Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM))
Tiada jalan untuk mendapatkan petunjuk Allah melainkan menerusi Islam. Tiada jalan memahami Islam melainkan memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kaedah-kaedahnya yang sahih. Malangnya masih ada di kalangan yang mendakwa diri mereka muslim lebih suka kepada tafsiran-tafsiran Islam yang tidak berteraskan kefahaman yang betul terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Di kalangan mereka ada pula yang begitu berminat jika memiliki aliran atau tafsiran agama yang tersendiri dan menyimpang dari petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya dengan menyertai atau menganut ajaran sebahagian tarekat atau aliran kerohanian yang membuat beberapa tafsiran agama yang sangat bahaya pada penilaian aqidah Islamiyyah.
Golongan seperti ini menganggap diri, guru dan aliran yang mereka ikuti adalah istimewa dan mulia. Mereka bangga dengan tafsiran-tafsiran pelik yang menyimpang jauh dari jalan petunjuk yang sebenar. Mereka mendakwa mereka telah menemui ilmu kerohanian dan makrifat. Justeru itu, mereka tidak lagi bergantung kepada hukum zahir atau kepada syariat yang dipegang golongan zahir atau awam. Mereka mendakwa kononnya mereka adalah golongan batin atau hakikat yang mempunyai ilmu ladunni(ilmu secara langsung dari Allah), kasyaf (singkapan hijab) yang tidak lagi memerlukan lagi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
Sebenarnya, tarekat atau aliran kesufian yang seperti ini sangat merbahaya kerana menatijahkan kerosakan aqidah dan tulisan ini akan cuba membahaskannya dengan ringkas.
Kepentingan Aqidah
Telebih dahulu hendaklah seseorang sedar bahawa persoalan `aqidah adalah teras kepada ad-din. Tanpa aqidah yang sahih iaitu yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah maka seluruh amalan adalah sia-sia belaka, sekalipun nampak pada zahirnya hebat.
Firman Allah:
Maksudnya
“Sesiapa yang beramal dengan amalan yang solih samada lelaki atau perempuan dalam keadaan dia mukmin, mereka itu memasuki syurga dan mereka tidak dizalimi walaupun sedikit”
(Surah an-Nisa’ :124)
Dalam ayat di atas Allah dengan jelas mensyaratkan seseorang yang ingin melakukan amal solih itu hendaklah mukmin iaitu beriman kepada Allah dalam ertikata iman yang sebenar dan pastinya tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkannya. Dengan itu sesiapa yang akidahnya rosak maka amalannya sama sekali tidak diterima walaupun kelihatan banyak dan hebat. Ini kerana setiap amalan dalam Islam dibina di atas asas aqidah.
Iktikad Yang Merosakkan
Iktikad yang ada pada sebahagian golongan tarekat yang menganggap bahawa sesiapa yang sudah sampai kepada peringkat tertentu dalam amalan atau tarekat yang mereka ikuti maka dia tidak lagi bergantung kepada syariat seperti tidak perlu lagi solat, puasa, jihad dan sebagainya. Mereka beranggapan kononnya yang perlu beramal ialah golongan awam sedangkan mereka adalah golongan khusus atau ahli hakikat atau makrifat.
Sebenarnya hendaklah diketahui bahawa fahaman ini termasuk dalam aliran kufur dan sesat yang telah lama dibahaskan dan ditentang oleh para ulama Ahl as-Sunnah wa al-Jama`ah. Mereka perlu jelas bahawa kesimpulan perbahasan berkenaan menyatakan kepercayaan atau pegangan tersebut boleh mengeluarkan mereka dari Iman dan Islam. Dalam kata lain ianya boleh membatalkan syahadah mereka dan menjadikan mereka kafir. Para ulama aqidah memasukkan kepercayaan seperti itu dalam senarai perkara kufur. Disebut dalam ‘Taisir dhi al-Jalal wa al-Ikram bi Syarh Nawaqid al-Iman’ seperti berikut: “Sesiapa yang beriktikad bahawa sebahagian manusia dibolehkan keluar dari syariat Muhammad s.a.w maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah:
(Maksudnya) “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi” (Surah Ali `Imran : 85)” (m.s. 97, Cetakan Dar Isybilia, Saudi)
Al-Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-`Azim, menafsir ayat dalam Surah Ali `Imran di atas menyatakan: “Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang disyariatkan Allah maka sama sekali ianya tidak diterima” ( jld. 2, m.s. 378, Cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).
Guru-guru ajaran sesat yang seperti ini biasanya akan mengemukakan kepada para pengikutnya yang jahil dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah berbagai-bagi tafsiran palsu, bohong lagi menyesatkan. Para pengikut yang tidak begitu jelas kefahaman terhadap Islam akan menerima dan menganggap mereka memiliki hujah dan dalil yang kuat terhadap apa yang mereka percayai. Antara apa yang dihuraikan oleh golongan ini untuk menghalalkan tindakan mereka yang enggan mengikut syariat dan menganggap mereka telah sampai kepada suatu makam yang istimewa ialah:
Penyelewengan Huraian Maksud al-Yaqin
Mereka berhujjah dengan firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 99:
Maksudnya:
“Beribadatlah kepada tuhanmu sehingga datangnya kepadamu al-yaqin”.
Dengan membuat tafsiran salah mereka menyatakan bahawa ayat ini bermaksud “beribadatlah kepada tuhanmu sehingga engkau memperolehi ilmu dan makrifat, setelah engkau telah memperolehinya maka gugurlah kewajipan `ibadat”. Di sana ada lagi beberapa tafsiran lain yang mereka cipta bagi membolehkan mereka menganggap perkataan al-yaqin dalam ayat di atas adalah bermaksud makam sufi. Apabila mereka menganggap diri mereka telah memperolehinya maka tanggungjawab ibadat atau mengikut syariat sudah tidak diperlukan lagi kerana ayat tersebut menyatakan sehingga datangnya yakin maka apabila yakin yang ditafsirkan oleh mereka telah diperolehi maka syariat pun gugur.
Tafsiran Sebenar
Sebenarnya perkataan al-yaqin di dalam ayat di atas telah ditafsirkan oleh semua mufassirin yang muktabar sebagai al-maut iaitu kematian. Dengan ini ayat tersebut bermaksud: “Beribadatlah kepada tuhanmu sehingga datangnya kepadamu kematian”
Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi di dalam kitabnya yang masyhur iaitu Ahkam al-Quran menjelaskan maksud ayat ini: “Perkataan al-yaqin bermaksud al-maut (kematian), Allah memerintahnya agar terus menerus dalam ibadat selama-lamanya, iaitu sepanjang hayat.” Seterusnya Al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi mengemukakan alasan mengapakah perkataan al-yaqin di dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai al-maut. Iaitu berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, apabila Rasulullah menziarah jenazah Uthman bin Madh`un, baginda bersabda:
“Adapun dia telah datang kepadanya al-yaqin. Demi Allah aku mengharapkan untuk kebaikan…” ( jld. 3, m.s. 116, Cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Daripada hadith riwayat al-Imam al-Bukhari (hadith ke-1243) yang dikemukan oleh al-Qadi Abu Bakr Ibn al-`Arabi dengan jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada jenazah Uthman bin Madh`un yang telah meninggal, baginda menggunakan perkataan al-yaqin dengan dimaksudkan al-maut iaitu kematian. Dengan jelas sunnah atau hadith sendiri telah menafsirkan maksud ayat tersebut. Maka ini yang kukuh kerana tafsiran yang paling kuat terhadap sesuatu ayat al-Quran ialah samada di tafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain atau dengan as-Sunnah. Setelah datangnya tafsiran yang ma’thur (daripada Rasullullah) maka tidak boleh wujud lagi sebarang tafsiran aqli yang menyanggah tafsiran Nabi s.a.w.
Daripada ucapan Nabi s.a.w. yang jelas itu maka ayat tersebut bermaksud setiap mukmin diwajibkan terus beribadat sehingga tibanya kematian. Justeru itu ternyata, ayat tersebut bukanlah hujah yang menyokong kesesatan golongan berkenaan sebalik ianya adalah dalil yang menentang pendapat mereka yang menyeleweng yang hanya menghadkan ibadat sehingga ke tahap tertentu sahaja.
Al-Imam Ibn Kathir dalam menafsir ayat daripada surah al-Hijr tersebut, menyebut alasan tambahan yang membuktikan kesesatan tafsiran golongan tarekat atau sufi tersebut, katanya: “Sesungguhnya ibadat seperti solat dan seumpamanya adalah wajib bagi bagi setiap insan selagi akalnya masih berfungsi, maka hendaklah dia mengerjakan solat mengikut keadaannya. Ini seperti yang sabit di dalam Sahih al-Bukhari daripada `Imran bin Husoin r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu maka dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu maka di atas lambung”. Berdalilkan ini menunjukkan kesalahan pendapat golongan mulhid yang berpendapat maksud al-yaqin ialah makrifat dan apabila telah seseorang di kalangan mereka telah memperoleh makrifat maka gugur daripadanya tuntutan agama. Ini adalah iktikad yang kufur, sesat dan jahil. Sesungguhnya para anbiya a.s. dan sahabah mereka adalah golongan yang paling mengetahui tentang Allah, paling mengenali tuntutan-tuntutanNya, sifat-sifatNya dan apa yang paling layak untuk mengagungkanNya, namun begitu mereka adalah golongan yang paling kuat dan banyak ibadat serta terus menerus melakukan amalan kebaikan sehingga menemui kematian. Dengan itu maksud al-yaqin di sini adalah al-Maut (kematian) (jld. 2, m.s. 581)
Cuba lihat dalam petikan di atas al-Imam Ibn Kathir dengan jelas menghukum golongan ini sebagai mulhid (tidak percayakan agama), kafir, sesat dan jahil. Ini menunjukkan betapa bahayanya kepercayaan seperti ini terhadap aqidah dan wajibnya golongan ini ditentang.
Menyelewengkan Tafsiran Kisah Musa dan Khidir
Selain itu golongan ini juga beralasan dengan peristiwa Nabi Musa a.s. dan Khidir a.s. yang disebut di dalam al-Quran, di dalam Surah al-Kahf. Jika kita merujuk kepada Surah al-Kahf (ayat 60-82) Allah menceritakan pengembaraan Nabi Musa mencari Khidir a.s. bagi menuntut ilmu daripadanya. Semasa perjalanan Nabi Musa a.s. menemani Khidir a.s., baginda telah melihat beberapa tindakan Khidir a.s. yang menyanggahi syariat yang diturunkan kepadanya (Musa) lalu baginda membantahnya. Setelah tiga kali pertanyaan serta bantahan dibuat oleh Musa a.s. terhadap tiga tindakan yang dilakukan oleh Khidir, akhirnya Khidir pun tidak lagi membenarkan Musa a.s. mengikuti dan menceritakan rahsia segala tindakan-tindakannya yang dianggap oleh Nabi Musa a.s. sebagai kesalahan.
Dengan mempergunakan kisah dalam Surah al-Kahf berkenaan maka golongan sufi atau tarekat yang sesat beralasan bahawa para wali dibolehkan tidak mengikut syariat para nabi dan boleh melakukan segala tindakan yang dianggap salah oleh golongan zahir tetapi haikatnya betul di sisi ilmu hakikat atau ilmu ladunni. Ini kononnya sama seperti tindakan Khidir yang tidak mengikut Nabi Musa a.s. kerana Khidir adalah wali Allah dia menilai dengan ilmu ladunni yang terus menerus daripada Allah sedangkan Musa a.s adalah seorang nabi yang menilai dengan ilmu syariat semata. Justeru itu golongan hakikat tidak sama dengan golongan syariat dan golongan hakikat tidak perlu mengikut syariat seperti Khidir tidak perlu mengikut Musa.
Inilah dakwaan mereka yang sangat jahil bagi menilai apa yang terkandung di dalam lafaz-lafaz atau bentuk-bentuk ayat (siyaq al-Ayat) yang membawa maksud bagi sesuatu tafsiran yang benar. Golongan sufi yang menyeleweng dan tarekat yang sesat mempergunakan ayat 65 dari Surah al-Kahf yang menyebut:
(Maksudnya)
“Lalu mereka berdua (Musa dan Yusya’ bin Nun) telah bertemu seorang hamba (Khidir) dari kalangan hamba-hamba Kami (Allah) yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami dan Kami berikan kepadanya ilmu dari sisi Kami”.
Oleh kerana ayat itu menyebut min ladunna ilma (ilmu dari sisi Kami) maka muncul istilah ilmu ladunni. Dengan istilah ini ada golongan sufi dan tarekat yang sesat mengambil kesempatan untuk mengatakan mereka juga mempunyai ilmu ladunni seperti Khidir oleh itu mereka tidak terikat atau bergantung dengan syariat zahir.
Sebab itu seorang tokoh mufassir semasa iaitu Solah `Abd al-Fatah al-Khalidi dalam mengulas ayat ini dalam buku Ma`a Qasas as-Sabiqin Fi al-Quran beliau menyebut: “Para penafsir golongan sufi telah berbicara dengan perkataan-perkataan yang pelik mengenai ilmu ladunni dan memisahkan antara hakikat dan syariat, yang zahir dan batin. Mereka telah mencampur aduk dan merosakkan dalam menafsirkan ayat-ayat ini dan juga selainnya.” (jld. 2 m.s. 186. Cetakan Dar al-Qalam, Syiria) .
Beliau juga menukilkan beberapa ulasan para ulama mengenai ayat ini, antaranya ulasan al-Imam as-Syinqiti di dalam tafsirnya, Adwa al-Bayan iaitu: “Sesungguhnya rahmat dan ilmu ladunni yang kedua-duanya Allah kurniakan kepada kepada Khidir bermaksud kenabian dan wahyu. Ini kerana Khidir berkata kepada Musa:
(Maksudnya)“Aku tidak melakukannya dengan kehendakku”. (Surah al-Kahf: 82)
Perintah Allah tidak diketahui kecuali dengan jalan wahyu. Tiada jalan kepadanya melainkan wahyu. Allah telah menentukannya (pengetahuan mengenai perintahNya) hanya dengan jalan wahyu dengan firmannya dalam Surah al-Anbiya ayat 45:
(Maksudnya)”Katakanlah (Wahai Muhammad !) Aku hanya memberikan peringatan dengan wahyu”. (ibid. m.s. 190)
Setelah menghimpunkan ulasan dan tafsiran para ulama mengenai ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh al-Quran, Solah al-Khalidi membuat kesimpulan seperti berikut, katanya: “Selepas melihat perkataan-perkataan daripada para ulama kita maka kita dapat membuat suatu keputusan yang putus iaitu: Ilmu ladunni yang diisyaratkan oleh ayat tersebut, yang telah Allah ajarkannya kepada Khidir a.s. sebenar ialah nubuwwah (kenabian) dan wahyu. Adapun pengakuan dan dakwaan golongan sufi mengenai ilmu ladunni menurut kefahaman mereka itu, adalah batil, sesat, menyanggahi syariat Islam dan petunjuk al-Quran. (m.s. 92)
Ini bererti seluruh tindakan Khidir adalah wahyu daripada Allah. Khidir adalah nabi. Nabi Musa diutuskan kepada Bani Israil tidak diutuskan kepada Khidir. Khidir juga sebenarnya adalah Nabi yang menerima arahan langsung daripada Allah melalui jalan wahyu. Beliau tidak bergantung kepada syariat yang dikhususkan kepada Bani Israil. Justeru itu, segala tindakan Khidir adalah perintah Allah yang pasti melalui jalan wahyu dan tidak bergantung kepada ajaran Nabi Musa a.s. yang diutuskan untuk Bani Israil. Adapun Nabi Muhammad adalah utusan untuk sekelian manusia tanpa kecuali dan tidak ada yang terlepas dari berada di bawah lembayung ajarannya.
Al-Imam al-Allamah Ibn Abi al-`Izz dalam kitab aqidah yang iaitu Syarh al-`Aqidah at-Tahawiyyah dengan jelas menyebut persoalan ini dengan katanya: “Adapun sesiapa yang berpegang dengan kisah Musa bersama Khidir a.s. bagi membolehkannya meninggalkan wahyu kerana bergantung dengan ilmu ladunni, seperti yang didakwa oleh yang tidak mendapat taufik, maka dia adalah mulhid (atheis) dan zindik (munafiq). Ini kerana Musa a.s. bukanlah Rasul yang diutuskan kepada Khidir. Khidir juga tidak diperintah untuk mengikutnya. Sebab itulah Khidir bertanya Musa:
“Apakah engkau Musa dari Bani Israil?” Jawab Musa: “Ya!”
(Riwayat al-Bukhari).
Adapun Muhammad adalah diutuskan untuk seluruh manusia dan jin. Sekiranya Musa dan `Isa masih hidup maka mereka mesti menjadi pengikutnya. Apabila `Isa turun ke bumi (pada akhir zaman) dia hanya akan berhukum dengan syariat Muhammad. Oleh itu sesiapa yang mendakwa bahawa kedudukan dia bersama Muhammad seperti Khidir bersama Musa atau membolehkan (mempercayai) ianya berlaku untuk sesiapa di kalangan umat maka hendaklah dia memperbaharui keislamannya, hendak dia kembali bersyahadah dengan syahadah yang benar kerana dia telah terkeluar dari Islam keseluruhannya. Sama sekali dia bukan dari kalangan wali-wali ar-Rahman sebaliknya dia adalah wali-wali syaitan”. (m.s. 511, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut).
Lihatlah betapa jelasnya pendirian para ulama akidah terhadap golongan sufi dan tarekat yang seperti ini. Nyata sekali, sesiapa yang mendakwa perkara seperti ini terhadap dirinya atau orang lain seperti guru tarekat atau syeikhnya maka dia sama sekali adalah terkeluar daripada Islam. Di samping itu, sesiapa yang mendakwa dirinya seperti Khidir bererti dia mendakwa dirinya diberikan wahyu seperti Khidir atau dalam kata lain dia mendakwa diri menjadi nabi setelah datangnya penutup sekelian nabi. Ini adalah kekufuran di atas kekefuran.
Al-Imam al-Qurtubi yang merupakan tokoh mufassir besar. Beliau juga tidak lupa membahaskan persoalan ini dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Beliau menukilkan ulasan gurunya al-Imam Abu al-`Abbas mengenai golongan ahli kebatinan yang dihukum sebagai zindiq iaitu katanya: “Mereka itu berkata: “Hukum-hakam syarak yang umum adalah untuk para nabi dan orang awam adapun para wali dan golongan khusus tidak memerlukan nas-nas (agama) sebaliknya mereka hanya dituntut dengan apa yang terdapat dalam hati mereka. Mereka berhukum berdasarkan apa yang terlintas dalam fikiran mereka”. Golongan ini juga berkata: “Ini disebabkan kesucian hati mereka dari kekotoran dan keteguhannya maka terjelmalah kepada mereka ilmu-ilmu ilahi, hakikat-hakikat ketuhanan, mereka mengikuti rahsia-rahsia alam mereka mengetahui hukum-hakam yang detil maka mereka tidak memerlukan hukam-hakam yang bersifat umum seperti yang berlaku kepada Khidir. Mencukupi baginya (Khidir) ilmu-ilmu terserlah kepadanya dan tidak memerlukan apa yang ada pada kefahaman Musa”. Golongan ini juga menyebut: “Mintalah fatwa dari hatimu sekalipun engkau telah diberikan fatwa oleh para penfatwa”. Seterus al-Qurtubi mengulas dakwaan-dakwaan ini dengan katanya: “Kata guru kami r.a.: Ini adalah perkataan zindiq dan kufur dibunuh sesiapa yang mengucapkannya dan tidak diminta daripadanya taubat, kerana dia telah engkar apa yang diketahui dari syariat. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jalanNya dan melaksanakan hikmahNya bahawa hukum hakamnya tidak diketahui melainkan melalui perantaraan rasul-rasul yang menjadi para utusan antara Allah dan makhlukNya. Meraka adalah penyampai risalah dan perkataanNya serta penghurai syariat dan hukum-hakam. Allah memilih mereka untuk itu dan mengkhususkan urusan ini hanya untuk mereka.” Dalam huraian tambahan al-Qurtubi menyebut lagi: “Telah menjadi ijma’ salaf dan khalaf bahawa tidak ada jalan mengetaui hukum-hakam Allah yang berhubung suruhan dan laranganNya walaupun sedikit, melainkan melalui para Rasul. Sesiapa yang berkata “Disana ada cara lain untuk mengetahui suruhan dan larangan Allah tanpa melalui para rasul atau tidak memerlukan para rasul maka dia adalah kafir, dihukum bunuh……” (jld. 11, m.s. 40-41, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Demikian betapa tegasnya al-Imam al-Qurtubi dalam mengulas dakwaan sesat lagi kufur ini bagi membukti betapa bahayanya iktikad yang seperti ini. Bahkan kebanyakan para ulama Ahli as-Sunnah tidak lupa untuk memperingatkan perkara ini setiap kali mereka menyebut kisah Musa dan Khidir bagi memerangi golongan yang mempergunakan tafsiran yang salah lagi sesat ini untuk memperlihatkan keistimewaan diri dan akhir mereka tercerumus ke lembah kekufuran. Umpamanya, lihatlah ulasan yang begitu jelas oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dalam menentang kefahaman-kefahaman yang seperti ini. Demikianlah para ulama yang lain bagi setiap zaman. Maka golongan ilmuan yang wujud pada zaman ini juga perlu memerangi perkara yang seperti ini. Ini kerana aliran kepercayaan ini masih wujud dan mempengaruhi kalangan yang jahil dan mencari kesempatan untuk melepaskan diri dari agama. Jika mereka tidak ditentang habis-habisan maka akan hancur binaan Islam dan yang tinggal hanyalah Islam tanpa syariat.
abdur rasyid
Mac 11, 2007 @ 11:49:48
saya senang dengnan materi dan cara penyampaian yang baik lagi jelas
salahuddin
Mac 25, 2007 @ 12:03:26
Alhamdulillah, saya akhirnya menemukan jawaban yang lengkap dan jelas mengenai faham/ aliran yang sesat ini.
Terima kasih atas informasinya, semoga Allah senantiasa memberikan Taufik-Nya kepada antum..
Salahuddin H.
Harun
Mac 28, 2007 @ 11:48:00
Setuju utk sebahagiannya. Bukan semua tarekat (jalan) yang menyelimpang dari ajaran sebenar Islam.
Sesiapa yang jahil tentang tasawwuf belajarlah dari ulamak tasawwuf. Fiqh ngan ulamak fiqh, wahabi ngan kitab ibnu Taimiyyah, etc. Ia seperti kalau sakit jantung jumpa pakar jantung, sakit kulit jumpa pakar kulit. Kalau kita belajar tsawwuf ngan ahli fiqh, memang tak akan nampak kebaikan tasawwuf dan sebaliknya.
Wassalam.
ihsan
Sep 26, 2012 @ 10:20:38
Kelihatan benar anda sdh terjerat dalm kesesatan org2 tasawuf, apakah anda lebih percaya kpd ahli Tasawuf yg tdk pernah diajarkan oleh Nabi, daripada Al-Qur’an dan sunnah Nabi Muhammad SAW ? Kalau iya,berarti anda telah memilih jalan yg sesat dan keluar dari Islam.
mk
Okt 15, 2014 @ 09:29:35
org berdosa tau akan dosanya tetapi golongan pembuat bidaah sentiasa berasa dia di pihak yang benar sekalipun ditegakkan hujjah2 quran dan sunnah kerana terlampau taksub dgn gurunya
aser
Jun 18, 2007 @ 21:01:57
perhatikanlah sedetik….
pelajar darjah 1 dengan darjah 2 dan 3 dan 4 dan seterusnya…[sebagai contoh]
sekiranya pelajaran darjah 6 diberikan pada pelajar darjah 1 atau 2
adekah mereka dpat memahami/menerimanya…
apetah lagi sekiranya diberikan pelajaran bertaraf Universiti kepada mereka..
perbetul diri sendiri dahulu sblum menuding kepada orang lain…
“manusia adalah khalifah dimuka bumi”
-siapakah yang diperintah??sedangkan semua manusia adalah PEMERINTAH.
wassalam
ICT
Jun 26, 2007 @ 17:49:18
Salaam
Alhamdulillah, cantik semua komen2 saudara-saudariku. AdDiin An NAsihah, semoga kita saling nasihat menasihati antara satu sama lain, ibda’ binafsina awwalan 🙂
Jazaakumullahu khoirol jazaa’
Regards
Ahmad Nizam Al Maniri
🙂
Ghedman
Jul 17, 2007 @ 10:42:19
Alhamdulillah akhirnya saya mendapatkan jawaban yang memuaskan..
Berita ini insya allah akan saya sampaikan kepada teman teman dan saudara 😀
abdull
Jul 18, 2007 @ 19:54:57
buat renungan, Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (al-Mu’minun ayat;54) Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan.Dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (an-Nur ayat;46)
aa
Okt 31, 2007 @ 01:25:53
taek
hany
Nov 01, 2007 @ 10:05:20
jika menurut saya …., adalah orang yang sok pintar dan orang-orang yang dikelabuhi setan
Riadi
Nov 02, 2007 @ 08:33:35
Janganlah kalian campur aduk permasalahan hakikat dg syari’at, karena keduanya saling melengkapi dan masing-masing ada pada tempatnya.
Fajri
Nov 12, 2007 @ 21:46:55
Assalamual’aikum..
Yang anda jelaskan dalam tulisan ini tidak bisa men-generalisasi-kan tarekat, apakah anda pernah belajar tarekat sebelumnya?
Banyak sekali tuduhan-tuduhan terhadap tarekat dan tasawuf, lebih baik kita selalu mengukur diri sendiri dulu baru mengukur orang lain.
Bagaimana sikap anda bila Islam dikatakan agama teroris oleh orang yang non-muslim, karena banyak kasus bom yang di-dalangi oleh organisasi islam tertentu, yang kemudian orang non-mulim tersebut mengatakan “Islam itu sesat”, bagaimana perasaan anda? “Orang itu tidak memahami Islam yang sebenarnya”, mungkin itu kata anda.
Begitu pula tarekat, banyak sekali macam dan ajarannya, kalaupun ada yang sesat wallahu alam biar Allah yang menghakimi, lebih baik kita berkaca pada diri sendiri, dan selalu meningkatkan kualitas keimanan, begitu juga dengan saya.
Alhamdulillah saat ini saya mengikuti tarekat yang sangat menjunjung tinggi syariat Rasulullah Muhammad SAW.
farez
Nov 02, 2011 @ 03:56:11
tarekat banyak cabang..
org yg sesat adalah org yang tidak tahu dari asas jalan ini..
tu yg membuatkan org menjadi sesat.
kita amalkan apa yang di tuntut oleh allah. tidak meninggalkan solat dan sebagainya.
tarekat adalah jalan yang mendekatkan diri dengan allah.
supaya kita kenal siapa kita.. sebenar.
fikir-fikirkan lah….
nurhaq
Nov 28, 2007 @ 19:24:52
Bismilallahirahmanirahim…
“Dan telah kami jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberi faedah sedikitpun kepada mereka kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan (dengan demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu” (Al-Ahqaf ; 26)
“Allah s.w.t mengemukan perumpamaaan sebuah jalan yang lurus, di kiri kanan jalan terdapat dua pagar, Pintu sentiasa terbuka. Di atas pintu-pintu itu terdapat tirai-tirai yang melabuh. Seorang penyeru menyeru di kepala jalan. Seorang penyeru menyeru diatas jalan. Jalan yang lurus itu ialah Islam, Dua pagar tersebut ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka itu ialah perkara-perkara yang diharamkan Allah.Tidak boleh seseorang itu terlibat dalam mana-mana had Allah sehingga tersingkap tabir. penyeru diatas kepala jalan itu ialah kitab Allah. Penyeru diatas jalan ialah penasihat yang dikhaskan Allah didalam hati setiap mukmin” – Al hadith at-Tirmizi dan musnad Ahmad
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai” (Al-a’raf; 179)
sebahagian ucapan-ucapan ahli sufi besar:
Ujar penghulu kaum sufi, Junaid al-Baghdadi r.h :
“Jalan semua tertutup kepada makhluk kecuali bagi orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w”
Ujar beliau lagi:
“Barangsiapa tidak menghafaz Al-Quran dan tidak menulis hadith, tidak boleh diikuti dalam urusan ini, kerana ilmu kita ini terikat dengan al-Kitab as-Sunnah”
Ujarnya lagi:
“Barangsiapa tidak menimbang perbuatan dan Ahwalnya setiap masa dengan al-Kitab dan as-Sunnah dan tidak berhati-hati dengan lintasan-lintasan hatinya, ia dikira tidak termasuk dalam golongan ahli-ahli sufi yang sebenar”
Ujar Abu Sulaiman ad-Darani r.h , beliau menegaskan;
“Jika engkau melihat seorang lelaki dikurniakan karamah sehingga ia mampu terbang di udara, janganlah sekali-kali engkau tertipu dengannya kecuali setelah engkau melihat bagaimana sikapnya bila berhadapan dengan suruhan, larangan,batas-batas Allah dan juga adab-adab syarak”
Ujar penghulu al-Qutub ar-Rabani asy-SSyeikh Abd al-Qadi al-Kailani :
“”Seluruh para wali tidak mencedok ilmu mereka selain dari Kalam Allah(Al-Quran) dan Kalam Rasulnya (As-Sunnah) dan mereka pula tidak beramal kecuali dengan zahir keduanya”
Ujar as-Sari as-Saqati pula:
“Tasawuf adalah nama kepada tiga makna: iaitu hendaklah cahaya makrifat seseorang tidak memadamkan cahaya waraknya, tidak memperkatakan tentang rahsia batin sesuatu ilmu yang bercanggah dengan zahir kitab dan tidak boleh keramah-keramah seseorang itu mendorongnya kearah menceroboh perkara-perkara yang diharamkan Allah”
Ujar beliau lagi:
“Sesiapa mendakwa mengetahui batin sesuatu yang bercanggah dengan zahir sesuatu hukum, jelas ianya tersalah langkah”
Abu al-Husain an-Nuri:
“Sesiapa sahaja yang anda lihatnya mendakwa bersama Allah dalam sesuatu hal atau keadaan yang mengeluarkanya dari batas ilmu syarak, janganlah anda hampirinya. sesiapa sahaja yang anda lihatnya mendakwa dalam sesuatu hal yang tidak menepati zahir syariat, hendaklah anda ragui tentang agamanya”
Janganlah kita mudah melenting atau menolak mentah-mentah hanya kerana ia tidak sesuai (secocok) dengan keinginan (kefahaman)peribadi kita dan lebih dasyat lagi mengkelasifikasi kan kedudukan sesorang dengan hanya kita cuma mengetahui sedikit sahaja dari ilmu Allah, kerana “Ia (Allah) mengajarkan manusia apa yang manusia itu tidak ketahui” (Al-Alaq: 5) .
Dari ulamak salaf menjelaskan:
“Cahaya itu ialah orang mukmin yang bertutur dengan hikmah yang bertepatan dengan kebenaran, walaupun tidak didengari padanya sebarang athar.Apabila didengari padanya athar maka ia menjadi cahaya berlapis cahaya. Iman yang berada didalam hati orang mukmin bertepatan dengan cahaya al Quran. Ilham yang dicampakan kedalam hati kadang-kadang dalam bentuk perkataan dan ilmu kadang-kadang dalam bentuk tanggapan bahawa perkataan ini batil, amalan ini batil.ini lebih (kuat) daripada ini dan ini lebih betul”
“Ada diantara ilmu itu tidak ubah seperti binatang yang tersembunyi, tidak mengetahuinya selain ulamak-ulamak billah sahaja. Apabila mreka memperkatakannya, tidak akan mengingkarinya kecuali golongan yang lalai” al hadith Abu Hurairah
“Sesiapa yang beramal denagan apa yang diketahuinya, Allah akan mewarisinya ilmu yang tidak diketahuinya” Hadith Anas
“Dan janganlah kau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan pengelihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” (Al-Isra’ : 36)
“Sentiasalah hambaku menghampiri diri kepadaku
nurhaq
Nov 28, 2007 @ 20:45:06
“Sentiasalah hambaku menghampiri diri kepadaku dengan sunat-sunat nawafil sehingga Aku mengasihinya.Apabila Aku mengasihinya, Aku menjadi pendengaran yang ia mendengar dengannya, penglihatan yang ia melihat dengannya, tangan yang ia tampar dengannya dan kaki yang ia berjalan dengannya” Hadith Abi Hurairah
“Jika demikian, Adakaah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaanya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari Tuhannya, dan di ikuti oleh kitab suci Al Quran memberi kenyataan – sebagai saksi dari pihak Tuhan- meneguhkan bukti yang ter sebut” (Hud:17) —->“Cahaya itu ialah orang mukmin yang bertutur dengan hikmah yang bertepatan dengan kebenaran, walaupun tidak didengari padanya sebarang athar.Apabila didengari padanya athar maka ia menjadi cahaya berlapis cahaya. Iman yang berada didalam hati orang mukmin bertepatan dengan cahaya al Quran. Ilham yang dicampakan kedalam hati kadang-kadang dalam bentuk perkataan dan ilmu kadang-kadang dalam bentuk tanggapan bahawa perkataan ini batil, amalan ini batil.ini lebih (kuat) daripada ini dan ini lebih betul”
“Ilmu itu ada dua jenis, ilmu batin di dalam hati, itulah ilmu yang berfaedah” Al-Hadith: ibnu abd al-Barr secara mursal dengan isnad yang sahih.
“Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.”(HR Bukhari)
———> KESIMPULANNYA KITA HARUS TAHU SEJAUH MANA KEFAHAMAN, MAKSUD SERTA KEYAKINAN KITA TERHADAP AJARAN ALLAH S.B.W DENGAN SEBENAR-BENARNYA KENAL….KERANA JANGAN KITA PERSIS SEPERTI HADITH DIATAS YANG MANA APA YANG DIASAMPAIKAN OLEH SYAITAN (TENTANG AYAT KURSI) ITU BENAR TETAPI SESUNGGUHNYA DIA BERADA DIADALAM PEMBOHONGAN DAN KESESATAN YANG BERTERUSAN. KESESATAN IBLIS ITU ADALAH KERANA DIA RIAK DAN TAKBUR TERHADAP DIRI DIA SENDIRI DAN TIDAK MAHU SUJUD KEPADA ADAM SEBAGAIMANA TELAH DIPERINTAHKAN ALLAH…
“Dan janganlah kau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan pengelihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya” (Al-Isra’ : 36)
spd999
Jan 18, 2008 @ 11:05:26
Masih ada saja yang ‘mendiskreditkan’ pemahaman seputar sufisme ataupun tareqat. Namun tak mengurungkan niat aku untuk gabung ke salah satu tareqat, setelah menganalisis beberapa berita tentang tareqat dan sufisme. Saya berdo’a semoga Allah senantiasa membimbing kita ke jalan yang lurus. Bagi yang punya info seputar tareqat syathariyah di Jakarta, mohon kiranya dapat kirim email ke saya. Terima kasih.
Kamshory
Mac 31, 2008 @ 07:35:04
Jalan dunia boleh bercabang-cabang, namun jalan menuju syurga hanya ada satu, mengikuti Rasulullah, Muhammad. Tidak ada tawar menawar.
Muhammad SAW juga berdagang, beristri, mempunyai anak, bermasyarakat, sholat, puasa, membayar zakat, haji. Malah beliau adalah orang yang paling banyak sholatnya, beliau adalah orang yang paling baik dalam bergaul dengan istrinya, beliau adalah orang yang paling cinta kepada para sahabatnya. Beliau adalah orang yang paling takut kepada Allah.
