Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

MASALAH-MASALAH YANG BERLAKU SEMASA BANJIR

Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :

• Lemas
• Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh    ke dalam longkang
• Terkena renjatan elektrik
• Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu

TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEMASA BANJIR

• Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
• Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
• Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
• Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJAGA KESIHATAN KETIKA BERADA DI PUSAT PEMINDAHAN?

• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti    sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
– Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
– Guna tandas yang sempurna
– Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah

 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia