Apabila engkau hindari suatu urusan,
pasrahkanlah kesudahannya kepada Tuhan
yang akan menghindarkanmu
dari semua yang engkau khawatirkan
Janganlah engkau takuti suatu urusan
selama engkau memasrahkan kesudahan
dan sumbernya hanya kepada Allah
Bersyukurlah terhadap apa yang telah ditetapkan
oleh Allah semata bagimu meskipun tidak sesuai
dengan apa yang engkau dambakan
Jika suatu hari kamu beroleh keutamaan
jangan sekali-kali engkau membanggakan diri
Sesungguhnya aku jamin akan beroleh keselamatan
dari gangguan bagi orang yang tiada hentinya berdo’a
memohon pertolongan hanya kepada Allah
Jika musibah datang membawa kegelapan
sehingga jalan untuk selamat tidak terlihat
dan semua harapan telah sirna
Hati merasa putus asa untuk beroleh keselamatan
kerana tiada jalan dan tiada upaya untuk dapat meraihnya
Pastilah akan datang kepadamu kemudahan dan kelembutanNya
melalui jalan yang tidak terduga olehmu sebelumnya
kerana kamu tidak menyedarinya
Bertawakallah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah
dalam setiap keperluan
Jangan engkau biarkan kelemahan menguasai dirimu
di suatu hari nanti untuk berusaha
Tidakkah engkau lihat
bahawa Allah terah berfirman kepada Maryam,
“Goyangkanlah batang pohon kurma itu ke arahmu,
nescaya ia akan menjatuhkan buah kurma yang masak buatmu!”
Seandainya Allah menghendaki,
boleh saja Maryam memetiknya tanpa menggoyangkannya,
tetapi tiap-tiap sesuatu itu harus mempunyai penyebabnya
Jika engkau mendapat cubaan, percayalah kepada Allah
dan redhalah kepadaNya
kerana yang dapat melenyapkan cubaan hanyalah Allah
Jika Allah menetapkan sesuatu, terimalah taqdirNya
kerana tiada daya dan upaya bagi seseorang
terhadap apa yang telah ditaqdirkan-Nya
Terkadang putus asa dapat membinasakan pelakunya
Janganlah engkau berputus asa
kerana sebaik-baik yang menetapkan taqdir adalah Allah SWT.

(Kutipan dari : Silsilah Amalan Hati 1, Muh.bin Shalih Al Munajjid, IBS, 2005)