Oleh: Norazimah Ibrahim

Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA

Anda seorang surirumah atau isteri atau suami mahupun anak-anak, anda boleh jadi adalah antara mangsa. Bagaimana anda mengenalpasti anda seorang mangsa? Adakah ciri yang dispesifikasikan terhadap seseorang yang menjadi mangsa jenayah rumahtangga ini?

Anda adalah mangsa apabila:

1. Penderaan yang dilakukan oleh suami/ isteri yang melibatkan penderaan mental.
2. Anda sering dipukul sehingga menyebabkan kecederaan.
3. Pasangan anda pernah melakukan cubaan untuk membunuh anda.
4. Penyataan niat untuk membunuh dan mempunyai tanda-tanda yang kuat untuk membunuh anda.
5. Mengambil harta (biasanya harta isteri) secara paksa atau tanpa pengetahuan.
6. Anda adalah anak yang dirogol (sumbang muhrim).
7. Anda di bawah umur dibiarkan tanpa penjagaan/
8. Anda adalah anak yang dibuang.

Jenayah ini terbahagi kepada 3 iaitu:

1.

Jenayah terhadap suami
2. Jenayah terhadap isteri
3. Jenayah terhadap anak-anak

Apakah faktor-faktor mendorong Jenayah Rumahtangga

1. Personaliti Ibubapa

*

suami isteri kurang bersedia menghadapi tanggungjawab. Cth jenayah seperti penganiayaan terhadap isteri/ anak.
*

Tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna
*

Penagihan dadah, arak dan kaki judi.
*

Tidak dapat menahan nafsu/ perasaan (cth. Jenayah seperti sumbang muhrim)
*

Isteri berleter dan banyak mulut. Cth jenayah spt. penganiayaan
*

Kedudukan kewangan tidak kukuh
*

Suami yang ego – kata-katanya mesti didengar
*

Fizikal anak/ isteri yang lemah dan tidak upaya mudah untuk dianiya.
*

Ketidakpuasan dalam hubungan kelamin.

2. Personaliti Anak

*

Tabiat anak menangis dan nakal. (Cth utk jenayah spt penganiayaan)
*

Anak berpakaian kurang sopan di hadapan ahli kelaurga lain (cth. Jenayah sumbang muhrim)
*

Anak-anak diasuh oleh orang lain kadang-kadang tunjuk rasa benci pada ibubapa. (jenayah penganiaan anak)

3.Campur tangan keluarga

*

jiwa suami/ isteri/ anak yang tertekan dan boleh melakukan perkara jenayah (jenayah spt membunuh, mendera dll)

1.

Wanita takut tampil beri laporan sebab

* tekanan sosial dari masyarakat
* takut ancaman suami dan keluarga
* risau jatuhkan maruah suami dan keluarga
* masalah kewangan, tiada yg beri nafkah kalau suami tertangkap.
*

Takut diceraikan

2.

Masyarakat kurang prihatin
3.

Hubungan kekeluargaan yang renggang
4.

Naluri yang dimiliki manusia

*

naluri mempertahankan hidup (gharizatul baqa’) jika tidak diatur menyebabkan banyak kes penderaan, penganiayaan dan pembunuhan berlaku.
*

Naluri kasih sayang (gharizatun nau’) jika tidak diatur dengan baik akibatkan penderaan dan penganiayaan.
*

Tindakan kejahatan manusia ini didorong oleh kelemahan memenuhi tuntutan unsur asasi yang dinyatakan di atas.

Apakah kesan mangsa jenayah Rumahtangga?

*

Mengalami gangguan emosi ( mental)

*

kurang upaya gembirakan diri
*

merasa bersalah
*

tidak merasa kasih sayang
*

harga diri yang rendah
*

terencat perkembangan mental (kanak- kanak)
*

ketidakseimbangan emosi dan stres
*

Peringkat teruk: percubaan untuk membunuh diri atau hilang ingatan.
*

Kesan Fizikal

*

lebam, luka-luka, pendarahan dan parut-parut
*

membantutkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak
*

Tidak mementingkan kesihatan diri dan keadaan fizikal kurang teratur.

*

Interaksi/ perhubungan dengan orang lain.

*

pendiam
*

syak wasangka dengan orang lain
*

peringkat yang teruk – cubaan melarikan diri
*

penyedih, sensitif dan kemurungan
*

pemarah
*

cuba menjauhkan diri dari berinteraksi
*

mengelakkan diri dari berjumpa orang ramai.

Bagaimana mengatasi jenayah rumahtangga?

1. Diri / Individu

* persediaan dini untuk memikul tanggungjawab berkeluarga
* mempelajari ilmu pengetahuan dengan sempurna
*

mengubah sikap

2.

Keluarga/ Institusi Keluarga besar

* membantu ahli keluarga yang bermasalah.(Nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar)
* minta bantuan luar jika jenayah berterusan
* memberi kasih sayang dan sikap ambil tahu
*

memberi pendidikan yang sempurna

* mengambil tahu hal orang lain dan prihatin.( istilah jaga tepi kain orang lain ~ perlu)
*

mengatur kelab/ persatuan dalam komuniti untuk memantau sendiri permasalahan komuniti.

3.

Badan kerajaan

* memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat
* polis mengambil berat kes yang dilaporkan agar ia tidak dipandang remeh.