Lain paku lain la tajamnya, lain orang lain la ragamnya. Manusia ini mempunyai otak yang dianugerahkan oleh Allah S.w.t mempunyai keupayaan untuk berfikir. Keupayaannya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada banyak faktor, antaranya;

  • Pergaulan
  • Pemakanan
  • Pendidikan
  • Persekitaran
  • Pengalaman dan sebagainya.

Justeru itu, apabila banyak faktor yang memainkan peranan dalam proses pembentukan pemikiran seseorang, maka akan banyak pula la timbul ideologi yang tidak sekata dan seragam. Apabila dikaji dari perangai manusia, rata-rata manusia akan berpegang pada pendapat atau ideologi diri mereka ataupun kumpulan yang disertai mereka. Amat jarang manusia yang sering saja tunduk pada ideologi orang lain dengan mudah melainkan manusia-manusia yang terlalu lemah pemikirannya. Justeru itu lah, jika tidak ada guide line yang jitu maka manusia akan menjadi berbeza pendapat, bertelagah dan boleh membawa kepada permusuhan.

Sebagai umat Islam, kita mempunyai aqidah yang satu yang mentauhid kan Allah Tuhan sekelian alam.

Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.   [Surah Al Ikhlas : 1 – 4]

Untuk itu kita mestilah merujuk kepada sumber yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad S.a.w iaitu AlQuran dan sunnah. Jika kita semua umat islam tidak mempunyai kesungguhan untuk merujuk secara total pada Al Quran dan Sunnah maka secara tidak langsung kita akan menjadi lemah.

Pertama : Kerana kita tidak mendapat bantuan dari Allah kerana kita mengabaikan apa yang diwahyukanNya.

Kedua : Kita akan mudah dikuasai oleh musuh ketat kita iaitu iblis laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Cuba kita imbas kembali pada zaman Rasulullah dan para sahabat, walaupun mereka adalah golongan yang sedikit pada permulaan perkembangan Islam tetapi mereka dapat mengalahkan golongan yang jauh ramai malah 2 3 kali ganda lebih ramai. Jika kita ikut logik akal kita , maka keadaaan itu adalah tidak logik kerana pada masa itu, pihak musuh lebih mempunyai kelengkapan perang yang lebih baik dari Nabi dan para sahabat. Tetapi bagaimana tentera-tentera Islam boleh menang? Itu lah kekuatan aqidah yang bersumberkan pada wahyu yang mengikut secara total apa yang diajar oleh baginda Rasulullah S.a.w. Dengan kekuatan itu, insyaAllah tentera-tentera langit akan membantu iaitu para malaikat, wallahu a’lam.

Tanpa penyatuan yang merujuk kepada sumber wahyu secara total maka kita akan menjadi asing dengan agama kita sendiri dan akan wujudlah ideologi-ideologi yang muncul tidak diundang. Ideologi-ideologi yang hanya menggunakan logik akal semata-mata. Kita mesti tahu bahawa syaitan-syaitan pun mahir dalam membuatkan fikiran kita merasakan sesuatu yang buruk dirasakan baik, dan perkara yang baik dirasakan buruk. Ini dah kita nampak dengan jelas betapa ramainya umat Islam sendiri yang tidak suka kepada Hukum Allah yang Maha adil. Siapa kita mahu memberi komentar kepada Hukum Allah? Kalau lah betul kita sayangkan Allah seperti mana yang dituntut dalam agama, mengapa kita mesti membenci hukumNya? Mengapa kita sanggup mengeraskan kepala dengan mengatakan Hukum Allah tidak relevan pada masa sekarang?

“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” [Surah Al Ma’idah : 44]

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [Surah Al Ma’idah : 45]

“……Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [Surah Al Ma’idah : 47]

“Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum sebenarnya beriman sebelum mereka meminta keputusan kepadamu perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang bulat-bulat.” (an-Nisa’: 65)

“Hanyasanya ucapan kaum mu’minin, apabila mereka diseru kepada jalan Allah dan RasulNya untuk memberikan hukum di antara mereka itu ialah mereka itu mengucapkan: “Kita semua mendengarkan dan mentaati.” Mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia.” (an-Nur: 51)

Kita lihatlah di seluruh dunia sekarang, tiada negara yang tiada parti politik dan pertubuhan-pertubuhan yang pelbagai. Itu adalah kerana perbezaan ideologi. Dan ramai mana manusia yang bunuh-membunuh sesama sendiri kesan dari perbezaan ideologi ini. Untuk itu wahai kaum muslimin semua, ayuhlah, bangkitlah, perjuangkan lah apa yang di bawa oleh nabi kita dulu iaitu menegakkan hukum Allah di muka bumi ini dan jangan lah kita menjadi pihak-pihak yang menggangu usaha untuk menegakkan hukum Allah dengan mengikut selera dan hawa nafsu kita sendiri. Ikutlah apa yang sudah diberi panduan oleh pencipta kita. Dia mencipta kita, Dia maha tahu lah apa yang terbaik untuk kita. Jika kita perhatikan pun, apa yang diajar dala Islam semuanya untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Segala apa yang diajar dalam Islam ada hikmahnya. Hidup ini adalah satu perjuangan, tetapi biarlah perjuangan itu demi Rabb kita, demi Tuhan yang menjadikan kita. Dan perintah untuk melaksanakan hukum Allah adalah wajib bagi kita sebagai hambaNya, itu pun jika kita mengaku kita adalah hamba Allah.