Tasawuf sendiri bagaimana?
Mahmud Shah
Apr 09, 2008 @ 16:37:37
Hanya Allah yang tahu… Sesungguhnya perjalanan mencari Diri terkadang disalahertikan. Ilmu Ladunni adalah salah satu ilmu pengetahuan Yang Haq. Kita tidak tahu melainkan hati-hati yang kusyu’ kepada-Nya. Seringkali cabang ketuhanan ini disalah ertikan oleh orang yang tidak mengerti hakikat. Kita tidak boleh mengatakan ilmu ladunni ini sesat atau tidak; kerana semuanya dalam ilmu Allah dan ghaib. Renung sejenak terjemahan Surah An-Nur ayat 35 yang menggambarkan ilmu ini:
‘Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’
Serahkan pada Allah dan sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Kita tidak memahami kerana kita bukan ahlinya.
…di mana ada aku, di situ ada DIA…
syafril nk
Apr 11, 2008 @ 15:37:02
mudah2an allah membukakan jalan bagi orang yang belum mengerti akan ilmu hakekat,semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang merugi……semuanya adalah jalanNya jadi tidak perlulah diperdebatkan karena….ilmu allah itu maha luas dan kita hanya tahu sedikit aja…..jadi janganlah saling memperdebatkan sesuatu yang kita sendiri belum tahu jalannya, salam buat pak fajri,harun,aser,riadi,sdd99,mahmud syah
abu
Jul 27, 2008 @ 02:30:18
saya boleh bawakan saudara berjumpa seorang guru (tetapi hanya mengakui diri sebagai penyampai) dan bawalah berdebat dengannya dan buktikan dimana aliran tarekat itu salah. YAng menyalahi adalh pembawaan ekstrim penuntut yang tak kesampaian. dunia ini ada hitam ada putih, ada luar ada dalam, ada zahir ada ghaib, syariat adalah perjalanan ilmu zahir . Berapa ramai yang hanya berpegang pada syariat hatinya kotor, penuh keduniaan…menjadi imam sebab elaun, memberi ceramah sebab elaun…lu pikirlah sendiri….kenapa pemegang aliran tarekat sebenar doa nya lebih kesampaian dari orang yang harap jaggut shj panjang….doa orang tarekat pendek tidak berjela tetapi mudah makbul…kenapa wujudnya keistimewaan….tarekat adalah ilmu kajian…jika tiada ilmu kajian maka tidak ada jalan, api air malah roket ke bulan….kenapa mesti dinafikan wujudnya ilmu kajian didalam islam
rushdi
Ogo 25, 2008 @ 17:13:51
kamu yang sesat ,asri si anjing tua yang gila . adakah kamu tahu bahawasanya para imam fekah itu adalah beraliran sufi.dan mengambil jalanana tarekat. dimanakah bawaan kita tentang hadist : nabi bahawasanya syariat itu adalah perbuatanku ,tarekat itu adalah jalanku. hakikat itu adalah istanaku ,ma’rifat itu adalah rahsiaku……janagan lekas mengatakan oarang sesat
rushdi
Ogo 25, 2008 @ 17:16:02
kamu wahai mwahabi anjing gila . fatawa ulama fathoni menghukumkan bahawasanya darah wahabi halal di bunuh
Hikmatun
Ogo 25, 2008 @ 19:25:15
Assalaamu’alaikum w.b.t…. Bertenang wahai saudara Rushdi, jangan ikut sangat kemarahan terhadap sesama Islam yang anda tidka suka. Dr Asri tu bercakap atas dasar apa yang dia belajar dan dia ada dalil2nya sendiri. Ini termasuk dalam perbezaan pendapat, sememangnya dalam pengajarannya ada juga yang salah. Tetapi ingat, Islam tidak mengajar kita untuk berkata2 KESAT dan MENCACI MAKI orang lain.
Kita semua akan mati sekali sorang nanti, apa guna kita mencaci maki orang lain. Adakah Islam mengajar kita mencaci maki orang tanpa kita fahami apa di sebaliknya? Hanya sekadar pendapat seseorang itu tidak menepati fahaman kita? Adakah anda mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa golongan SUFI suka mencaci orang? Maka nasihat saya, bersabar lah wahai saudara …….
kunam
Ogo 25, 2008 @ 20:05:11
Jangan fikir mudah untuk mendapat lesen membunuh,
tersalah bunuh leher sendiri jadi taruhan atau selama-lamanya menginap didalam Neraka.
Hikmatun
Ogo 25, 2008 @ 20:20:52
Saya minta kalau saudara Rushdi mahu berdialog tentang [perkara ini , mari kita berdialog dengan hujjah masing2, kerana it yang diajar dalam Islam. Islam datang dengan HUJJAH, bukannya CACI-MAKI dan KUTUK-MENGUTUK. Dan mari kita sama2 merenungi hadith SAHIH ini
Rasulullah bersabda, “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah, yang paling rosak.” (Riwayat Muslim).
Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri agar kita berhati2 dalam membuat suatu tuduhan. Kerana itu saya tidak berani nak caci maki peribadi seseorang itu. Lain lah kalau saya dah bersama dia dan saya kenal banget sama dia. Tetapi sebaiknya kita rahsiakan lagi AIB orang lain, kerana insyaALlah Allah akan menutup AIB kita pula di Mahsyar nanti. Ini sekadar mendengar penjelasan melalui internet dan media, dah kita letak dia sebagai WAHABI la apa la, sedangkan si em[punya badan tidak mengaku pun dia itu Wahabi, dan dia sendiri tidak bersefahaman dengan WAHABI.
Maka tuduhan2 kita mestilah berasas dan betul2 menepati syariat. Seperti mana orang menuduh saudara Anwar Ibrahim itu meliwat, mana saksi2nya yang cukup dalam Islam? Mana bukti2nya? Maka sebaiknya kita jangan mudah2 menuduh orang, kerana tuduhan itu mungkin akab berbalik kepada kita, na’uzubillah. Sesungguhnya syaitan amat suka anak Adam bertengkar dan bertelagah sesama sendiri, lebih2 lagi sesama Islam.
Hikmatun
Ogo 25, 2008 @ 20:30:28
Orang seperti Dr Asri bukanlah maksum, tetapi dai datang untuk bagi penjelasan2 dan keteranga yang telah lama masyarakat kita salah faham, Kerana banyak bercampur dengan ADAT dan fahaman2 lain dari sejak sebelum MERDEKA dulu lagi. Maka alhamdulillah, walaupun tidak semua pendapatnya betul, tetapi dia telah cuba untuk banyak beri kesedaran pada masyarakat tentang banyak kesalah fahaman kita selama ni.
Saya tidak mahu memberikan banyak contoh tentang kesalah fahaman2 ni, cukup lah saya beri kan satu contoh dalam soal nikah kahwin. Masyarakat kita sudah dari dulu kebanyakannya jika kahwin jer naik pelamin / bersanding. Sedangkan bersanding itu tiada langsung dalam agama, sedangkan soal nikah kahwin adalah soal yang suci. Maka masyarakat dari dulu banyak yang fikir bahawa bersanding itu ada dalam Islam juga. Dengan itu datanglah golongan2 yang memberi penjelasan bahawa ianya tiada daam agama, bahkan semata2 adat yang dipercayai mendapat pengaruh dari agama Hindu.
Begitu lah contoh2 lai nagar kita berhati2 dengan apa yang kita pegang sekarang. Dan sepatutnya kita menerima dengan hati yang lapang dari mereka2 yang telah berpenat lelah mengkaji AlQuran dan Hadith untuk memberi penjelasan pada masyarakat, bukannya dengan mencaci maki mereka.
Lain lah kalau semua fatwa2 mereka bercanggah dengan Islam, tetapi seperti artikel di atas, Dr Asri hanya mengatakan adanya Tarekat2 yang menyesatkan. Dan ini diakui oleh JAKIM sndr , dan banyak tarekat2 yang telah diisytiharkan SESAT, itu lah pemahaman yang mahu diberikan, agar kita semua BERHATI-HATI. Dr Asri tidak mencaci maki mereka dengan perkataan anjing ke , babi ke apa ke. Dr Asri hanya menyampaikan apa yang beliau belajar dari AlQuran dan Hadith. Maka jika kita tidak berpuas hati, seeloknya kita berhujjah dengan hujjah dan dalil yang NYATA, bukan makin ambil jalan mudah dengan MENCACI MAKI. Wallahu a’lam . Apa2 saya doakan agar Allah lembutkan hati saudara dan orang2 seperti saudara, amiin
Hikmatun
Ogo 25, 2008 @ 20:39:52
Ooo satu lagi, daripada apa yang saya baca dari tulisan Dr Asri itu, dia tidak mengatakan SEMUA tarekat itu sesat, tetapi dia hanya memfokus kepada TAREKAT YANG SESAT sahaja. Maka jika berlaku amalan2 yang bertentangan dengan Islam dalam sesuatu TAREKAT itu, adakah kita mahu membiarkannya sahaja tanpa memberi nasihat kepada mereka ? 🙂
IbnuNafis
Jan 27, 2009 @ 00:37:21
Assalamu’alaikum,
Selepas keluarnya artikel dari dr asri ini. Tidakkah anda mahu pula memberikan kesimbangan bagaimana ertinya tasawuf, tarekat. Mana yang betul dan yang tidak betul?
Terima kasih
Abdullah
Jan 27, 2009 @ 01:42:55
Assalamualaikum ……salam hormat dan sejahtera semua…………
Zamri Bali Darul Hikmah
Jan 28, 2009 @ 09:20:13
Adalah tidak adil jika menghukum kesemua tarikat itu tidak betul. Jika semua ajaran tariqat itu menyeleweng sesatkah semua ulama2 kita? jahil sangatkah semua ulama2 kita? Mungkin ada sesetengah ajaran tariqat begitu tetapi bukan semuanya hanya sebahagian sahaja. Dalam hal ini mencari guru mursyid yang benar itu sangat penting. Selagi tidak bercanggah dengan syariat.
Ilmu sangat penting. Makanya menurut al-Ghazali tassawuf tanpa syariat maknanya sesat manakala syariat tanpa tassawuf itu dipanggil zindiq. oleh yg demikian kita hendaklah mempelajari ilmu syariat terlebih dahulu sebelum mendalami ilmu tassawuf agar mampu membezakan mana yang haq dan mana yang batil.
Sesungguhnya tassawuf itu adalah buah daripada pokok syariat.
Semestinya kita tidak mahu menjadi seorang yang zindiq jika hanya mengamalkan syariat semata tanpa mengamalkan tassawuf seperti yg dikatakan oleh al-Ghazali.
Ramai dikalangan org awam yg melaksanakan solat namun maksiat masih tidak ditinggalkan. Hal ini kerana kesan daripada penghayatan solat itu tidak ada. Penghayatan itu hanya dapat dirasai dengan melaksanakan ibadah kepada Allah dengan rasa Ikhlas dan sifat ihsan semata.
Maka untuk mendapatkan rasa ikhlas dan ihsan itu hanya dapat dilakukan dengan memiliki rasa (Zouq) dalam beribadah. Maka zouq ini memerlukan latihan dan latihannya boleh dicapai dengan amalan2 tassawuf melalui bimbingan guru mursyid dalam tariqat.
Maka beramallah dengan kedua-duanya agar Islam itu ditegakkan.
rudi satria anggara
Jan 31, 2009 @ 10:20:01
tuntutan dan tanggungjawab
Menuntut ILMU kita akan dituntut ILMU
Sejauh manakah ilmu itu dipakai IBADAH
Menuntut HARTA kita akan dituntut HARTA
Sejauh manakah harta itu dipakai IBADAH
Menuntut ANAK kita akan dituntut ANAK
Sejauh manakah anak itu di didik untuk IBADAH
Menuntut KEADILAN kita akan dituntut KEADILAN
Sejauh manakah pengertian keadilan kita menurut ALLAH SWT
Bukan keadilan menurut kita yang selalu berdasarkan UNTUNG RUGI
Apapun yang kita tuntut
Apapun cobaan yang kita terima
Semua akan dimintai pertanggungjawaban di AKHIRAT
SELAMAT BERJUANG
by: KD
saudagar lempoyang
Mei 18, 2009 @ 07:19:17
saya setuju dgn pandangan zamari bahawa x semua tarikat itu sesat dan kehidupan kita ini pastinya akan menemui ajal walau pun apa pangkat dan kakayaanya akan menghadap tuhannya juga .Dimalaysia ini ada jemaah kebenaran cuma kita semua buat x tahu je baik orang ramai mahu pun pihak berkuasa jemaah ini sentiasa bercinta dgn tuhannya semuga tergolong orang yg bertakwa kerana janji tuhan kufayakun wassalam
amor chb
Mei 20, 2009 @ 20:28:15
hidup islam ………………..alloh hu”akhbar!!!!!!!!!!!??????
Nizam Kharkun
Okt 29, 2009 @ 17:12:58
Salam saudaraku,
Sejak dari kecil saya di ajar dan didedahkan dengan ilmu syariah dan alhamdulillah, saya masih memeliharanya.Sehinggalah pada suatu ketika saya telah merasakan ada satu kekurangan dalam diri saya iaitu berkenaan dengan hal berkaitan dengan hati dan keikhlasan saya dalam beribadah terutamanya kusyuk didalam solat. Saya merasakan penyakit2 hati atau sifat mazmumah masih beraja didlm diri ini. Namun demikian saya masih tetap berusaha untuk memperbaiki diri dalam beribadah kpd ALLAH dan cuba untik menghindarkan penyakit rohani ini.
Setelah beberapa kajian dilakukan dgn menghadiri majlis ilmu dan rujukan dari kitab2, tahulah saya sedikit sebanyak tentang ilmu tariqah sufi/tasawuf ini yang dulunya agak asing pada saya.
Walaupun saya belum lagi menyertai mana2 tarikah sufi setakat ni, tapi pada pendapat saya melalui tarikah sufi lah kita dapat membersihkan hati kita dan seterusnya memperolehi keikhlasan kita dalam berbadah dan mengenal Allah dgn sebenar2nya. Begitu juga tentang hadis nabi tentang Rasullulah SAW yang dikunjungi oleh JIBRIL dan ditanya tentang apa itu iman, islam dan ihsan.
Jadi, pada pendapat saya, mantapkanlah diri dgn ilmu syariat dahulu sebelum mendalami tarikat (hanya pendapat saya, sekiranya salah tolong betulkan). Dengan adanya syariat yg mantap, dapatlah ia menjadi panduan pada kita utk membezakan yang mana betul dan salah didalam mana2 tarikat yang kita sertai hasil dari pemahahaman yang mantap dari Alquran dan hadis.
Seterusnya, saya ingin menasihati saudara sekelian, janganlah kita menghukum seseorang itu sesat atau kafir kerana sesungguhnya itu adalah urusan ALLAH.Kita sendiri pun belum tentu betul, diterima dan diredhai ALLAH. Sekirannya kita dimasukkan ke syurga pun itu adalah rahmat ALLAH.
Imam Al-Ghazali juga adalah seorang ilmuan syariat pada asalnya dan mendalami tasawuf setelah meempunyai sedikit masalah dengan hal2 yang berkaitan dengan hatinya. Oleh itu, Pada pendapat saya yang lemah ini, sebaik2 jalan menuju ke jalan Allah ialah melalui jalan sufi kerana melaluinya kita dapat mengenal ALLAH dengan sebenar2nya.
Pada yang ingin menyertai tarikat,berhati2lah dan kajilah dengan terperinci kerana dikhuatiri mungkin ada yang sesat (tidak semua). Yang penting berdoalah agar ALLAH tetap memelihara kita, redha atas kita dan sentiasa menunjukkan kita jalan yang lurus.
Perbetulkanlah saya sekiranya komen saya di atas salah. Wassalam
renji
Mac 17, 2010 @ 12:07:37
Assalammualaikum…
Maafkan atas kesalahan saya terlebih dahulu,
cuma sekadar berkongsi,
Syariat dan hakikat mestilah seiring..
Syariat adalah ilmu jasmani dan
hakikat adalah ilmu rohani..
kedua-duanya adalah sama..melengkapi antara satu sama lain
tiada yang lebih dan tiada yang kurang..
iyo
Mac 26, 2010 @ 08:53:25
hakikat menghaluskan lagi syariat
Ahmad Nizam
Mac 17, 2010 @ 16:05:25
Wa’alaikumussalaam w.b.t…
Tauhid = Ilmu Usuluddin, Aqidah
Syariat = Ilmu fiqh , amal ibadah jasmani
Akhlaq = Ilmu adab sopan zahir dan batin , yang ada juga digelar tasawwuf
Cuma ada sesetengah tarekat (asalnya Tareqah yang bermaksud JALAN) , yang telah SESAT dari JALAN yang sebenar. 🙂
kamarul
Mac 17, 2010 @ 22:46:25
Salam……
sememangnya ilmu2 yang kita tuntut dalam agama ini amat luas akan tetapi keseimbangan ilmu mesti berteraskan kepada syariat Islam dan berpandukan kepada al-Quran dan al-hadis…..itu yang penting. Jangan sampai umat Islam di negara kita ini berperang sampai menumpahkan darah pula disebabkan ilmu2 seperti ini kerana Islam datang bukannya menyuruh kita melakukan perkara yang melampaui batas. Begitu juga dengan ibadah kita, Tuhan tidak suruh kita beribadah sampai sakit tubuh badan sendiri, itu telah membebankan hamba2_Nya…..cuma apa yang saya perhatikan ada sebilangan hamba Allah terlalu taksub kepada amalan2 mereka sehingga berkira2 untuk mengejar amalan2 kebaikan yang ada. Akan tetapi Allah telah menjelaskan bahawa kesemua manusia adalah sama cuma yang menentukan ikhlas dan takwa sepanjang hidupnya beriman kepada Allah.
