Salaamun alaikum

Alhamdulillah, selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah S.a.w

Pendek kan cerita, dalam kita pesan-memesan dan ingat mengingati sesama kita kepada agama, jangan lah kita terlupa, nun di sana, masih billionan manusia yang masih tidak mendapat hidayah kepada Islam. Dan ramai di antara mereka jenis yang baik-baik, yang bersikap tidak memusuhi Islam malahan ramai juga yang masih terkapai-kapai mencari sesuatu pengisian bagi rohani mereka.

Untuk itu wahai ikhwah sekelian, ayuhlah, di samping kita sentiasa mencari ilmu, di samping kita ingat-mengingat sesama kita (amr ma’ruf wa nahy mungkar), ayuhlah sama-sama kita ikhtiar untuk menyebarkan risalah Islam kepada non-muslim melalui pelbagai cara dan kaedah. <- ana rekomen kita perbanyakkan blog-blog tentang Islam yang indah ini dalam format English. Kerana blog2 seperti WordPress dan sekutu2nya tu mudah utk diketemui di internet dan termasuklah yang berdaftar ataupun tidak….. (hasil kajian niii)

“Ajaklah manusia ke jalan Tuhanmu dengan BERHIKMAH” , selain cara manual, kita guna kan lah kebijaksaan kita dalam apa cara untuk menyampaikan risalah Islamiyyah. Yang penting niat nak bantu agama Allah, nak bantu sebarkan nikmat terbesar yang kita telah dapat ni iaitu Islam. Bakhil dan kedekut la kita jika kita tahu sesuatu nikmat tu tapi kita x bgtau pada manusia-manusia lain. “Jika kamu tolong (agama) Allah maka Allah akan tolong kamu, dan akan mengukuhkan kedudukan kamu”.

Hendaklah kita tahu, hidayah hanyalah milik Allah S.w.t. Manusia-manusia yang masih belum mengucap dua kalimah syahadah tu pun suatu hari nanti x mustahil akan mengucap 2 kalimah syahadah dengan izin Allah, especially manusia-manusia kafir yang baik hati, berakhlak mulia dan sebagainya, even yang jahat sekali pun x mustahil dia akan jadi alim ulamak dalam Islam suatu hari nanti. Ambil lah pengiktibaran dari sejarah para sahabat macam Saidina Umar , hamzah dan sebagainya. Oleh itu, tidakkah sahabat2 semua x mahu merebut peluang itu?? Sekurang-kurangnya kita adalah antara orang-orang yang berusaha untuk membuka hati non-muslim itu kepada Islam, dan Allah Maha Mengetahui.

Orang-orang zaman dulu berusaha sedaya upaya utk sebarkan Islam, hingga sanggup pergi berdagang jauh2 , naik kapal dan sebagainya utk menyebarkan risalah murni ini. Jangan ditakuti kita sebarkan dakwah internet dikira bid’ah. Ini bukan menokok tambah ajaran agama, tapi ini hanyalah saluran alternatif dalam menyampaikan dakwah, konsep asalnya adalah dakwah. Macam Rasulullah x pernah plak naik kapal belayar utk berdakwah, tetapi sahabat2 dan ulamak2 lepas tu berdakwah menaiki kapal utk belayar utk menyebarkan Islam. Saluran internet ni ibarat kapal itu lah, satu saluran, dan ianya jauh lebih mudah, so rugi lah kepada sesiapa yang tidak memanfaatkannya, Tafakkaruuuuu……..

Jangan lupa register blog banyak2 dan cari artikel2 agama dalam bahasa english utk dimuatkan ke dalam blog yang mahu atau tidak, akan dijumpai dan terpandang oleh kaki-kaki blog non-muslim di dalam blog mereka. Insya Allah semoga mereka mendapat hidayah melalui antara usaha kita yang x seberapa ni. Semoga kita dapat tekun dalam usaha utk memartabat kan Islam dan tidak bersikap sambil lewa sahaja. Semoga Allah bantu kita semua dalam menuju negeri abadi.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!!!!!!!!!
TAKBIR!!!

🙂