Oleh : Sayyid Sabiq

Intipati daripada buku terbitan Pustaka Nasional.

Kekuatan Aqidah
Kekuatan Aqal
Kekuatan Ilmu
Kekuatan Ibadah
Kekuatan Akhlaq
Kekuatan Syariah
Kekuatan Amar Makruf Nahi Mungkar
Kekuatan Dakwah dan Seruan
Kekuatan Individu Muslim lelaki dan Wanita
Kekuatan Keluarga Muslimah
Kekuatan Masyarakat Sosial yang Islami
Kekuatan Ekonomi
Kekuatan Ketenteraan
Kekuatan Jihad Fisabilillah
Kekuatan dalam Hubungan dengan Kuffar dan Antarabangsa

Punca-punca yang mendatangkan kekuatan (Quwwah) kepada Islaam.

Buku ini ditulis berdasarkan sumber-sumber al Quraan al Karim dan Hadis Sahih.

Tanpa perlu memasukkan apa-apa pendapat Barat, buku ini adalah buku `Motivasi’ yang unggul.

Kita tidak perlu membaca buku-buku motivasi dari Barat kerana mereka tidak sedikitpun percaya dan takut pada Allah SWT. Mereka menganggap agama hanyalah alat atau hobi atau amalan rekreasi sendiri-sendiri. Itulah taktik kuffar – memandang rendah Islam dan membuatkan orang Islam sendiri dengan perasaan `inferiority’ dan menyanjung Barat dan bangsa kulit putih sekular kuffar. Mereka tahu umat Islam mempunyai unsur Kekuatan Islam, jadi mereka pun berhempas-pulas menerbitkan pula buku dan tulisan serta program-program motivasi yang hanya menjauhkan kita dari Islam.

Harus kita ingat bahawa Islam tidak patut wujud hanya di masjid dan surau, atau Jabatan Agama, atau hanya dimartabatkan pada hari Raya, bulan puasa, atau majlis tilawah al Quran.

Islamlah yang patut memimpin kehidupan kita dalam negara Malaysia, Nusantara, dan antarabangsa.

Sistem ekonomi Islam telah menentukan bahawa sistem ekonomi Barat berasaskan Riba’ itu adalah haram dan jauh daripada keberkatan dan rahmat. Ulama Islam yang mengkaji permasalahan ekonomi telah mendokumentasikan kajian dan fatwa mereka sejak seribu tahun lalu, tapi kenapa umat Islam mengamalkan sistem ekonomi Riba’ dan bermuamalah cara kuffar?

Islamlah yang menentukan bahawa bangsa Melayu harus berakhlaq mulia, beramar makruf nahi mungkar, dan mengembalikan anak bangsa kita daripada kejahilan dan kemaksiatan kepada Islam.

Jika orang Melayu sudah tidak mahu pada Islam, apa lagi yang mereka mahu? Apa lagi yang boleh mendatangkan kemuliaan dan kewarasan kepada orang Melayu?

Musuh-musuh Islam sedar dan licik dalam muslihat dan imperialisme mereka. Umat Islam boleh ditakluk dan ditunjuk dengan kuasa Dollar dan kebudayaan kafir.

Hanya dengan menegakkan Islam dalam pemerintahan negara ini, dan mentadbir dan menguruskan hal-ehwal kehidupan dan sandang pangan kita dengan Syariat Islam, maka Insya Allah kita akan diberkati dan dilindungi.