Allah suka amalan yang diusahakan tetapi tetap dan berterusan walaupun amalannya sedikit….yang penting ialah keikhlasan. Seperti mana maksud firman Allah: Aku menuruti persangkaan hamba-Ku kepada-Ku.
[HR. Bukhari-Muslim]
Untuk makluman saudara saudariku sekelian, sekarang ini bangsa Israel telah mula melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap Islam. Mereka telah mula berani menghalang orang2 Islam daripada memasuki Masjid al-Aqsa’ di Palestin, justeru umat Islam tidak dapat solat lagi di masjid berkenaan. Ini sememangnya telahpun saya duga akan berlaku. Perang besar telahpun meletus di antara kedua2 belah pihak. Kezaliman Israel ini sudah mencapai tahap serius…..
Kerana permulaan inilah yang akan mereka jadikan sebagai landasan bagi menyambut ketibaaan Dajjal, mereka mengatakan bahawa sudah tiba masa penyucian kuil Sulaiman( masih terpedaya dengan janji2 manis iblis laknatullah)…..takkanlah umat Islam nak berdiam diri lagi sesudah itu.
Prof_Jebat
Mac 18, 2010 @ 12:55:45
Tak perlu ikuti mana-mana tarekat yang lain. Saya dah mengkaji bab bab tarekat dan kesufian sejak 30 tahun yang lalu. Saya tidak mengatakan salah secara total apa lagi nak katakan haram. Cuma bagi saya, tarekat yang asal; kalau ianya dimaksudkan sebagai JALAN, maka ISLAM itu sudah merupakan Way Of Life; yang mana mursyidnya ialah Nabi Muhammad Saw sebagai contoh yang teragung yang diINDORSED oleh Allah SWT.
Ini ada macam-macam tarekat dengan pelbagai citra dan gaya. Masing-masing mahu mengatakan bahawa tarekat dia yang benar. Semuanya konon ada salasilah sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Saya dah lihat ada pelbagai cara zikir dan wirid. Apakah itu benar daripada Nabi Muhammad SAW?
Salam Hormat.
khairul nizam
Jun 12, 2010 @ 23:58:25
saya bersetuju, tarekat lain ini hanyalah sesuatu yang terikat kepada mursyid mereka yang jahil. ive been through with tarekat and others group. it was such a bullshit and most of them are not educated and just believed to their guru without asking in depth question or do references. tarekat are sucks. do not get involve. ikut sahajalah nabi muhammad. mengapa perlu ada byk nama jalan?, tarekat itu lah, tarekat inilah, nama tarekat mereka itu adalah pengasas. jadi kalau kamu ikut selain muhammad, kamu ikut jalan lain lah..itu saja kesimpulannya. make a choice nak ikut nabi kamu atau nak ikut guru/mursyid yang konon berdarah nabi muhammad. tarekat penipu.. byk tarekat mengaku mursyidnya berketurunan nabi muhammad. ingatlah keturunan muhammad itu allah jaga dan lindung kesuciannya.
iyo
Mac 26, 2010 @ 08:52:09
sekira anda semua takut akan sesat? tuduh menuduh? fitnah sana sini? hal2 allah pun nak masuk campur dgn andaian2 masing? baca buku itu buku ini..tak cermin diri? solat ntah betul ke tak..hati asyik menghukum itu ini..
balik lah kepada al quran dan sunnah rasululah saw..komfem tak sesat
shah
Nov 16, 2015 @ 09:51:33
saya setuju pendapat iyo….islam ni mudah saja..tak perlu ikut mne2 jnis tarekat…kamu semua pegang pada 2 sahaja iaitu Al quran dan sunnah…pasti kamu semua tidak akan sesat walau sedikit pun..
Ahmad Nizam
Mac 26, 2010 @ 11:37:54
Salaam. Wahai saudara Iyo, saya mahu tanya enta, adakah kita perlu balik sahaja kepada AlQuran sunnah semata2 tetapi KEMUNGKARAN yang berlaku TIDAK KITA TEGUR??
Ingat, umat Yahudi dulu kala dilaknat oleh Allah S.w.t kerana TIDAK MENEGUR KEMUNGKARAN dan mengubah2 HUKUM ALLAH
“Rasulullah saw. bersabda, Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman” Hadith sahih Riwayat Muslim
🙂
ultraman
Okt 03, 2010 @ 16:10:30
Semuga Allah SWT meredhoi kita semua,ampuni kita semua..diberi petunjuk siang dan malam.apa2pun marilah kita semua berlapang dada..komentar yang riak mahupun aku betul dia betul..hanya Allah yang betul..berADAB kepada Allah SWT.
shah
Nov 16, 2015 @ 09:57:53
Assalamualaikum Encik ahmad Nizam…seharusnya kita pegang pada 2 bnde..Al quran dan sunnah sudah memadai..kerana segalanya Allah sudah jelaskan segalanya tentang kehidupan manusia di muka bumi Allah..begitu juga Sunnah,,segalanya Nabi Muhammad sudah jelaskan tentang umatnya…apakah ada lagi selain dari 2 perkara tuh..????
azhar
Mac 26, 2010 @ 11:59:44
Allah tidak menzalimmi Hambe nye melain kan Hambe nye yg menzalimmi diri nye sendiri..
asma'
Mac 27, 2010 @ 01:58:36
kenapa kita selalu berkata org sesat?????sedangkan kite x tahu ape yg mereka pikir
kenapa mereka sesat??sudahkan kite tanye rukun sembahyang nya??rukun islam nya??dan rukun iman nya??jgn kita suka mengatakan org sesat hanya kerana untuk membetul dan menegakan ilmu kita betul,,,,,tarikat adalah jalan menuju kepada ALLAH dengan memuji nama2 ALLAH berdoa dan berserah kepada ALLAH.adakah kerana tarikat tidak mahu bersama dengan JAKIM atau kerajaan di hukum SESAT??orang yang selalu berkatan kepada orang lain sesat akan di sesatkan oleh ALLAH kepadanya kerana dengan setitik ilmu yang ALLAH beri pada kita kita sanggup kata pada org lain sesat….harap selidik dahulu sebelum kata org sesat…kerana tarikat ada banyak aliran kaji asal pembawakan terikat terlebih dahulu,,,,,,,yang jadikan sesat adalah org yang tidak sampai dan langar perintah ALLAH maka ia akan mengubah apa yang telah di syariatkan tidak terima hakikat maka YG MAHA HAQ akan sentiasa menguji kesabaran kita,,,,adakah kita tahu akan maksud kesemua nama ALLAH dan akan kelebihanya??dengan zikirullah yan g kita lakukan adakah cukup untuk rohani kita??tarikat hanya berzikir dengan alam ALLAH dan sunnah rasulullah s.a.w,,,,,,,,,jd jan kita cakap org sesat tanpa susur galur..sekian terima kasih…
asma'
Mac 27, 2010 @ 02:07:53
kenapa tarikat sesat adakah mereka sesat kerana membantah kekufuran pemerintahan ISLAM yang menghalalkan dan mengeluarkan lesen penjualan benda haram contoh arak!!!!!kenapa kita tidak ikut sebetul2 islam???kenapa kita ikut yahudi….org yahudi cuti hari ahad untuk ke gereja kenapa kita tidak cuti hari jumaat untuk ke masjid solat jumaat?
el
Nov 03, 2014 @ 18:57:11
Kelakar pulak bila claim geng tarikat yang membantah arak dan judi yang dihalalkan penguasa. Semua umatbislam yang faham keharaman arak dan judi should do that la, tak payah claim tarekat yang buat, apalah. Memalukan. Semak balik sejarah, sumbangan kumpulan ni untuk jatuhkan turki uthmaniyah macam mana. Suruh jihad malah duduk diam diam dalam masjid. Lepastu suka ambil teori2 kristian dengan yahudi untuk jadikan method nak mendalami islam. Itu yang rasa fanaklah, zuklah, macam tak ada beza je kumpulan fanak fanak ni dengan orang khayal.
Ahmad Nizam
Mac 27, 2010 @ 06:23:22
SAlam. nampaknya saudara Asma’ TIDAK MEMBACA seluruh tulisan di atas dengan baik dahulu. Tulisan di atas bukan mengatakan SEMUA TAREKAT SESAT. tetapi ada sesetengah TAREKAT yang SESAT. Contoh kesesatan seperti yang nyata ialah seperti menyeksa diri dengan mencucuk2 badan sampai berdarah. Itu sudah NYATA tidak diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w. Itu antara satu contoh NYATA dan banyak lagi.
Fahamilah, makna TAREKAT itu ialah JALAN, asalh dari perkataan THORIQOH
Dan dalam banyak2 JALAN itu ada JALAN yang tersasar, tetapi kita TIDAK BOLEH SEWENANGNYA mengatakan seseorang itu SESAT, melainkan telah NYATA SELEWENG yang dibuatnya
Ya, saya tahu, ada juga sesetengah TAREQAT yang TIDAK SESAT tetapi diSESATKAN oleh JAKIM kerana ada kaitan dengan POLITIK. Kebanyakan yang menegur dan masuk campur urusan kerajaan akan mudah dituduh SESAT.
Fahami dulu tulisan di atas wahai saudara , jangan menuduh secara melulu. Jika tuduhan anda itu salah, maka tidak kah anda rasa yang anda telah MENUDUH tulisan di atas juga SESAT?? Fikir2kan 🙂
SESAT itu ialah terSASAR dari KEBENARAN. Jika anda menuduh tulisan di atas TIDAK BETUL / SALAH, sama lah anda mengatakan tulisan di atas ialah SESAT.
Orang SESAT JALAN ialah orang yang TIDAK JUMPA JALAN KELUAR kerana dia SALAH pilih jalan.
Fahami baik2 maksud perkataan SESAT itu. 🙂
kamarul
Mac 28, 2010 @ 02:36:57
salam…..
Firman Allah: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” ~ Al-A’raaf : 179.
kamarul
Mac 28, 2010 @ 02:38:26
Kebanyakan manusia itu diazab di neraka Jahannam disebabkan akal dan perasaan mereka tidak digunakan untuk memahami keesaan dan kebesaran Allah SWT sedangkan kepercayaan itulah yang akan membersihkan jiwa mereka dari segala macam was-was dan kehinaan serta kerendahan. Kepercayaan inilah yang akan menanam keyakinan kepada diri mereka sendiri, dan menjadi benchmark kepada keutuhan peribadi dan sahsiah.
Kita juga melihat sekalian manusia yang mengaku beriman, tetapi sebenarnya lalai dan lupa dengan kepercayaan sepenuhnya pada hari Akhirat. Mereka hanya menggunakan akal untuk menanam saham dunia tanpa sedikit pun membaja benih akhirat dalam setiap perbuatan dan pekerjaan.
faizal
Apr 11, 2010 @ 18:02:28
salam…sy ada soalan..klu TAREKAT tu maknanya JALAN….mcm mane plak dgn ajaran ISLAM yg dibawa oleh junjungan besar kita Muhammad S.A.W??kan ISLAM tu adalah JALAN utk seluruh umat??perlu ke amik JALAN lain lagi?? harap faham maksud sy yg sebenarnya..sy tak berani nk mengatakan tarekat itu sesat atau pun tidak..harap dpt jawapan dari pengikut tarekat atau sesiapa sahaja yg mahu memberi jawapan kpd sy…
khairul nizam
Jun 12, 2010 @ 23:47:37
saudara, cuba cari asal usul tarekat yang pertama dan siapakah mursyid tarekat yang pertama. dan kemudian buat research mengenai sejarah mereka, dari sejarah anda akan mendapat jawapan.
el
Nov 03, 2014 @ 19:01:37
Ye, saya dah cari, dan diorang memang tak best. Sumbangan tak ada. Menjadikan islam sebuah agama pasif. Macammana nak buat kebangkitan pemikiran masyarakat bila geng ni sibuk nak duduk dalam kutlah dia je? Kalau tarekat ni meluas, tak ada orang bukan islam pun minat islam. Nak pisahkan dunia dengan kehidupan je kerjanya.
azhar
Apr 12, 2010 @ 10:41:36
berat2… hehehe… macam2 yek…
azhar
Apr 12, 2010 @ 10:42:26
berat2… macam2 ada yek.. zaman2..
Mahmud Shah
Apr 12, 2010 @ 12:29:23
faizal said:
Saudara terdapat 4 cabang ilmu yang perlu kita ketahui sebagai umat Islam. Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Di mana yang tertinggi daripada keempat-empat itu ialah Makrifatullah. Islam adalah fitrah yang menunjuk jalan. Setiap ilmu Tarekat perlulah dari guru-guru yang murshid dan bersambung terus kepada Baginda Rasulullah SAW.
Apa yang kita belajar sekarang hanyalah permukaannya, iaitu syariat. Bagaimana mungkin kita mahu ke ilmu tarekat dan lebih ke atas lagi sedangkan Rukun Iman dan Rukun Islam itupun susah untuk kita jaga? Fikir-fikirkanlah. Hamba sekadar berkongsi.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
khairul nizam
Jun 12, 2010 @ 23:38:27
assalamualaikum,
terdetik hati untuk mengatakan, kita adalah umat muhammad dan hanya mengikut ajarannya iaitu yang ditinggalkannya, al-quran dan sunnahnya. tidak pernah ada nabi muhammad berkata ikutlah selain daripadanya, mengapa sekarang terlalu banyak tarekat yang mengaku mengikut al-quran dan sunnahnya padahal mentafsir ayat-ayat quran mengikut guru/mursyid tarekat masing-masing. saya berpendapat tarekat ini hanyalah pencarian kepada orang-orang yang ingin mencari sesuatu yang luar biasa dari pemahaman islam itu sendiri.mereka menginginkan sesuatu yang rahsia dan mendapat rahsia allah itu sendiri. ketahuilah saudara, allah itu maha rahsia, jika terdapat lebih kurang 80 tarekat yang mengaku atau mengajarkan bagaimana ingin mendapat hijab hakikat ataupun mendapat rahsia, maka rahsia allah itu sudah bocor kepada ahli tarekat yang taksub ini.renungkan lah berapa ramai ahli tarekat? jika terdapat lebih 200,000 pengikut seluruh dunia (ahli tarekat), adakah logik mereka ini mendapat rahsia allah? mereka kerap berkata awal-awal agama mengenal tuhan. dan mereka belajar bagaimana ingin mengenal tuhan mereka dan mencari bagaimanakah tuhan itu? ini sesuatu yang bodoh kerana mereka sendiri tidak sedar bila masakah ruh mereka ditiup kedalam jasad sendiri dan sekarang ingin mengenal tuhan? ketahuilah ruh itu urusan tuhanmu, dan hanya sedikit yg mengetahui. jika allah berkata ini, ruh sendiri urusan tuhan maka kegilaan apakah ahli hakikat mencari tuhan? sesungguhnya ahli tasawuf dan hakikat ini adalah gila dalam tidak sedar. ini hanyalah pendapat melalui pengalaman hitam saya. jadi adalah diharap bagi sesiapa yang ingin mencari, bersederhanalah kamu kerana allah tidak suka melampaui batas, dan untuk lebih selamat jika saudara terdengar sesuatu tafsiran yang pelik, rujuklah al-quran, kerana ia akan menyelamatkan saudara dari tersesat. peganglah al-quran semata-mata dan anda pasti selamat, jangan terus percaya kepada sesuatu tafsiran yang pelik kerana setiap yang pelik itu adalah halus dan dalam, jika tidak cukup ilmu anda mungkin terpilih kaca. saya sudah terkena dan tidak mahu org diluar mengikut jejak langkah saya, maka aku coretkan seringkas mungkin buat renungan semua. sekian.
Ahmad Nizam
Jun 13, 2010 @ 02:13:23
Salaam. Ada betulnya juga pendapat akhi Khairul Nizam itu, kerana ada sesetengah TaREKAT sudah terlajak dan terlalu memuja guru2 mursyid mereka. Macam lah guru2 mursyhid itu MAKSUM dan tidak ada dosa langsung
Tetapi tidak semua lah, ada juga sebahagiannya yang bersederhana dan sekadar untuk memperingati antara satu sama lain.
Cuma betul lah, tarekat yang sebenar hanya mengikut TAREKAT / JALAN yang dibawa oleh Nabi Muhammmad S.a.w , tidak kira di mana kita berada dan dalam jemaah mana kita ikut 🙂
stephen
Jun 13, 2010 @ 04:59:12
Mazhab imam shafie adalah golongan yang paling adil dalam membuat keputusan dan paling dekat dengan sunnah nabi (NM). Betul kan? Itulah sebabnya Malaysia adalah mazhab shafie…
Ahmad Nizam
Jun 13, 2010 @ 10:23:11
Semua MAZHAB adalah adil, cuma MAZHAB Shafie yang lebih sesuai dengan KEADAAN di MALAYSIA
Malaysia keadaannya lain, tanah pamahnya lain. DI Arab kawasan padang pasir suasana nya lain. Di tempat ada SALJI pulak suasananya lain, dan sebagainya.
Maka Islam ini sudah cantik, ada panduan2 yang sesuai dengan tempat masing2, kerana itulah wujudnya MAZHAB2 itu. Dan setiap MAZHAB dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah ini TIDAK PERTIKAI atau BERBALAH antara satu sama lain, tidak seperti mazhab dalam Kristian yang rata2 nya pasal BASIC / ASAS aqidah mereka iaitu Trinity pun sudah BANYAK bercanggah , apa lagi perkara2 lain 🙂
stephen
Jun 13, 2010 @ 14:14:02
Perkara lain yang bercanggah disebabkan budaya, inilah yang menyebabkan wujud dinominasi. Sesetengah orang kata itu mazhab, ada orang kata itu dinominasi. Namun pada saya, dalam banyak2 atau berpuluh2 atau beratus2 gereja yang berbeza di seluruh dunia dapat dikategorikan kepada 3 atau 4 fahaman yang utama.
stephen
Jun 13, 2010 @ 14:18:45
Yang saya tahu hanya tiga kategori.
stephen
Jun 13, 2010 @ 17:24:35
Dapatan dari wikipedia. Ahmad nizam dan muslim boleh mengkaji melalui topik ini.
http://id.wikipedia.org/wiki/Skisma
Ianya berkenaan bagaimana kristian itu berbeza. Mudah difahami melalui gambarajah.
