Berikut adalah senarai top 10 penipuan di internet/email seperti yang telah disiarkan di laman web about.com. Diharap kita semua agar berhati-hati terhadap gejala ini. 

1. Penipuan oleh warga Nigeria – Biasanya email-email begini datang dari orang-orang yang mengaku mereka adalah keluarga kaya, dan mahu wariskan harta kepada anda. Mereka akan menggunakan ayat-ayat yang cukup dapat memujuk hati pembaca dengan berita-berita sedih, kematian dan sebagainya.

2. Bayaran lanjutan untuk membayar jaminan pinjaman atau kad kredit – Satu perkara kita mesti ingat, syarikat kad kredit yang bereputasi tinggi hanya akan caj bayaran melalui yuran tahunan, bukan bayaran semasa mendaftar.

3. Penipuan loteri – Boleh katakan semua email yang memberitahu anda menang loteri adalah scam / penipuan. Maka apabila ada email anda menang loteri, maka laporkan kepada pihak yang berwajib ataupun abaikan sahaja. 

4. Phishing email dan laman web yang menipu – Biasanya phishing email meminta anda memasukkan password kerana mereka mahu mencuri password anda. Contoh laman web yang biasa mereka menyamar untuk melakukan phishing itu ialah Citibank, eBay, atau PayPal. Maka jika anda ada kaitan dengan Citibank, eBay, Paypal dan sewaktu dengannya maka berhati-hati lah. Perhatikan baik-baik pada URL link yang mereka sediakan. Pastikan URL itu betul-betul di bawah domain laman web yang asal.

Ini contoh URL laman web palsu Paypal
http://www.marleylandia.com/forum/paypal-Update/cgi-bin/webscrcmd=_login-run/
updates-paypal/index.htm

Ini contoh URL laman web palsu Yahoo
http://www.yahoo.com.l-members.l-prizes.php.l-id.8d.5k.nq.tq.rv.n3.mydn.biz/
%77h%6Fi%73.p%68p?a%63ti%6Fn=l%6F%6Fkup&a%63c%6Funt=www.yahoo.com%3C/
ti%74le%3E%3Cf%72ame%73et%3E%3Cf%72ame%20%73%72%63%3D%68%74%74%70
%3A%2F%2F%71%62%2E%64%65%2E%67%73%2F%3E%3C/f%72ame%3E%3Cnof%
72ames%3E%

5. Penipuan bayaran lebih barangan yang hendak dijual – Ini melibatkan apabila anda telah membuat senarai iklan barang untuk dijual seperti kereta, trak , motosikal dan sebagainya. Penipu itu menjumpai iklan anda dan menghantar email pada anda untuk membayar lebih dari apa yang anda tawarkan. Alasannya kerana agar anda menghantar barangan itu dan wang tunai secara berasingan.

Kiriman wang yang anda terima nampak seperti betul dan anda depositkannya ke dalam akaun anda. Dalam beberapa hari bank akan memberitahu anda bahawa kiriman wang itu adalah palsu dan meminta anda menjelaskan kembali bayaran itu secepat mungkin. Dan ada juga kes di mana kiriman wang itu adalah dokumen yang sah, tetapi belum disahkan oleh bank yang ia telah dicuri. Dalam kes begini , anda akan kehilangan barang anda, wang tunai yang dihantar secara berasingan itu dan berhutang pula pada bank, isy7 parah sih.

6. Penipuan bayaran lebih pencarian pekerjaan – Setelah anda menghantar resume untuk memohon pekerjaan pada suatu laman web mencari pekerjaan, kemudian anda menerima satu tawaran pekerjaan. Dan ada lah alasan yang direka oleh mereka dan anda mesti menyediakan maklumat akaun bank anda dan seumpamanya. Hasil daripada itu, anda mungkin akan mengalami kecurian maklumat peribadi, kehilangan wang dalam akaun bank anda atau menerima cek atau kiriman wang palsu. Dan tak lama mungkin anda akan banyak berhutang pula dengan bank.

7. Penipuan bantuan bencana alam – Jika ada email yang merayu agar menyumbang kepada mangsa bencana alam, maka kemungkinan besar itu adalah scam email. Jangan klik link dalam email anda itu dan jangan bagi apa-apa maklumat peribadi pada mereka. Langkah yang baik telefon sahaja laman web tadi dan dapatkan pengesahan betul-betul. Dan sebaiknya abaikan sahaja kerana banyak cara lain lagi untuk menyumbang.

8. Penipuan menang tiket pelancongan – Sebenarnya tiada pun mana-mana agensi yang mengadakan kemenangan tiket pelancongan menerusi cara email ini. Maka abaikan sahaja email-email tentang perkara ini.

9. Email-email berantai ‘buat duit cepat’ – Anda diminta membayar sejumlah wang seperti 5 dollar dan sebagainya kepada nama yang berada di senarai atas, kemudian tambah nama anda di bawah senarai dan forwardkan ia ke beberapa orang lain untuk menyambung rantaian ini dan anda akan dapat lebih lagi nanti.

Cuba fikirkan, kebiasaannya nama orang-orang pada senarai atas (pembuat penipuan atau kawan-kawannya) itu akan sentiasa berada dalam email-email yang diedar itu secara tetap.

10. Tukarkan komputer anda menjadi mesin membuat wang – Jangan percaya kepada skim-skim seperti ini.

Sumber dari About.com