yang sudah hilang langsung cahaya jihad di dalam dirinya. Tahap semangat jihad ini dapat diukur berdasarkan sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam.:

Ertinya: “Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah”. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

Berjihad dengan kata-kata (lisan) dan pena (penulisan) mempunyai medan yang amat luas kerana kedua-duanya merupakan alat komunikasi (perhubungan) antara manusia yang amat mudah dilakukan dan amat berkesan. Pendakwah, mubaligh, juru nasihat, juru runding, penceramah, pensyarah dan guru berjihad dengan lidahnya. Sementara penulis, penterjemah, karyawan dan sasterawan berjihad dengan penanya. Dengan kata-kata dan pena mereka menyuruh manusia taat kepada perintah Allah Taala sama ada suruhan atau larangan. Mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan berfaedah dan meninggalkan perkara buruk dan sia-sia serta maksiat. Mereka menyeru manusia menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sabda Rasullallahi Sallallahi Alaihi Wassalam:

Ertinya:


“Jihad yang paling utama ialah berkata benar (adil) di hadapan pemerintah yang zalim.”

Jihad harta bermaksud bahawa manusia hendaklah menjadikan harta itu sebagai alat utama untuk melakukan jihad Fi Sabilliilah dan jangan sekali mereka menjadikan diri mereka sebagai hamba harta dengan sifat bakhil dan tamak kepada harta sehingga tidak mahu membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah.

Al-Quran menyebut berulang kali jihad harta (Al Amwal) yang menyatakan perintah Allah Taala kepada orang yang beriman supaya membelanjakan hartanya untuk berjihad Fi Sabillillah.

Pengorbanan dalam bentuk harta ini ternyata amat bermakna dalam perjuangan menegakkan Islam sejak zaman Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasalam dan dengan harta itu peperangan menentang musuh dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa harta medan jihad akan menjadi lapang dan orang yang telah menawarkan diri untuk menguasai kekayaan dunia terus menguasai seluruh kehidupan umat manusia seperti yang terjadi pada masa sekarang; umat manusia dibelenggu kemiskinan, mundur dan menderita.

Jihad dengan harta akan dapat:


1. Membangun diri manusia menjadi maju.
2. Membangun keluarga dan menghapuskan kemiskinan.
3.
membangun masyarakat dalam semua bidang.
4. Menjadikan umat Islam merdeka dan tidak bergantung kepada orang lain.
5. Menjadikan umat Islam di segani dan di hormati.
6. Membolehkan segala usaha dan jihad dalam semua lapangan kehidupan dilakukan dengan jayanya.
7. Membolehkan umat Islam menyahut apa jua cabaran masa kini dan masa akan datang.

Ditulis semula oleh:

1. Hj. Kalamhamidi Bin Hj. Abu Bakar

[AL-AZIM.COM]

About these ads