Ia juga bermanfaat untuk pembaca kristian.
Ahmad Nizam
Jun 13, 2010 @ 21:32:15
Kristian berbeza kerana kucar-kacir yang dibuat oleh Paulus , KOnstantin dan orang2 Yahudi. itu adalah FAKTA, telah banyak saya xplain dalam tajuk2 di bawah dsbnya
https://hikmatun.wordpress.com/2008/05/26/2008/08/22/2008/08/21/2008/08/15/2008/08/08/2008/08/06/paulus-yang-selewengkan-ajaran-yesus-dan-mencipta-kristian/
https://hikmatun.wordpress.com/2009/10/08/kristian-menciplak-ajaran-buddha-dan-penyembah-berhala/
stephen
Jun 14, 2010 @ 05:25:48
Pembaca yang matang harus baca dari penulis kristian atau wikipedia, membaca di blog hikmatun adalah berat sebelah. Ada orang kata tulisan di hikmatun adalah sampah sarap yang tiada nilai umpama tulisan ahmad dedat yang tiada nilai.
stephen
Jun 14, 2010 @ 05:27:47
Mencari maklumat di wikipedia lebih baik berbanding di hikmatun. Ada orang cakap tulisan di blog hikmatun adalah sampah. Bagaimana guna sampah untuk berdiri?
kamarul
Jun 14, 2010 @ 23:52:32
salam….
ya, memng betul apa yang kamu kata tu stephen, segala penulisan karya saudara Ahmad Nizam adalah amat berat sebelah bagi kamu akan tetapi harus diingat bahawa Ahmad Nizam menulis blog ini adalah khas kepada orang muslim, jadi kenapa kamu sibuk bertandang ke sini…..nonsence.Sama seperti blog Kristian lain juga mereka tidak beri peluang langsung untuk muslim berdialog.Pernah saya berkunjung ke sana tapi mereka delete segala perkara yang bercanggah dengan hal mereka,jadi itu menunjukkan blog seagama dengan anda juga berat sebelah..
Tapi apa2 pun orang2 yang bukan Islam dialu2kan berkunjung ke sini, macam kamulah stephen hehehe..
stephen
Jun 15, 2010 @ 04:01:23
Terima kasih kerana menerima pertandangan saya di sini. Ulasan saya lebih kepada (umpama) menegur budak yang mulut becok. Hal tulisan saya kena delete atau kekal di sini adalah urusan administrator / webmaster. Yg penting, saya jalankan tanggungjawab musni saya: menyedarkan yg becok.
sultanah
Jun 15, 2010 @ 19:19:22
assalamu’alaikum
kepada saudara stephen,bagi saya maklumat di sini lebih dipercayai kerana penulisnya seorang sahaja(dan ilmunya diyakini tapi kalau ada perkara yang saya tak pasti saya akan tanya orang lain juga) tapi kalau maklumat kat wikipedia tu entah dari sapa lah maklumat itu datang..kami kat universiti ni kalau buat assigment dan source datang dari wikipedia lecturer reject taw..
Dalam Islam kita dilarang dari menjadi extreem kerana islam agama yang moderate..cuma kadang-kadang saya tak paham macam mana orang2 dari ajaran y sesat ni boleh meng-exempted-kan diri dari ibadah sedangkan Rasulullah beribadat pada Allah sehingga di akhir hayat baginda sedangkan baginda sudah pun dijanjikan syurga..pelik betul fahaman diaorang ni
Penghibur
Jun 15, 2010 @ 09:24:22
@Stephen
Stephen anda ini umpama “Orang Yang Lumpuh Ikut Berlari 100 Meter”.
By, Penghibur
stephen
Jun 15, 2010 @ 23:45:25
apa sultanah cakap di perenggan ke-2 ya?
koring
Jun 16, 2010 @ 14:09:50
Salam..lama sudah sy tak menjenguk..Ada sedikit info utk sy kongsikan bersama penulis..Sila dapatkan buku “Prinsip2 Tasauwwuf Islam” yg dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan..Buku ini adalah terjemahan Kertas Kerja yg telah dibentangkan di dalam seminar Antarabangsa utk para Imam dan pendakwah dari negara Islam pada tahun 1986 di Kaherah..Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Sheikh Abdul Hafiz Farahli Ali Al-Qarani,wakil Amanah Am Lajnah Tertinggi Dakwah Islamiah Universiti Al-Azhar,Mesir..Buku ini sedikit sebanyak menyediakan sari pati prinsip Tasauwwuf utk didedahkan kepada masyarakat awam yg selama ini menganggap Tasauwwuf merupakan amalan eksklusif kepada golongan Sufi sahaja..Buku ini baik untuk rujukan utk kita mempastikan sebarang kekeliruan dan penyelewengan2 yg disebut-sebut dapat diperbetulkan selaras dengan kehendak2 Syarak..Antara Kandungan buku ini menyentuh tentang Pengertian Tasauwwuf,Zikir,Pandangan Fuqaha’ Terhadap Tasauwwuf,dan Tasauwwuf Dan Masa Depan Dunia Islam..Ibnu Khaldun berpendapat dalam kitab Al-Muqaddimah,”Sesiapa yang mengingkari Karamah,itu adalah satu bentuk kesombongan..Manakala cerita2 tentang kekeramahan seseorang itu,dan berita mengenai alam ghaib serta cara2 mereka berurusan dengan alam ghaib adalah perkara benar,bukannya perkara mungkar..Sekiranya terdapat ulama yg cenderung mengingkarinya,mereka tidak berhak untuk berbuat demikian”…Alam sebagai saksi kepada kejadian karamah dan mengingkarinya adalah satu bentuk kesombongan,kerana karamah ini pernah berlaku kepada para sahabat serta ulama2 Salaf yg terkenal dan mahsyur..Kebiasaannya,karamah ini berlaku diluar pengetahuan empunya diri dan sebab itulah ia berbeza dengan Mukjizat..Kebanyakan ahli hakikat berpendapat,wali boleh menzahirkan karamah,tetapi tidak sepenuhnya..Ada juga yg berkata,”Sesungguhnya seorang wali itu malu utk menzahirkan karamahnya samalah seperti malunya seorang wanita menyatakan haidnya”..Rahsia karamah adalah kerana ia perkara yg luar biasa..Sekiranya kita cuba mengadakannya dengan akal,sudah tentu ia tidak menjadi karamah kerana ia berlaku dalam bentuk biasa dan boleh difikirkan..Sekiranya kita memahami kekuasaan ALLAH dan keistimewaan yg dianugerahkannya keatas sebahagian ahli Sufi,sudah tentu kita akan menerima hakikat karamah itu dgn tenang..Kita tidak akan mencari-cari alasan2 ilmiah bagi beberapa perkara luar biasa yg berlaku atas sebahagian dari mereka seperti mana Firman ALLAH: “Disediakan untuk mereka apa yg mereka kehendaki disisi tuhan mereka..(Surah al-Zumar:34)dan hadith Qudsi yg bermaksud:”Wahai hambaku!Taatlah kepadakau nescaya aku akan jadikan kamu rabbani,sekiranya kamu berkata sesuatu “jadi” maka jadilah ia”..Semua kenyataan ini saya petik dari buku yg saya sebutkan tadi..Sesungguhnya ilmu kita maha sedikit berbanding dengan ilmu ALLAH yg maha meliputi seisi alam..Sama seperti kita menyakini dan mengimani para malaikat,tetapi dapatkah akal kita menzahirkan berapa jumlah mereka yg sebenarnya,besar manakah saiznya,bagaiamankah fizikalnya,apakah bahasa pertuturannya,apakah tugas2 lain para malaikat yg tidak diceritakan oleh ALLAH kepada Kita?Sedangkan para malaikat sendiripun tidak mengetahui berapa jumlah mereka yg sebenarnya kerana diantara malaikat dan ALLAH pun ada halangan dan hijab berlapis-lapis,apalagi kita manusia utk menzahirkan kurniaan ALLAH secara rahsia kepada manusia yg dipilihnya..Alangkah hebat ciptaan ALLAH yg menciptakan manusia penghuni bumi yg tidak terbilang jumlahnya itu hanya sebesar biji selasih sahaja,bayangkan sebesar mana potensi otak kita untuk menghakimi rahsia2 ALLAH keatas makhluk2 ciptaannya..Bacalah,dan carilah selagi kita belum dimatikan oleh pencipta,selagi itulah rahsia ALLAH masih terhijab dari kita..
Ahmad Nizam
Jun 16, 2010 @ 14:59:02
Salaam. Nampaknya saudara Koring betul2 dah salah faham terhadap ambe ni. Wahai saudara, ambe ni dulu jua seorang pengkaji dan pengamal Tasawwuf hehe
Sebenarnya, ilmu Tasawwuf itu adalah ILMU AKHLAQ. Ilmu Akhlaq JELAS di sebut dalam hadith2 dan AlQuran. Tetapi nama Tasawwuf ini bermula peringkat kemudiannya. Kerana itu saya lebih suka MEMANGGIL ilmu Tasawwuf itu hanya sebagai Ilmu Akhlaq. Yakni Akhlaq Batin dan akhlaq zahir 🙂
Ilmu Aqidah / Tauhid , Ilmu Syariah semua ada dalilnya yang qot’ie. Dan saya TIDAk PERNAH menyalahkan SEMUA jemaah TASAWWUF, tetapi amat banyak yang sudah jauh TERSASAR, jika kamu betul2 mengkaji tentang mereka. Ilmu yang asalnya murni, tetapi sudah BANYAK disalahgunakan oleh orang2 tertentu. Panjang ceritanyaaa …….
Maka ilmu Tasawwuf itu tidak salah, dan memang perlu dipelajari kerana untuk mencantikkan Aqidah dan Syariah itu sendiri. Cuma saya lebih suka panggilnya sebagai Ilmu Akhlaq, kerana dalilnya ROJIH. Tetapi jika sesiapa mahu memanggilnya ilmu TASAWWUF, itu terpulang, ini hanya perkara FURU’ dan terpulang kepada pendapat masing2. 🙂
koring
Jun 16, 2010 @ 21:14:46
Salam saudara..Apa yg sy tulis adalah isi dari buku yg sy perkatakan td..Demi ALLAH dan Rasul saya tiada niat yg tidak molek terhadap saudara penulis..Maafkan sy jika saudara penulis merasakan sy tersalah anggap dgn saudara..Apa yg sy tulis adalah perbandingan dari segi rujukan dan sandaran,memandu persepsi umum terhadap amalan Tarekat mengikut prinsip2 Tasauwwuf..jauh sekali dari mempertikaikan kenyataan saudaraku..Sesungguhnya usaha saudara mengenengah kan permasalahan Tarekat sgt sy sanjung tinggi dimana kita dapat memperoleh manfaat yg besar,setidak-tidaknya dapatlah pengunjung mengetahui kategori amalan Tarekat yg benar dan yg sesat,dan peringkat dan ruang lingkup yg mana dikatakan mula menyimpang dari ajaran yg sebenar..Saya harap penjelasan saya dapat memuaskan pertimbangan saudara penulis..Walau apa pun persoalannya,Syariat wajib berjalan seiring kerana ia adalah penyokong dan tiang kepada kepada agama..Barang siapa mengabaikan Syariat umpama mengharungi lautan luas tanpa bahtera..
zulkarnaen
Jun 17, 2010 @ 01:54:15
salam;
Kaedah tasawuf “siapa yang tidak merasai , tidak mengetahui”.Ahli tariqat itu pendiri tasawuf.Ahli tariqat belum di kategorikan sebagai ahli tasawuf(sufi), cuma mereka yang baru berada di permulaan jalan kesufian.Untuk memahami tariqat dan tasawuf, bukan semata-mata dengan akal,kena mengamalkannya.Lupakan pasal karamah, kehebatan jenis tariqat yang pelbagai kerana tujuan akhir menjadi ahli sufi yang bagus akhlaknya, bagus ibadahnya dan hatinya sentiasa berada dalam khauf(takut) dan raja'(harap) di sisi tuhan.Banyak yang bertopengkan tariqat sedangkan sebenarnya adalah pengamal ilmu kebatinan yang menamakan diri mereka ahli tariqat dan merekalah yang merosakkan tariqat.malahan ada juga pembawaan tariqat yang menyeleweng kerana kedangkalan ilmu pengikutnya.Ukurlah pembawaan diri kita kerana tariqat tasawuf itu mempunyai nilai yang amat tinggi di sisi tuhan bukan kerana namanya tetapi kerana keihlasan pengamalnya.Rujuklah kitab penulisan sheikh Abd Wahab Syaarani dan ulama2 tasawuf lainnya. Ikutilah pesan imam malik ra.Wallahu alam.
zulkarnaen
Jun 17, 2010 @ 01:59:18
boleh rujuk laman blog ini juga sekiranya perlu ;
kuliahaddeen.blogspot.com > ditulis oleh Tokku Ibrahim Mohammad.
Penghibur
Jun 17, 2010 @ 09:38:53
@Koring & Zulkarnain
Maaflah kerana mencelah, bab Tareqat dan Tasawuf ni memanglah baik, saya juga sempat berkumpul dengan ahlinya. Golongan ni suka mengamal zikir, cuma menjadi persoalan adalah kalau berzikir dari pagi sampai ke petang, bila nak baca Al-Quran? kalau berzikir memanjang, bila nak faham isi Al-Quran?
Cuba sekali-sekala kumpul dengan kumpulan Tareqat dan bertanya dengan mereka tentang Ilmu Alam, Ilmu Embriologi, Ilmu Forensik berdasarkan Al-Quran! mereka boleh jawab ke tidak. Jujurnya saya gundah jiwanya saya berkumpul dengan kelompok ni, sebaiknya ikutlah Jalan yang ditunjukkan Rasulullah saw, Rasulullah saw adalah contoh semua aspek, Rasulullah saw merupakan ahli Ibadah, Ahli Ilmu semua bidang sama ada Ilmu Ekonomi, Kemasyarakan, Peperangan, Juga Ketua Pemerintah. Rasulullah tidak membuat kelompok tertentu dan Rasulullah saw berkumpul dengan masyarakat. Rasulullah saw tidak merahsiakan Ilmu Islam, Ilmu Islam terbuka untuk semua.
Saya juga mencadang supaya semua jemaah Tareqat tampil kehadapan dan bersama-sama berusaha untuk menjadikan Al-Quran sebagai dasar Pemerintahan Negara. Kalau asyik berzikir dari pagi sampai ke petang, ada ribuan masalah feqah sedang berlangsung dikalangan umat, siapa yang mahu selesaikan?
Rasulullah saw bersabda; “Beza orang berilmu dengan ahli ibadah adalah seperti aku (Rasulullah saw) dengan orang paling rendah dikalangan kamu”.
Namun saya tidak membantah Ilmu Tareqat dan Tasawwuf ni, dan saya kategorikan sebagai cabang ilmu dalam Islam, dan saya setuju dengan saudara Ahmad Nizam, bahawa ia berkaitan dengan Ilmu Akhlak.
Orang yang mempunyai kesedaran Ilmu Tareqat dan Tasawuf.
