Apakah ciri-ciri sebuah lamanweb yang baik dan yang terbaik? Apakah yang membezakan sebuah lamanweb professional dengan yang biasa-biasa? Sudahkah lamanweb yang kita bina menepati ciri-ciri ketetapan yang diperlukan supaya pengunjung website akan merasakan sememangnya website kita mempunyai nilai yang tinggi dan dia akan terus datang lagi?

Inilah serentetan persoalan yang sepatutnya ditanya sebelum kita menerbitkan sesuatu lamanweb di internet.

Satu ketika, PC Magazine mengumumkan 100 website terbaik dalam 10 kategori. Mulai dari bisnis, keuangan, belanja, hiburan dan berita,komputer, karier, referensi, portal, gaya hidup, hingga perjalanan. Apakah kriteria yang digunakan oleh PCMAgazine ini di dalam menentukan pemilihan pemenang?

Pesertanya dipilih dari mereka yang memenuhi 4 syarat. Pertama, site-site yang memberi paradigma baru di antara site yang sejenis. Kedua, site yang melayani keperluan peluncurnya.

Ketiga, memberikan layanan yang lebih baik dibanding pesaingnya. Keempat, site yang membuat pengaksesnya melayari begitu lama di lamanweb mereka.

Setelah itu PC Magazine meminta kepada PC lab untuk menguji site-site tersebut dari 4 aspek : rekabentuk, performance, keselamatan, dan usabiliti.

Design site diperlukan untuk mencerminkan tema yang dibawa oleh site anda, produk serta layanan yang diberikan. Ini berhubungan dengan tata letak halaman site, warna dan topografinya. Namun ini tak akan ada gunanya tanpa dokongan tiga aspek lainnya.

Performance tidak hanya dilihat dari seberapa cepat halaman site dapat dibuka. Tetapi juga seberapa baik server anda menangani banyaknya pengakses yang datang dari berbagai tempat yang dipanggil bandwidth.

Selain itu fikirkan juga bagaimana cara menjaga keselamatan site dari pencurian data atau tindakan hackers (penceroboh). Terakhir, dalam menguji usabiliti, tanyakan para pengunjung, apakah mereka merasa selesa saat meluncur di site anda dan menggunakan tool yang ada. Produk dan layanan yang diberikan tak bererti jika pengakses tak mengerti bagaimana site itu beroperasi. Pengakses pun akan terbang ke tempat lain jika mereka menemui gangguan setiap kali mengakses suatu site.

Apa pelajaran yang dapat diambil dari keberhasilan mereka? Ternyata untuk memajukan web site anda, hal pertama yang harus dilakukan adalah kenali audience anda.

Lamanweb terbaik di dunia akan tidak akan berhasil dilakukan jika tidak ditargetkan dengan betul. Mengenali audience akan memungkinkan anda mengembangkan penelitian pasar yang yang luas. Dari menciptakan kelompok menjadi fokus suatu site, sampai memperhatikan pengakses menjelajahi site anda.

Langkah di atas sama pentingnya dengan memikirkan bagaimana produk dan layanan diberikan. Berkaitan dengan hal tersebut, perlu diperhatikan 4 aspek umum bagi pengembangan site (design, performance. security, dan usabiliti).

Kesemuanya penting bagi berjayanya suatu site.Tapi kepentingan tersebut bersifat relatif dan berbeda antara site yang satu dan lainnya. Tergantung dari peranan situedan audience yang dituju.

Jika anda memilih PHPNUKE sebagai konsep lamanweb anda, berikut ialah ciri yang perlu di amati.

a) Kandungan utama site yang dibina. Site anda mengenai apa? Remaja? Keluarga? Produk perniagaan? Tutorial? Sukan? Hiburan? Atau apa? Ia perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum kita meneruskan pembikinan lamanweb. Tanpa ketentuan ini akan menjadi site kita bercelaru dan mengelirukan para pengunjung.

b) Pastikan anda mempunyai tema (tema) yang sesuai. Ia adalah impressi pertama terhadap site anda. Tema yang salah akan menyebabkan pengunjung tetiba jadi mual dan terus terbang ke site lain. Jangan gunakan tema yang terlalu advanced atau high-tech kerana tak semua pengunjung tahu menggunakannya.

c) Pemilihan warna utama adalah penting. Jangan pilih yang terlalu gelap, susah bagi sesetengah orang untuk meluncurnya. Kalau hendaknya berwarna gelap, pastikan pilihan tulisannya terang. Jangan gunakan terlampau banyak animasi atau grafik kerana ia akan memeningkan pengunjung untuk membaca atau melihat marquee yang bergerak-gerak itu. Bayangkan satu block tulisannya dari atas kebawah, satu block lagi dari bawah ke atas, satu dari kiri ke kanan dan yang satu lagi dari kanan ke kiri… pengunjung boleh jadi mabuk jika begitu. Tapi jangan tiada lansung, nanti site kita terlalu statik. Berpada-pada saja. (Jika lamanweb rasmi sesuatu jabatan fungsi marquee ini tidak diperlukan lansung).

c) Pemilihan module dan block yang sesuai. Kita tak perlukan semua module dan semua block yang ada di internet untuk dimasukkan ke dalam lamanweb kita. Pilih mana yang paling berguna dan yang paling bermenafaat untuk kita dan para pengunjung.

d) Susun-atur lamanweb perlu diberikan perhatian. Apa yang di atas, apa yang di bawah dan apa yang ditengah. Pengguna lazimnya mempunyai waktu yang terhad dan kita perlu menjadikan site kita mesra pengguna. Pengguna tidak perlu rayau tak tentu hala di dalamnweb kita untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

e) Wujudkan (aktifkan) ruang interaktif seperti Forum, Kirim Berita, Shoutbox dan seumpamanya. Ia menjadikan lamanweb anda segar dan hidup.

f) Uji dengan pelbagai resolusi skrin dan browser. Mungkin lamanweb kita hanya cantik di komputer kita, tapi tak OK pada komputer orang yang lain yang berbeza konfigurasinya.. Sementara browser pula uji dengan browser yang sering digunakan pengunjung iaitu Internet Explorer, Netscape / Firefox dan Opera.

g) Pilih webhosting dan syarikat penyedia domain dan hosting yang baik. Buat sedikit kajian server mana yang perlu digunakan. Jika anda menggunakan PHP, cari server Unix dengan Apache sementara jika anda menggunakan ASP atau ASPNet cari server berplatform Windows NT atau Windows 2003. Pilih syarikat webhosting yang sudah dikenali tahap khidmat sokongannya dan kurang masa downtimenya. Pilih syarikat yang sentiasa membuat backup terhadap data-data anda.

Itulah diantara panduan yang saya dapat berikan untuk pembinaan lamanweb yang baik. Semuga ianya berguna kepada mereka yang sudah bercita-cita untuk membina lamanweb.

 

Sumber : http://zulkiplyharun.com

http://www.feedget.info