Mendung berarak kelabu
membawa berita sendu
gumpalan awan berlalu
berputar laju penuh syahdu

Awan hitam bergerak ligat
memberi satu isyarat
manusia perlu beringat
musibah datang begitu cepat

Mendung berarak kelabu
membawa amaran yang satu
larangan Tuhan usah dilaku
kerana Allah itu Maha Tahu