By, Penghibur
koring
Jun 17, 2010 @ 15:00:51
Salam saudara ku penghibur..Sy amat menyanjungi pendapat saudara..mudah-mudahan kita semua memperoleh manfaat dari perbincangan ini..Tujuan saya pada asalnya hanya utk berkongsi maklumat tentang Buku mengenai Prinsip2 Tasauwwuf Islam keluaran Jabatan Mufti Negeri sembilan..Buku ini amat baik untuk rujukan kita kerana ia merupakan satu pembentangan kertas kerja yg memperincikan tentang Prinsip2 Tasauwwuf dalam Islam..Setiap cabang ilmu dlm Islam perlu ada rujukan dan kitab yg menjadi panduan agar ilmu itu terpelihara dari penyelewengan dan kesalahan dari segi tafsiran..Memang benar kebanyakan(bukan semua)ahli Tarekat gagal menepati keutamaan2 yg dinyatakan oleh Guru mereka..Sebagai contoh,amat sedikit dari mereka yg hadir dalam kuliah Tajwid Al-Quran walaupun majlis itu dianjurkan oleh guru Tarekat mereka,tetapi kehadiran mereka sungguh ramai waktu majlis zikir..Perkara ini telah mendapat teguran dari guru Tarekat mereka sendiri sehingga para guru mengingatkan mereka bahawa Al-Quran itu adalah keutamaan yg teratas,zikir menjadi keutamaan yang keempat..Laporan ini saya perolehi dari lisan seorang Guru Tarekat dimana saya pernah hadir dlm majlis zikir Guru berkenaan..Beliau menyatakan jgn sehingga beliau menghentikan aktiviti majlis zikir sekiranya para ahli masih gagal hadir utk mengikuti Kelas Tajwid Al-Quran..Dengan mengikuti kelas Al-Quran,mereka akan mengisi keutamaan yg teratas sekali yakni Al-Quran..Mungkin point ini dapat menjawab permasalah yg saudaraku kemukakan..Kenapa kelompok ahli Tarekat yg saudara maksudkan gagal menjawab persoalan yg saudara kemukakan pada mereka..Ini adalah kerana kegagalan mereka meletakkan Al-Quran sebagai keutamaan yg teratas menyebabkan mereka tidak mampu menjawab persoalan saudara..Sy sendiri belajar Tajwid dgn ahli Tarekat..Kami seramai 6 orang membaca surah2 yg berlainan mengikut tahap bacaan masing2 dan guru saya itu mendengar sambil sekali-sekala membetulkan bacaan setiap dari kami..Tanpa melihat dan melalui pendengaran,beliau akan menyatakan surah apa yg kami sedang baca,muka surat berapa,dan ayat ke berapa yg kami sedang baca..Kemudian dgn kaedah Talaqi,beliau akan membetulkan kesalahan bacaan kami dgn menyatakan hukum Tajwidnya sekali..Mungkin ciri2 ini yg dikatakan meletakkan Al-Quran sebagai sebagai keutamaan teratas..Guru sy ini lbh dikenali sebagai guru yg mengajar Al-Quran berbanding ahli Tarekat..Beliau tidak sedikitpun menyentuh perkara2 berkaitan Tarekat sepanjang sy belajar Tajwid dgn beliau..Malahan beliau mengajak sy mengikuti kelas Tafsir Al-Quran disurau dua minggu sekali dgn seorang Sarjana Al-Quran lepasan Al-Azhar..Beliau sentiasa berpesan agar Istiqamah dgn Al-Quran dan beliau menyatakan harapan agar kami dapat memikul amanah mengajar Al-Quran kepada generasi akan datang..Sesekali beliau akan menunjukkan Ayat2 Al-quran yg boleh diamalkan utk kami memohon pertolongan kpd ALLAH agar mendapat kelapangan dlm mengurus keluarga,memelihara akidah dan menjaga kesihatan supaya sentiasa mendapat perlindungan dari ALLAH S.W.T. dlm apa jua urusan..Apabila kami bertanya tentang kemusykilan agama,beliau akan mengambil kitab dan membacakan persoalan tersebut dgn penjelasan yg terkandung dlm kitab berkenaan beserta dgn dalil dari Al-Quran dan Hadith..Apabila ditanya dari mana beliau mempelajari Al-Quran,beliau menyebut nama seorang tokoh agama yg kami kenali sebagai Guru Tarekat yg Mursyid di Negeri Sembilan..Beliau tidak mengasingkan diri dari masyarakat,malahan hadir di setiap majlis kenduri,kematian,malah dengan rendah diri menolak apabila diminta mengetuai majlis tahlil kerana beliau memuliakan Tuan Imam Qariah yg turut ada dlm majlis Tahlil tersebut..Ini adalah contoh akhlak yg berlaku dihadapan mata sy sendiri..Sehingga hari ini,beliau didatangi oleh golongan wanita,kanak2 dan dewasa utk mempelajari Al-Quran bermula dari pagi,petang dan malam hampir setiap hari..Jadi pengalaman yg saya lalui dgn ahli Tarekat berbeda dgn pengalaman saudaraku..Tentang masalah Fekah yg saudaraku kemukakan,Ianya terjadi akibat sikap mesyarakat sendiri yg tidak merujuk kapada kaedah Fekah..Apabila berlaku khilaf,jalan penyelesaiannya adalah merujuk kapada Al-quran dan Hadith..Jika masih lg tidak jelas,rujuk kepada pendapat Ahlul Sunnah..Sebagai contoh,hukum membaca Al-Quran kpd dua org wanita yg sedang Haid..Seorang jarang membaca Al-Quran dan seorang lg Hafizah Al-Quran..Ada dua pendapat disini..Satu pendapat mengatakan wanita yg dtg haid dilarang membaca Al-Quran krn antara syaratnya adalah suci dari Hadas..Pendapat yg kedua mengatakan hukumnya harus dgn membaca Al-Quran itu dgn niat zikir krn syarat utk zikir tidak perlu kepada suci dari hadas..Pendapat mana yg terpakai utk seorang Hafizah?Tentunya pendapat kedua..Kerana tuntutan seorang Hafizah itu ialah menghafaz Al-Quran setiap hari dan jika ditinggalkan akan membawa kesan kepada penghafazannya..Jadi beliau diharuskan membaca Al-Quran dgn niat zikir..Pendapat kedua tidak terpakai kpd wanita yg pertama krn beliau bukan seorang Hafizah,dan tidak berdepan dgn risiko luput ingatan terhadap penghafazan jika meninggalkan bacaan Al-Quran..Oleh itu pendapat pertama bersabit dgn beliau..Perkara sebegini yg masyarakat keliru dan bertelagah..Tanggung jawab ini jatuh kepada bahu kita semua dan ahli Tarekat juga tidak terkecuali utk memikul tanggung jawab ini..Semoga kita mendapat manfaat kerana yg baik itu datang dari ALLAH dan yg tidak baik itu dari kita manusia…Maafkan sy jika ada kekasaran atau terlanjur kata..
HambaNYA
Jul 02, 2010 @ 16:29:15
satu teguran sy kepada saudara koring…
Yang Baik Itu Dari ALLAH,Yang Buruk Itu Juga Datangnya Dari ALLAH.
TIADA APA PUN DATANG DARI KITA KERANA SESUNGGUHNYA,ALLAH ITU MAHA BERKUASA,MAHA PENCIPTA,MAHA ESA.
assalamualaikum.
HambaNYA
Jul 02, 2010 @ 00:03:24
syariat ——-> tarekat ——-> hakikat ——-> makrifat
ertinya:
syariat(arahan yang diberi oleh Allah Taala) ——-> tarekat(pergerakan/perlaksanaan) ——-> hakikat(mengetahui apa yang dilaksanakan) ——-> makrifat(mengenal……..)
apa yang ingin saya sampaikan?:
tanpa syariat,terbatallah yang selepasnya.kerana,ilmu tarekat,ilmu hakikat,dan ilmu makrifat adalah bermula daripada ilmu syariat.
ilmu syariat tanpa tarekat dan hakikat,tidak akan sempuna kerana seperti kulit yang tiada isinya.
ilmu tarekat dan hakikat yang tiada syariat,juga tidak sempurna kerana seperti isi yang tiada kulitnya…
bayangkan..seorang manusia berjalan tetapi tak memakai sebarang pakaian.apa pendapat anda?
bagaimana pula pakaian yang bergerak atau berterbangan tanpa ada orang yang memakainya?apa pula pendapat anda?bukankah tubuh manusia perlu ditutup dengan pakaian?
janganlah kita memisahkan isi dan kulit..begitu juga manusia dengan pakaian.
faham tak?
jadi,janganlah dipisahkan,dikategorikan,atau apa sahaja lah istilah pun untuk ilmu syariat,ilmu tarekat,ilmu hakikat hingga sampai ke martabat makrifat.semua ini adalah berkaitan.
ilmu Allah terlalu luas hingga tak tergambar dek kata-kata mahupun tinta,sekalipun air lautan dijadikan dakwat pena untuk menulis ilmu Allah ini.
belajar,biarlah sampai KENAL,jangan hanya sekadar TAHU tetapi tidak MEMAHAMI apa yang dipelajari dan dilakukan.
Yang Baik Itu Dari ALLAH,Yang Buruk Itu Juga Datangnya Dari ALLAH.
TIADA APA PUN DATANG DARI KITA KERANA SESUNGGUHNYA,ALLAH ITU MAHA BERKUASA,MAHA PENCIPTA,MAHA ESA.
Assalamualaikum
Hoross
Okt 04, 2010 @ 13:33:03
Kristian berbeza kerana kucar-kacir yang dibuat oleh Paulus , KOnstantin dan orang2 Yahudi. itu adalah FAKTA, telah banyak saya xplain dalam tajuk2 di bawah dsbnya
————————————————————————————————
Sangat saya terkilan apabila hos kita Hikamtun tidak menyelami sejarah suatu agama sebelum berbicara.Ya mungkin benar perkara Kristian menjadi berbeza akibat ketidaksefahaman antara orang-orang Yahudi dan yang bukan Yahudi.Namun apabila menuduh Paulus iaitu seorang Rasul bagi orang kristian sebagai salah seorang yang bertanggungjawab masalah ini sudah menunjukkan Hos kita tidak memilliki pengetahuan yang banyak tentang sejarah orang Kristian.Sebagai contoh pada tahun berapakah orang-orang Yahudi dan yang bukan Yahudi berkumpul dalam membincangkan penyusunan Alkitab di mana selepas itu mereka berpecah menjadi dua mazhab iaitu Katolik dan Ortodoks? Saya tak memaksa Hos kita menjawab cuma ini hanya sebagai peringatan bahawa kita samada orang Kristian,Islam,Buddha,Hindu ataupun yang lain kenalah mempelajari sejarah orang yang hendak kita tanya supaya tiada masalah salah faham yang berlaku.
HambaAllah
Okt 08, 2010 @ 14:35:00
KESMUA ajaran tariqat sufi tak kira dari aliran mana sekali pun adalah SESAT dan terkeluar dari ISLAM sebenar…
kesemuanya mencari dan menuju untuk mencapai fahaman WAHDATUL WUJUD
laknatullah…
sham
Okt 19, 2010 @ 04:20:19
Assalammualaikum sahabat2ku…sesat tak kira dimana pun kita akan sesat.Tak duduk dalam tarikat pun kadang2 kita akan sesat.Iktikad yang salah pun akan buat kita sesat.kalau semua tarekat sesat maka mufti negeri sembilan,Syeikh Murtaza juga sesat kerana beliau ialah guru tarekat ahmadiah di sana.Adakah beliau tak belajar syariat?Adakah hanya dengan tarekat melayakkan beliau jadi mufti?Ana sendiri adalah murid kepada tarekat naqshabandiah.Ya..memang ada tarekat yang sesat,ana tak nafikan.Tujuan pertama2nya tarekat adalah hanya untuk melatih hati berkekalan mengingati Allah.Sikit pun tak pernah fikir bab keramah2 ni.Itulah satu2nya yang ditekankan guru ana.Mengenai ‘kalau asyik berzikir saja bila nak baca Al Quran’,dalam sehari adakah 24jam kita baca Al Quran?Tapi dalam hal berterusan hati mengingati Allah ada disuruh dalam Al Quran.Mengenai ‘kalau berzikir saja bila nak berjihad tegakkan hukum Allah’,sudah layakkah kita berjihad?Adakah ahli2 tarekat tidak berjihad?.Tegakkan betul2 dulu ‘negara islam dalam diri.Kadang2 yang tak bertarekat pun banyak menghabiskan masanya macam tu saja.Salahkah kami hanya nak melatih hati berterusan mengingati Allah?.Mengenai jalan yang tidak mengikuti jalan Rasullullah,adakah kita seratus peratus ikut jalan Baginda?.Rasullullah berniaga dalam hal mencari rezeki,bukan mencari rezeki dengan agama.Guru ana berkelulusan Mesir,tapi dalam bab rezeki beliau hanya berniaga tempe.Beliau juga tak pernah minta kami sanjung beliau melebihi Rasullullah.Bertarikat bukan untuk menjadi wali.Tak ada nikmat yang melebihi bila kita ingat Allah,Allah akan ingat kita.Allahu’alam..apa pun ana sanjung tinggi setiap teguran sahabat2 semua..
joe
Dis 17, 2010 @ 23:43:01
WEDNESDAY, OCTOBER 29, 2008
SHEIKH ABDUS-SAMAD AL-FALIMBANI: SESEORANG YANG MENUDUH TARIKAT AHLI SUFI (YANG MUKTABAR) SEBAGAI TERKELUAR DARI AL-QURAN DAN SUNNAH BOLEH JATUH KAFIR
————————————————————————————-
1. Di kalangan agamawan Islam dunia Melayu ini, nama al-Sheikh Abdus-Samad al-Falimbani memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Karyanya yang terkenal lagi penuh barakah dan masih di ajar lagi kepada masyarakat umum pada hari ini ialah “Siyar al-Salikin.” “Siyar al-Salikin” adalah terjemahan bagi kitab “Lubab Ihya’ Ulumuddin” (“Intisari Ihya’ Ulumiddin”) oleh Imam al-Ghazali r.a. dengan beberapa tambahan yang sangat bermanfaat oleh al-Sheikh Abdus-Samad al-Falimbani.
2. Dan –alhamdulillah – Tuan Guru Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Nadwi Al-Maliki, – di antara ulama’ Melayu masa kini yang mewarisi keilmuan ulama’ silam – telah pun menterjemahkan karya agung “Siyar al-Salikin” daripada bahasa Melayu klasik ke dalam bahasa Melayu moden yang mudah difahami. Semoga Allah membalas budi dan jasa baik beliau sebaik-baiknya.
Komen penulis: Rugilah sesiapa yang tidak pernah mengaji atau sekurang-kurangnya membaca buku ini.
3. Dalam perbincangan kali ini, penulis ingin menegur sikap golongan Wahhabi atau pro-Wahhabi yang seringkali memandang hina dan mengeji tarikat-tarikat Sufi tanpa membezakan tarikat yang muktabar dan tidak muktabar.
4. Secara umumnnya, kita melihat bahawa golongan Wahhabi sering mengkafirkan golongan Sufi dan tarikat tasawwuf. Dalam satu program TV di negara Arab, seorang tokoh besar pergerakan Wahhabi dalam perdebatannya dengan al-Sheikh Yusuf al-Rifa’e mengatakan bahawa “Barangsiapa tidak mengkafirkan mereka (golongan Sufi yang membicarakan ilmu makrifat Ketuhanan), maka mereka juga jatuh kafir.” Banyak lagi contoh yang boleh kami berikan di masa akan datang.
5. Bahkan, kawan penulis sendiri yang mempunyai latar belakang ilmu agama yang sangat lemah pernah menyebarkan artikel yang menyebut kononnya (Guru kepada guru-guru kami) al-Sheikh Abu Yazid al-Busthami berakidah Hulul dan Ittihad. Sesungguhnya orang yang seperti ini mendedahkan dirinya kepada akibat yang sangat buruk. Tidakkah dia mengetahui bahawa al-Sheikh Abu Yazid al-Busthami digelar sebagai “Sulthan al-Arifin” (Sultan Para Ulama’ Arifin)? Semoga Allah memberi kawan penulis itu hidayah dan semoga kita tidak mati dengan membawa sangkaan yang begitu buruk terhadap para ulama’.
6. Dalam ruangan ini, penulis ingin menukilkan terjemahan kata-kata al-Imam Abdul Wahhab al-Sha’rani oleh al-Sheikh Abdus-Samad al-Falimbani yang menyatakan bahawa (dengan bahasa moden):
“Barangsiapa menyatakan bahawa Tarikat Ahli Sufi itu tidak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, nescaya jatuh kafir.”
Teks asal:
“Dan takuti olehmu bahawa engkau kata bahawasanya Tarikat Ahli Sufi itu tiada mendatang akan dia oleh kitab yakni Quran, dan tiada mendatangkan akan dia oleh Sunnah yakni Hadith Nabi SAW, maka barangsiapa mengata akan yang demikian itu, nescaya jadi kafir…”
(Muka surat: 200, baris ke-11 dari bahawa, Jilid ke-3, Tatimmah: Fi Bayani Fadhilah al-Salikin wa Thariqah al-Sufiyyah).
Huraian
7. Banyak golongan Wahhabi atau pro-Wahhabi tidak menyedari bahawa perbuatan mereka memandang hina, mencaci maki, mengeji Tarikat-tarikat Sufi merupakan KESALAHAN BESAR yang boleh menjerumuskan mereka ke LEMBAH KEKUFURAN?
8. Kalau beginilah kedudukan golongan yang menuduh Tarikat Sufi (yang muktabar) dengan kepalsuan, bagaimanakah kedudukan tokoh Wahhabi yang menyatakan bahawa: “Barangsiapa tidak mengkafirkan mereka (golongan Sufi yang membicarakan ilmu makrifat Ketuhanan), maka mereka juga jatuh kafir” ??? [Kami berlindung dengan Allah].
9. Maka oleh itu wahai pembaca sekalian, andainya kita tidak benar-benar mengerti tentang sesuatu perkara khasnya mengenai Tarikat Sufi yang seringkali menjadi mangsa fitnah pada hari ini oleh golongan yang menggunakan nama agama, maka eloklah tuan-tuan mengambil sikap berhati-hati dan wara’. Semoga dengan adab yang baik itu, Allah SWT membukakan hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita semua satu masa nanti.
BUANA RAWANA
Jan 06, 2011 @ 14:48:17
TUAN, KALAU TUAN MENGAJAR TENTANG CARA SHOLAT TETAPI TUAN TIDAK MELAKSANAKAN SHOLAT, APAKAH YANG TUAN AJARKAN ITU BENA.A.AAAAAAR???? KEMUDIAN
APABILA TUAN TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT,, BAGAIMANA TUAN BISA BERCERITA HUKUM DAN KEWAJIBAN BERSYARIAT??? KEMUDIAN
APABILA TUAN TIDAK PERNAH KENAL BUAH APEL, APALAGI MERASAKAN NIKMATNYA BUAH APEL SETELAH DIMAKAN,,, BAGAIMANA TUAN BISA TAU DAN MENCERITAKAN BAHKAN MEMVONIS BAHWA BUAH APEL MENURUT TUAN KOK BISA RASANYA PEDAS????KEMUDIAN,
KALO TUAN TIDAK PERNAH SALAMAN DENGAN NABI KHAIDIR, BAGAIMANA TUAN BISA TAU KOK TANGAN NABI KHAIDIR LEBIH HALUS DARI PADA TELAPAK TANGAN BAYI??? BERUNTUNGLAH ORANG ORANG YANG MENSUCIKAN HATI DENGAN RINSO. DAN MENSUCIKAN OTAK DAN FIKIRAN DENGAN ZIKIR.LAA ILAAHA ILLALLAH..