Jika sekiranya manusia masih lagi nak mempertahankan ideologi masing-masing tanpa kembali kepada hukum Allah, nescaya umat Islam akan semakin menuju kehancuran, na’uzubillah. Bumi yang kita tumpang ini masih lagi mendapat rahmat Allah dan keberkatanNya kerana masih ada lagi manusia-manusia yang memuji Allah. Masih lagi banyak binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk yang memuji Allah. Kerana itulah kita masih mendapat hujan dari Allah yang menyuburkan bumi, itu semua adalah rahmat Allah. Apabila bumi disiram oleh air hujan, bumi akan menjadi subur. Akan tumbuh lah tanam-tanaman yang akhirnya menjadi sumber mata pencarian kepada manusia. Dan dengan rahmat Allah juga lah, akan banyaknya bahan-bahan galian dari perut bumi. Sebab itu lah seorang kaya itu tidak boleh membuat harta yang dimilikinya itu secara total miliknya. Dalam hartanya itu terkandung hasil titik peluh orang lain, hasil doa dari orang-orang miskin dan beriman dan sebagainya. Sebab itu lah zakat wajib dalam Islam kerana rezeki itu adalah milik bersama yang dianugerahkan oleh Allah Ta’ala untuk menguji manusia, siapa yang jadi semakin tamak, merasa tidak cukup sentiasa, mahu rebut dari tangan orang lain dan sebagainya.

Jika sekiranya Allah tidak ada belas kasihan pada mereka nescaya dunia ini sudah hancur dek kerana perbuatan manusia sendiri yang membuas dengan hawa nafsu dan tidak takut kepada dosa. Insafilah dengan banyaknya berlaku bala yang menimpa kita sekarang ini. Jika kita tidak mahu ia semakin teruk dan melarat, so rendahkan lah ego kita, tundukkanlah nafsu kita, sayangilah sesama manusia dengan tidak melakukan maksiat-maksiat yang boleh mengundang bala, kobarkan lah semangat jihad fii sabiilillah demi kita mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Ikut rasa binasa, ikut ideologi sendiri semata-mata merana akhirnya. Allah sudah menganugerahkan akal fikiran kepada kita untuk berfikir mana yang terbaik untuk kita ikuti. Maka sebaiknya lah kita gunakan akal kita ini dengan sebaik mungkin as long as kita tidak lari dari syariat Islam.

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Hindarilah olehmu semua duduk-duduk di jalan-jalanan.” Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kita tidak dapat meninggalkan duduk-duduk kita, sebab kita semua bercakap-cakap di situ.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda; “Jikalau engkau semua enggan, melainkan tetap ingin duduk-duduk di situ, maka berikanlah jalan itu haknya.” Mereka bertanya: “Apakah haknya jalan itu,ya Rasulullah?” Beliau s.a.w. bersabda: “Iaitu memejamkan mata, menahan diri membuat sesuatu yang berbahaya, menjawab salam, memerintah dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Hudzaifah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah engkau semua memerintahkan dengan kebaikan dan melarang dari kemungkaran atau kalau tidak, maka hampir-hampir saja Allah akan menurunkan siksa kepadamu semua, kemudian engkau semua berdoa kepadaNya, tetapi tidak akan dikabulkan untukmu semua doa itu.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

“Seutama-utamanya jihad ialah mengucapkan kalimat menuntut keadilan di hadapan seorang sultan – pemegang kekuasaan negara yang menyeleweng.”

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Nabi s.a.w. bersabda:

“Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim – yakni menghentikan kezalimannya – serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan – membencikan – hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati – mengutuk – engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka – Bani Israil.”

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Ini adalah menurut lafaznya Imam ‘Abu Dawud.

Dari Abu Bakar as-Shiddiq r.a. katanya: “Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua tentu membaca ayat ini – yang ertinya: “Hai sekalian orang-orang yang beriman, jagalah dirimu sendiri, tidaklah akan membikin bahaya kepadamu semua orang yang sesat itu, jikalau engkau telah memperolehi petunjuk.” (al-Maidah: 105), tetapi sesungguhnya saya juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya para manusia itu apabila melihat orang yang zalim, lalu tidak mengambil atas kedua tangannya — tidak menghentikan perbuatannya  maka hampir saja Allah akan meratakan terhadap seluruh manusia tadi dengan menurunkan siksaNya.”

Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad yang shahih.

Dari Abu Said al-Khudri  r.a., katanya:  “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa di antara engkau semua melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya itu dengan tangannya, jikalau tidak dapat -( dengan atau kekuasaannya), maka dengan lisannya -(dengan jalan menasihati orang yang melakukan kemungkaran tadi )-dan jikalau tidak dapat juga – (dengan lisannya), maka dengan hatinya – (maksudnya hatinya mengingkari serta tidak menyetujui perbuatan itu). Yang sedemikian itu – (yakni dengan hati saja) – adalah selemah-lemahnya keimanan.” (Riwayat Muslim)

Adakah kita sanggup berada pada kategori iman yang lemah???? Tepuk dada tanya lah kucing ke, ayam ke kat persekitaran kita ni.

Wallahu a’lam

🙂

.

Bacaan berkaitan :

Allah maha Hebat, hukumNya adalah yang terhebat

Abu Bakar r.a beritahu agar jangan taatinya jika dia menyeleweng

Nak tunggu sampai bila lagi?

Ku rindukan hukum Allah tertegak di muka bumi kembali

Berhentilah perjuangkan perkauman aka asobiyyah

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

Mengapa Hukum Islam terabai!