SEKARANG TUAN MULAI PANDAI MEMBUAT MAKALAH YANG MEMBUAT TUAN SENDIRI SESAT. KALAU TUAN BERSYARIAT TAPI TIDAK MENEMUKAN JALANNYA(THORIQOH), SAYA LAH YANG MENGKLAIM TUAN SARJANA GILAK. BUKAN ILMU AGAMA YANG TUAN DAPAT. TAPI ILMU PERANG…..AGAM INI DAMAI TUAN. TUAN MENYESATKAN TAREKAT, TETAPI TUAN TIDAK PERNAH MERASAKAN BAHKAN BELAJAR TAREKAT. IBARAT TUAN MENYALAHKAN ORANGTUA SENDIRI TANPA TAU BEBAN DAN TANGGUNG JAWAB ORANGTUA ANDA SENDIRI. MUNGKIN HATI TUAN DILANDA GELISAH OLEH OTAK TUAN YANG DIKENDALIKAN SYAITHON. SEKATANG TUAN BENAHI DIRI TUAN ,,,PERBANYAK MENSUCIKAN HATI DENGAN BERZIKIR. CARI GURU YANG SUCI UNT UK MELATIH ANDA BERZIKIR AGAR HATI TUAN SUCI. TAK ADA YANG BISA MENSUCIKAN HATI KECUALI BERZIKIR……………..KALO TUAN MAU MENSUCIKAN OTAK PERGILAH TUAN KE VIETNAM MELAWAN VIETKONG.AGAR OTAK TUAN DICUCI MEREKA. TAPI KALO HATI TUAN…… TAK KAN ADA YANG BISA MENCUCI KECUALI YANG MAHA SUCI……..LAA ILAAAHA ILLALLAH……
najib
Mei 02, 2011 @ 10:23:46
jangan meletakkkan semua tarekat tu salah,,,,imam ghazali bertarikat ,,,syeikh qodir aL JAILANI BERTARIKAT,,SYEKH TOK PULAU MANIS BERTARIKAT,,SYEIKH DAUD AL FATONI BERTARIKAT DLLLL,,TARIKAT TU DARIPADA NABI JUGA,,,YANG SALAH TU NTAH AMIK MANE PONG DK TAUUU,,,MENGADAP LAA GURU TARIKAT DAN TANYA LA APE KITA MUSYKIL SELALU NYA ORANG JAHIL DIA AKAN MEMUSUHI APE YANG IA TIDAK TAHU
kumbang
Ogo 08, 2011 @ 00:07:52
Perkumpulan Tarikat hanyalah kaedah, kaedah untuk latihan, latihan untuk berzikir. Tidak semuanya salah, tetapi tidak bermakna yang tidak salah itu Sempurna. Intipatinya, ia kaedah @ latihan untuk mengistiqomahkan zikrullah. Hasilnya tertuai bukan sebab latihan, tetapi semata-mata kerana rahmat Allah Taala.
Beribadah itu luas. Tunaikan yang fardhu, tunaikan yang sunat, jauhi yang haram. Membaca Quran, Zikrullah, berbuat dan berkata yang baik sesama Islam, berbakti kepada ibu bapa, amar ma’ruf nahi mungkar, menuntut ilmu, berdakwah, berkerja untuk menyara kehidupan, sedekah, Jihad Fi Sabilillah, etc semuanya amalan yang baik. Jangan memilih-milih amalan yang baik, buat semuanya. Jangan memilih-milih untuk meninggalkan yang buruk, tinggalkan semuanya.
Tarikah yang paling murni ialah, mengikuti 100% apa ajaran Al-Quran, apa ajaran Rasulullah saw. Jaga amal baik-baik, jaga hati baik-baik. Jaga zahir dan batin. Yang rahsia-rahsia tidak usah dicari, pabila mati maka pasti akan ketemu.
Tidak usah kita berkaum-kaum, tidak usah berkelompok-berkelompok, tidak usah bergolongan-bergolongan, tidak usah berpuak-puak.
Berkaum Muslimin lebih baik.
Salam Ramadhan.
Jas
Sep 03, 2011 @ 13:49:08
Salam Mua’laikum.
Saya ada satu pertanyaan mengenai topik yang di amat mengelirukan ini.
Saya pernah membaca kisah2 perkara pelik yand dapat dilaku kan oleh para Wali Allah S.W.T. dan perjalanan Tassawuf yang dilakukan oleh mereka.
Secara ringkas informasi yang di tuju kan kepada minda saya menerusi pembacaan ialah mengapa perkara perkara ghaib yang dapat dilaku kan oleh orang tassawuf seperti, sampai ke satu destinasi dengan sekelip mata spereti terbang dan berjalan di atas permukaan air tidak pula terdengar di laku kan oleh ara Sahabat-sahabat Rasullah S.A.W. tapi dapat dilaku kan oleh Wali-wali yang datang setelah zaman Rasullah S.A.W.
Keterangan yang diberi ialah waktu zaman Rasul S.A.W. kekuatan iman dan keyakinan mereka pada waktu itu tidak perlu diganti kan dengan kebolehan mereka melaku kan perkara pelik dan ghaib tetapi zaman sesudah mereka, perkara ini di dapat pula dilakukan sebagai “Karamah” untuk meyakinkan kebesaran Allah S.W.T. dan kekuasaan yang Maha Esa sebagai satu bukti.
Saya mendapat fakta fakta penerangan ini agak lemah dan pelik kerana perlu kah Allah membukti kan sepada Hamba nya keanehan seperti ini untuk membaharui keyakinan mereka supaya ia tidak pudar?
Lagi satu soalan saya untuk sesiapa boleh menerangankan, ialah. Jika kita membaca kisah Rabia’tu Adawiyah R.A. tentang keyakinanan nya terhadap yang Maha Esa amat mengkagum kan. Dan cara nya melaku kan ibadah nya dan pendirian nya terhadap Duniawi dan akhirat lebih tercenderung terhadap fahaman Sufi.
Dunia dan akhiran tidak dipenting kan langsung kecuali pendakatan diri hanya kerana Allah S.W.T. Malah cinta nya juga tidak boleh dibelah bagi untuk segala apa pun walaupun untuk Rasullah S.A.W. dan tidak ada ruang kebencian walupun untuk Syaitan terlakhanat kerana tupuan nya tidak dapat dibelah bagi kecuali segalanya hanya untuk Allah S.W.T.
Buat masa kini pengetahuan saya banyka lebih tercenderung terhadap ilmu Tassawuf. Tetapi sejak kebelakangan ini saya juga rasa ikutan syariat tidak dapat di bengkang bengkok kan atau “Cutting through the corners”
Ini perkara timbul kerana ader beberapa perkar tentant ilmu tassawuf yang di tuju kan oleh Murshid-murshid serta pengikut-pengikut nya memberi saya kemushkilan. Harap Maaf. Ini hanyalah pengalaman saya yang saya ingin mempertengahkan untuk bertukar pandangan. Dan tidak berniat selainya.
Terima Kasih.
el
Nov 03, 2014 @ 19:15:50
Saudara, saya percaya rabiatul adawiyah tu zuhud, bukan sufi. Letihlah macam ni. Lebih sikit je terus jadi kumpulan ni. Lebih sikit terus jadi kumpulan tu. Perbualan2 tentang ghaib2 sangat nilah yang buat anak muda jadi murtad tahu. Diorang nampak pembawa agama ni pelik2 sangat. Tak ramah dengan perkara dunia. Sedangkan islam tu datang salah satu sebabnya untuk selesaikan urusan dunia, biar pendidikan, sosial, ekonomi semua cabang boleh jadi ibadah. Come on la sufi, kesian sikit dekat generasi2 akan datang ni yang macam makin tak percaya dengan agama bila banyak sangat claim aneh2. Kamu mahu anak muda jadi macam mana? Tunjukkan model bagus sikitlah.haduhh. depan mata saya dah banyak gerakan marxis yang nak tumbangkan kapitalis pakai sosialis. Mana gerakan islam yang nak buktikan islam tu ideologi? Semua benda nak ghaib2, dah tu suka ke anak muda percaya sosialis yang menolak konsep tuhan berbanding agama diorang sendiri?
Sayyid
Sep 04, 2011 @ 07:38:00
Assalamualaikum wr.wb,
sdr jas yg dirahmati,
saya ingin menjawab pertanyaan anda dengan singkat saja.
islam adalah logica baik dalam berfikir maupun dalam beribadah, apabila ada manusia yg bisa terbang atau jalan di atas laut atau dengan tutup mata dapat sampai ke destinasi dll (karomah)sebagai landasan untuk menunjukkan suatu bukti kebesaran Allah adalah suatu tanggapan yg sangat egois, bukankah Alquran diturunkan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam yaitu untuk seluruh makhluk di langit dan dimuka bumi ini lebih besar maknanya?
orang yg didekatkan diri kepada Allah adalah orang yg beriman dan menyukai berjamaah dan yg suka silaturahmi sesama umat muhammad s.a.w.
sufisme adalah golongan orang-orang yg bertassawuf.
padahal Allah telah berfirman mengenai perpecahan islam oleh karena golongan-golongan tertentu yg menyebabkan pecahnya kesatuan islam.
seperti firman Allah pada surah ar ruum ayat 30-32.
mudah-mudahan anda meninggalkan golongan seperti ini.
iblis paling suka jika keturunan anak adam jadi egois seperti mereka.
semoga bermanfaat.
wassalamualaikum wr.wb,
sayyid habib.
sman
Sep 05, 2011 @ 10:56:05
Salam. Sekadar perkongsian pandangan…
Kalau kita amati sejarah penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia dan Malaysia: Maka kita sememangnya akan dapati bahawa Islam ini sampai dan disebar oleh Ulama’ Sufi yang ber Tareqah. Kebanyakan mereka bertaraf wali yang mempunyai karomah yang banyak yang menjadi salah satu faktor menunjukkan bukti kebenaran orang yang membawa Islam. Di Indonesia peranan Wali Songo tidak dapat dinafikan dalam mengislamkan tanah Jawa yang dahulunya dikuasai oleh Hindu yang akhirnya menjadikan Indonesia sebagai negara umat Islam teramai. Di Malaysia, contohnya di Terengganu pernah mencapai kegemilangan semasa era Tokku Pulau Manis yang juga terlibat sama dalam membangunkan masyarakat. Gurunya Sheikh Abdul Rauf Singkel (dari Acheh & disana di panggil Syiah Kuala). Mereka semua membawa Tareqah yang pelbagai)..
Ini sesuatu yang PASTI dan MUKTAMAD.. Maka kesimpulan yang PASTI dan MUKTAMAD adalah Tareqah ini sesuatu yang amat penting yang tidak boleh ditolak..
Kenapa zaman nabi tak de pun dinamakan Tareqah?? Sekarang ada.. ( kekeliruan kita mengenai ini harus diperjelas dulu. Panjang ni kalau nak dikongsi)..
Perlu difahami Tareqah ini adalah kaedah latihan mencapai Ihsan melalui amalan zikir khususnya & menjaga & mengamalkan syariat.. Bukankah kesempurnaan agama adalah dengan Ihsan.. 3 serangkai: Islam, Iman & Ihsan.. Adakah kita perasan sekarang ini Ihsan kurang dibicarakan?. Kita dapati pengajian, pengkajian & perbahasan ilmu Islam dan Iman sangat meluas.. Itulah yang kita dapati di Universiti2 dan menjadi perkara utama bagi para ulama dan Ilmuan Islam.. Ihsan siapa yang membahasnya, menghuraikannya dan siapa yang menjadi pelatih jalan kepada Ihsan??
Maka itulah zaman lampau Islam menjadi gemilang kerana Ulama di waktu itu rata-rata sempurna agamanya.. Pada waktu itu juga 3 serangkai ini terpadu dan bergerak bersama.. Gabungan ulama & umara’ terjalin utuh. Selepas zaman ini Islam dan Iman berpisah dengan Ihsan.. Inilah persoalan yang perlu difahami..
Manusia diturunkan atas 1 tujuan iaitu Ibadah kepada Allah dengan 2 tanggungjawab: 1. Menjadi Khalifah ( ilmu khusus berkaitan adalah Islam dan Iman) 2. Menjadi Hamba Allah ( ilmu khusus yang berkaitan adalah Ihsan)..
Kita lihat kan sekarang ia berpecah… Ini yang menjadi punca kekeliruan, salah menyalah, tolak menolak pandangan. Tapi Alhamdulillah era perpaduan sudah melihatkan bibitnya.. Telah ada kelompoknya yang sedang menyatukan dan bertaraf global. Usah dipeningkan kitaran ini.. Hakikatnya Ia adalah Sunnatullah.. Telah ada hadis menyatakan Islam bagai roda, kkadang di atas kekadang di bawah.. Bila di atas berlaku perpaduan, bila di bawah berlaku perpecahan.. Perjalanan dunia ni Allah dah atur.. Fahami hakikat & berjalan ikut syariat..
…..
Mengenai Karomah para wali,, merupakan setitis kerahmatan dari Nabi Muhammad, tempias dari Mukjizat Rasulullah. Kita amati: Peritiwa terbelah bulan. Kalau difikirkan itu perkara besar. Sepenting2 bulan & sebesar2 jisimnya dibelah Allah untuk menunjukkn kebenaran Nabi hanya kepada beberapa orang!! Tapi hikmah dan kebaikannya mengalir sampai sekarang.. Tak kira apa ke pelik apa yang timbul dari mereka, semuanya harus bagi Allah & mempunyai hikmah kekadang yang tidak kita fahami.. Kekadang Allah nak muliakan seseorang. Tidak boleh kita memuktamadkan maksud sebenar.. Sebagaimana Neil Amstrong masuk Islam dengan sebab melihat kesan belahan bulan.. Beribu tahun berlalu, memberi kemulian kepadanya mendapat hidayah dengan cara special.
Inilah Af’al Allah yang abstrak lagi seni, tidak difahami oleh kita melainkan apa yang Dia ilmukan kepada kita..
Tareqah adalah cara, kaedah & latihan mengembalikan Ihsan kepada kita. Sebab hakikatnya kita dah mencapai tahap Ihsan di alam Rohani.. Adapun Tasawwuf itu adalah hasil yang terbit (tanda) apabila seseorang itu mencapai Ihsan.. Karomah itu anugerah special boleh juga diertikan sebagai bukti yang mengesahkan seseorang itu sudah sampai rohaninya kepada Ihsan..
Kepada kita yang belum sampai tidak boleh kita memahami sepenuhnya dan beramal semacam amalan mereka.. Amalan & pemikiran Rabiah Adawiyah tidaklah semuanya sesuai dengan kita.. Itu bagi dirinya yang mencapai & memahami perkara hakikat..
Bagaimana kita nak paham ilmu Nabi Khidir?? melanggari syariat secara jelas.. Sedangkan Nabi Musa juga tidak memahaminya.. Tapi itulah yang diberi title ‘lebih berilmu’ oleh Allah dalam Al-Quran, dilebihkan Nabi Khidir dengan ilmu yang tidak diilmukan kepada Nabi Musa.. Inilah contoh terbaik saya datangkan dalam kita bingung, atau dengan mudah menolak JALAN yang telah terbukti benarnya.. Banyak lagi ilmu yang kita tak ketahui & boleh jadi ilmu itu diperilmukan oleh Allah kepada orang lain.. Lebih-lebih lagi ilmu kategori rahsia seperti ilmu Nabi Khidri… Fikir-fikirkan..
Sekian, wassalam..
el
Nov 03, 2014 @ 19:22:31
Sudah sudahlah dengan karomah kamu. Apa kamu beribadah semata mata nak dapat karomah ke? Niat buat ibadah sebab nak jadi superman boleh terbang? Benda2 macam tu kalau Allah nak bagi, bagilah, kalau tak, tklah. Terjunlah dalam masyarakat, buat bakti sikit. Orang2 yang kamu claim tarekat, sufi yg datang ke nusantara tu pun terjun ke masyarakat untuk bangunkan masyarakat. Orang tarekat sekarang buat apa untuk masyarakat? Setakat nak mendabik dada dengan sejarah lampau? Malulah. Orang non muslim bergiat buat penemuan2 baru yang boleh sejahterakan manusia dari segi perubatan, ekonomi, orang islam yang sebaik-baik umat diturunkan di muka bumi ni sekadar jadi pengguna pengguna pengguna. Haih la melayu.
garuda
Sep 09, 2011 @ 21:12:20
tepuk dada tanya selera…yang penting jangan terpesong dari akidah…
Hafiz Amurwabhumi
Sep 10, 2011 @ 22:45:56
selama maasih mengikuti ajaran rasul itulah yang tidak sesat
asrar
Sep 22, 2011 @ 18:42:34
Salam,
Dari perhatian saya, saya lihat MAZA spt baling batu sorok tangan / takut pd implikasi yg akan terjadi. Kenyataannya samar2 lebih utk “selamatkan” dirinya juga nnt supaya tidak berbalik kpd dia. Maza tk berterus terang dlm pada dia kata Tarekat itu sesat lagi kufur tp dgn tak secara lansung seolah2 telah menyesatkan semua tarekat. kan ada baiknya dia memberi contoh tarekat yg macamana yg sesat..spt ayah pin../ kahar..dan sebagainyer. Bukan samar2 cam tu.
Tapi sekarang kita lihat beliau sendiri ada aliran kaum muda@pemikiran baru@MINDA TAJDID dan siap ada pengikut2nya yg ikut jalan pemikiran dia. Jadi tarekat jugak la tu kan?. Kalu nk ikutkan asri tu pun bawak tarekat gak cuma malu nk ckp yg minda tajdid tu tarekat sebab dah semua tok2 guru dia awal2 dah sesatkan tarekat tak kan anak murid nk sanggah?
Walaupun apa tarekat sekalipun yg pasti ikut Syarak & Syariat tujuannya satu jer….menuju ALLAH yg ESA.
Mr. Mister
Sep 27, 2011 @ 14:00:53
Salam,
Dalam al-Quran tidak ada MAKRIFATULLAH (mengenali Allah) yang ada ITTAQULLAH (bertaqwa/takut kepada Allah)
Dalam khutbah Jumaat pun ada menyebut Ittaqullah mana ada Makrifatullah!
Fikir-fikirkanlah.
el
Nov 03, 2014 @ 19:23:52
Setuju dengan kau bro!
Mr. Mister
Sep 27, 2011 @ 14:11:42
Salam.
Berkenaan dengan MURSYID.
Baca Surah al-Kahfi, ayat 17:
“.. Itu adalah satu daripada ayat-ayat Allah; sesiapa yang Allah memberi petunjuk, dia mendapat petunjuk yang benar, dan sesiapa Dia menyesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya seorang wali (waliyyan) untuk menunjukkan (MURSYIDan).”
Itulah satu-satunya ayat yang ada perkataan MURSYID. itupun hanya memberitahu bahawa Allah sahaja wali mursyid.
Fikir-fikirkanlah.
Mr. Mister
Sep 27, 2011 @ 14:24:37
Salam,
Amalan tarekat pada pendapat dan pengalaman saya adalah sama dgn meditasi. Tidak lebih dari itu.
Fikir-fikirkanlah.
zuan
Okt 02, 2011 @ 22:12:38
bissmillahirrahmannirrahhim…assalamualaikum semua muslimin dan muslimat diruangan komen ini..hebat semua komen2nya..maaf,tumpang MENYELT..mOHON PETUNJUK KEPADA SEMUA…JANGAN LAH KITA ME WAR-WAR KAN PERMASALAHAN INI,BUKAN KAH alangkah baiknya sekiranya ILMU SYARIAT DAN TARIQAT DIGABUNGKAN AGAR TIDAK ADA YANG BATHIL MAHU PUN YANG KUFUR..PERNAH SEKALI GURU SAYA MENGINGATKAN PADA SAYA,BELAJAR LA ILMU DAN PERBETULKAN NIAT@ NAWAITU KITA,SELAGI ILMU YANG KITA BELAJAR ITU BERLANDASKAN ISLAM DAN NAWAITU MASIH KEPADA ALLAH,BUKANKAH ITU SUDAH MEMADAI???ILMU ALLAH SANGAT LUAS,ALLAH MAHA KAYA..KITA SEBAGAI MANUSIA BIASA HARUSLAH MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH SEMATA-MATA,BUKAN KAH ITU YG DISYARIATKAN OLEH ISLAM???BAGI SAYA,ISLAM SANGAT INDAH..BELAJAR ILMU TARIQAT SELAGI TIDAK TERPESONG AJARAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH BAGI SAYA YANG PENTING NIAT TU SEMATA-MATA KERANA ALLAH SUDAH CUKUP.LEBIH MENAKUTKAN,ORG YG BELAJAR ILMU APA SAJA DALAM ISLAM TETAPI NAWAITU DIA TIDAK BETUL BAGI SAYA ITU LAGI “BAHAYA”…CONTOHNYA: SESEORANG MEMPELAJARI ILMU UNTUK DITUNJUK-TUNJUK DAN MENGAKUI KEHEBATAN DIRINYA,SOMBONG,ANGKUH,RIAK DLL SEDANGKAN ILMU ITU DATANGNYA DARI ALLAH…FIKIR-FIKIRKAN LAH…
Ahmad Nizam
Nov 02, 2011 @ 17:33:02
Salaamun alaikum. hehe, kenapa lah ada banyak sangat salah faham dengan tulisan Dr Asri tu? pada hal penjelasan beliau mudah saja kalau baca betul2. Tapi kalau hanya baca TAJUK dan kemudian melenting, ini lah jadinya 🙂
Kalau anda faham baik2, Dr Asri hanya menjelaskan ada TAREKAT yang telah membuang syariat, itu yang SALAH.
Kalau tarekat tu x melanggar syariat, dan caranya betul, betul lah, perkara mudah saja wahai saudara2 semua. Dr Asri cuma mahu kita semua berhati2, itu saja. Astaghfirullah 🙂
Ahmad Nizam
Nov 02, 2011 @ 17:39:13
Fahamilah, Islam terdiri dari tiga bahagian besar iaitu
1 – Aqidah @ Usuluddin @ Tauhid
2 – Feqah @ Syariah
3 – Akhlak @ Ehsan @ Tasawwuf
Yang duk berbalah ni bab tasawwuf. Kalau sebut TAREKAT, ianya bermakna JALAN. Tarekat2 ni adalah jalan2 yang dicipta oleh ulamak2 dulu kala, maka terbahagi kepada banyak jalan. Tapi tujuan asalnya satu saja, iaitu untuk MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH.
Aqidah, Feqah dan Ehsan mesti ada dalam diri kita, x perlu keliru2, menda mudah saja. Islam ni mudah, bukan keliru dan mengelirukan seperti contohnya dalam agama Kristian yang banyak diselit falsafah2 Yunani oleh Paulus, hingga umat dia sendiri keliru. dengan Triniti saja sudah banyak keliru, usahkan perkara2 lain.
Banyak keluar ayat2 yang berfalsafah, dan seperti di alam fantasi. Kemudian jika sudah habis hujjah, mereka hanya kata HANYA orang tertentu yang dapat cahaya saja yang FAHAM. Macam lah dia saja yang dapat cahaya dan faham hehe. Saya sendiri faham apa yang mereka alami, kerana bukannya saya tak study tentang Kristian, dan bukannya saya tak pernah belajar tentang Tasawwuf.
Jika keliru maka MUDAH lah untuk SESAT JALAN.
Aqidah = bab IMAN
Feqah = bab AMALAN
Ehsan = bab pembersihan hati / dalaman
ketiga2nya mesti ada. Tak semestinya kena masuk tarekat baru boleh capai itu.
Dan ilmu Ehsan @ Tasawwuf itu pula tujuannya untuk PEMBERSIHAN HATI, lebih yakin dan faham serta penghayatan lebih untuk membesarkan Allah. Agar akhlak kita lebih baik dan mulia, dan lebih sabar dengan ujian2 dari Tuhan.
Tapi kalau dah belajar Tasawwuf hingga jadi makin angkuh, makin celupar mulut, makin buruk sangka, makin busuk hati, makin mengejar keramat, makin mengejar kemuliaan duniawi dan seumpamanya, bermakna sudah TERTIPU lah di situ.
Berhati2 lah dengan Talbis Iblis , pesanan ini juga termasuk untuk diri saya, kerana saya juga hamba Allah dan tidak terlepas dari ujian dan cobaan. Tak perlu kita menuding jari pada orang lain sokmo. 🙂
Drs HM sidik
Mac 11, 2012 @ 08:28:18
ass mengapa kita harus memvonis seperti itu bukankah syetan juga seperti itu paling tidak mereka berani mengatakan bahwa aku lebih baik dari yang lain aku terbuat dari ini sedangkan yang lain dari ini. Bukankah ini memberikan gambaran kepada kaum muslimin tidak semua kita mampu menjangkau ilmu Allah. kalau kita ingim menghujat sebaiknya masuk dan ikuti dulu apa yang mereka pelajari, apa pula yang mereka lakukan. bukankah nabi Musa yang alim harus bertekuk lutut didepan nabi Khaidir. bukankah kesalahan nabi Musa karena semata-mata mengandalkan akalnya, otaknya. sedangkan Nabi Muhammad awal-awal mengingatkan ala wahia qolbu. Kalau tidak senang sebaiknya dengan santun. Memang banyak cara untuk sampai ke destinasi tetapi yang perlu diingat juga banyak jalan untuk sampai ke destinasi. Hanya yang perlu diingat tidak semua orang sampai ke destinasi.
Drs HM sidik
Mac 11, 2012 @ 08:37:37
Berbicara masalah tasawuf tidak terlepas dari jenisnya bila dilihat dari beberapa demensi. ada yang disebut Urban suffisme, student suffisme, dan ortodok suffisme. Tarekat termasuk dalam kelompok Ortodok suffisme. ketika kita mengetahui bahwa pengelompokan ini merupakan salah satu disiplin ilmu maka kita harus berlapang dada rupanya dunia ini tak selebar daun kelor. kalau kita masih tetap ungkal hanya fanatis tak mau membuka dan terbuka untuk sering ya beginilah. wallahu a’lam
Siska
Mei 25, 2012 @ 11:42:21
Tulisan di atas golongan wahabi!
Sampah !!!!
pencarijalanpulang
Jul 02, 2012 @ 18:26:44
astagfirullah…
Bagi pengikut tarikat, jangan terpancing emosi.. Jaga rahasia mu…
Islam tidak untuk diperdebatkan
agamamu agamamu agamaku agamaku
istilah kasarnya elu elu, gue gue
kita mati sendiri sendiri.. Ga bareng bareng
buat orang yang belum tau tarekat..
Tarekat itu bukan bid’ah atau sesat
tarekat itu untuk mengetahui jalan pulang kembali kepada yang punya hidup agar tidak kena tipu daya iblis pada saat sakaratul maut nanti..
M,jarni
Okt 09, 2012 @ 19:39:54
Sheh site jenar
Alfallah
Okt 10, 2012 @ 03:15:28
Assalamualaikum
Tidak semua tasawuf atau Sufi sesat. Yg sesat mereka yg Cuma pinter ngomong tapi tidak menjalani kewajiban & sunnah Rosul. Alloh swt yg tahu isi hamba2. Manusia tdk bisa melihat hati seseorang. Kalau Kita meninggal juga membawa dosa & amal Kita masing2. Semoga para ulama tdk mengujat satu sama lain, karena biarpun bersatu umat Islam Blum tentu bisa mengalahin pasukan kafir ….
ilham
Dis 03, 2012 @ 22:09:30
salam wtb.., nape xleh share kt fb ea?:(
Alfallah
Dis 04, 2012 @ 01:11:42
Salam
Brother you talk to much.
mailo
Mei 06, 2013 @ 19:24:04
Assamualaikum,
Boleh beri tunjuk ajar cikit?
Apa hukumnya seseorang itu buat jalan sendiri yang hampir mirip cara Nabi
tetapi meyeleweng sampai memecah belahkan orang Islam itu sendiri?
Apa hukum memecah belahkan di kalangan Islam sesama Islam?
Amalan ibadah orang tidak dihisab ke?
Kenapa timbul peyakit hati dikalangan orang tarikat terhadap orang awam seperti saya? Sehingga hampir memutuskan tali siraturahim. Saya masih mukmin. kenapa tak diakui saya ni sewaktu hidup pegamal2 tarikat ini. Soal kubur boleh jawab ke sampai tak akui saya ni saudara mukmin dia.Harap pegamal tarikat2 ini dapat jawab melalui hati mereka sendiri..
mohd jasli abu bakar
Ogo 28, 2013 @ 10:31:13
salam semua..saya mmg jahil bab tarekat hakikat nie..syariat pun masih teraba raba..tapi ada guru mengajar..kata..siapa kita nie? zaman kita dgn rasul terlalu jauh ribuan tahun.mana mungkin kita dapat mencari nabi sendirian .kita belajar dari kitab kitab tinggalan ulama dari 4 mazhab yang sangat benar.dan guru guru kita juga belajar dari kitab tersebut yg diambil dari guru terdahulu sehingga sampai sanadnya ke pada nabi kita.itu lah jalan yg benar dlm mencari ilmu .para ulama tinggalan nabi ini telah menulis pelbagai buku menurut gaya masing masing..yg kandungan dan penulisan serta pemahaman akan ada yg berbeza .tetapi tidak dlm asas akidah nya ..sudah tentu guru guru kita juga tidak belajar dari guru atau ulama yang sama.jadi pasti akan ujud beberapa cabang jalan dalam mengenal allah secara lebih khusus demi maksud yang sama iaitu menuju kepada maha pencipta.setiap cabang akan bersandarkan kepada guru masing berdasarkan kitab yg dipegang dan begitulah seterusnya hingga sampai ke pada nabi..jadi bila ditanya allah kelak itu lah sandaran pegangan kita iaitu ulama ulama yg allah pilih untuk meneruskan urusan agamanya dibumi
tentang ada ujudnya tarikat yg menyimpang mmg saya setuju..
ini.wallahu alam
Ahmad
Mac 08, 2014 @ 00:00:36
Kata Abu Hurairah dalam Sahih Bukhari, “Aku menghafaz hadith dan meriwayat hadith Nabi saw dalam dua bejana ilmu. Satu bejana itu aku sebarkan ke khalayak ramai manakala yang satu lagi jika aku sebarkan nescaya halkum aku akan dipotong kerana ketidakfahaman orang-orang memahaminya
Ahmad
Mac 08, 2014 @ 00:02:46
Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;
“Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya”.
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;
“Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya.”
Hamba Allah
Jun 17, 2014 @ 12:11:44
Belajarlah Syariat Tariqat Hakikat dan Makrifat supaya lebih memahami….
Razman Shaharin
Ogo 14, 2014 @ 09:32:05
Assalamualaikum..
Kita terlampau cepat membuat tindakan, setiap insan itu yang mahu mencari kasih dan redha Allah SWT itu pasti juga akan di berikan petunjuk olehNya kemana arahnya menuju kepadaNya.Maka camkanlah bahawa ajaran yg pastinya baik-baik semuanya yang ada di dalam Islam itu tidak pernah salah, manusianya yang menyulitkan keadaan, baik si penghukum mau pun yang dihukum.Di akhir zaman ini, kita sudah maklum bahawa era kemodenan pada tahap yang tinggi, begitu juga dengan cara2 pengertian dan perlaksaan gaya hidup.Sejarah telah memberitahu kita bahawa as syaitan itu telah diberi ruang oleh Allah SWT untuk menyesatkan semua umat manusia ke jalan Allah SWT.Dalam pengetahuan ini, sudah pasti Allah SWT sahaja yang benar2 mengenali apa yang di ertikan sesat itu dan siapakah yang benar-benar sesat.Sebagaimana Allah SWT mengenali apa itu sesat, kita yang menghukum jua wajib mengenali seperti mana Allah SWT mengenalinya.Agama Allah SWT, yakni Agama Islam yg telah disempurnakan Allah SWT itu adalah Maha Suci, maka kita tidak boleh melihatnya atau menguruskannya secara yang termampu sahaja, tetapi ia wajib dilaksana dengan hati yang benar-benar mencintai kebenaran yang haq yang ada pada sisi Allah SWT.Kita telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk tidak melakukan kerosakan2 dimuka bumi ciptaanNya, maka justeru itu bagi si penghukum itu sudah jatuh hukum wajib juga baginya untuk memastikan bahawa hukuman yang bakal diberikan itu tidak mengarahkan kepada yang dimaksudkan tadi.Membuat kerosakan dalam hal Agama Allah SWT itu adalah sangat berat sekali perundangannya di mata Allah SWT, kerana ia melibatkan urusan seseorang muslim dalam hal dunia dan akhiratnya, manakala disaat itu jua pula hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.Hanya hamba-hambaNya yang rendah hatinya dan dekat kepadaNya yang akan menemukan jawapan yang benar lagi haqiqi disisi Allah SWT.Semoga kita semua akan dikumpulkan kembali bersama diakhirat nanti sebagai hamba-hambaNya yang diredhai Allah SWT.Alhamdulillah…Insya-Allah.
malbath
Ogo 25, 2014 @ 00:20:44
Kalau belajar pasal motong getah jangan la nak ajar orang tanam kelapa sawit macam mana..
Kalau Belajar sastera jangan nak jadi guru sains
Ada Faham Ka Tu..????
my self
Mac 26, 2015 @ 15:08:24
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Hai orang-orang yang beriman, apabila orang-orang fasiq datang membawa berita kepada mu, maka periksalah terlebih dahulu dengan berhati-hati, Supaya jangan sampai membinasa orang lain tanpa mengetahui keadaannya, Sehingga kamu menyesal akan perbuatan/tindakan kamu itu” (Al-Hujurat:6)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah hendaknya satu kaum mencela kaum yang lain dalam bentuk apapun, Boleh jadi mereka yang dicela lebih baik dari mereka yang mencela”
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka buruk, Sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari akan kesalahan orang lain”
neezam7
Mac 27, 2015 @ 20:09:29
Assalaamu’alaikum w.b.t…. Wahai saudara My Self, prasangka buruk apa laginya kalau dah contohnya, ada ajaran tarekat yang mengatakan shalat itu boleh hanya dengan pakai niat sahaja?
Pendek kata, Shalat pakai niat sahaja, tak perlu ruku’, sujud dsbnya. Dan saya pernah jumpa sendiri dulu golongan sebegini. Dan banyak lagi contoh lain klau nak sebutkan. Jangan asal sebut Tarekat sahaja SEMUA BETUL. Hati-hati lah 🙂
Wallahu a’lam 🙂
irfan sidiq
Ogo 14, 2015 @ 21:09:19
ulasannya bagus, tapi kalau boleh saya simpul kan saudara banyak mengkopi dari buku saja.
Al Azrie
Mac 22, 2016 @ 22:51:39
akhirnya allah tunjukkan jln yg benar. alhamdulillah. terima kasih kerana berkongsi. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu
1- “Aku tinggalkan 2 perkara yang kalian TIDAK AKAN
TERSESAT SELAMANYA jika kalian berpegang teguh kepada
keduanya: Kitabullah wa Sunnati. Keduanya tidak akan
berpisah hingga bertemu di telagaku. ” HR Hakim, shahih”
2- Kita adalah umat nabi muhammad s.a.w kan kenapa harus cari selain daripada nabi muhammad. Nabi m s.a.w bersusah payah demi menyebarkan agamanya. Nabi muhammad s.a.w juga semasa menyebarkan islam ia dibaling batu dn dilontar najis2 . Kita tak kesian ka dekat nabi kita.
3- jika kita mengikut nabi muhammad s.a.w maka kita akan di bangkitkn dgn nabi muhammad s.a.w..
#Hanya sekadar berkongsi jika ada salah silap silakan tegur.
#Nabi muhammad aku rindu kamu 😥
#Sulu bersatu…
Anwar helmy abdul malek
Okt 12, 2018 @ 02:52:47
Wahabi tot tot punya penulisan mmg mcm ni lah gayanya.