… bersambung dari bab Berjual beli

BAB II

BEBERAPA PERNIAGAAN HARAM

2.0 Dalam Pendahuluan telah diterangkan  secara ringkas keperluan manusia terhadap urusan muamalat dan dalam Bab I  diterangkan beberapa hukum di sekitar jualbeli termasuk rukun-rukun  dan syarat-syaratnya.  Dalam bab ini akan diterangkan beberapa  bentuk perniagaan yang terlarang dalam Islam.

2.1 Untuk mendapat keuntungan yang banyak dan mudah menjadi kaya, setengah-setengah penjual atau  saudagar sanggup melakukan segala macam perniagaan dan berbagai-bagai tipu helah dalam urusan jualbeli.  Mereka tidak memperdulikan  kepentingan orang ramai asalkan mereka  mendapat keuntungan  yang berlipat-ganda.  Di bawah ini diterangkan beberapa sumber kemasukan wang yang diharamkan oleh Islam, di antaranya  ialah : (1) baiul gharari (2) penjualan yang menolong kemaksiatan dan najis,  (3) perniagaan kotor, (4) penjualan dengan  tipuan, (5) mengatasi jualan orang lain, (6) mengatasi tawaran  orang lain, (7) Talaqir Rukban, (8) Baiu Haadirin  Libaadin, (9) bai an-najsy, (10) nai nitajinitaj, (11) ihtikar.

2.2       Baiul gharari

Iaitu  segala bentuk jualbeli yang mendatangkan kemudaratan, kerugian, bahaya atau sakit hati orang lain.  Penegahan ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah katanya:

Ertinya :

Rasulullah  menegah daripada  jualan berbahaya dan jualan secara melontar  anak batu.

Termasuklah penjualan barang-barang yang entah di mana barang-barang yang tidak diketahui besar kecilnya, baik buruknya, tidak diketahui masa menerimanya, barang yang  belum  sempurna milik penjualnya, menjual ikan di dalam  sungai, burung di udara,  anak  binatang  di dalam perut, menjaul sehelai  kain di dalam beberapa helai kain yang tidak dapat dilihat, menjual seekor biri-biri di dalam kumpulan yang ramai dan lai-lain sebagainya yang mendatangkan bahaya dan kerugian.

2.3       Penjualan Yang Menolong Kemaksiatan dan Najis

begitu juga dilarang segala bentuk penjualan yang menolong kepada kemaksiatan dan  menjual  benda-benda najis, berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan  daripada Jabir Ibnu Abdullah r.a. :

Ertinya :

Daripada  Jabir bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda  pada tahun pembukaan kota Mekah sedang ia berada  di Mekah sedang ia berada  di Mekah: “Bahawa Allah dan rasulNya mengharamkan jualan arak, bangkai, babi  dan berhala.”

2.4       Perniagaan Kotor

Haram memakan hasil-hasil perniagaan kotor seperti hasil persundalan dan sebagainya.  Tegahan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abi Masud Al-An-Ansari katanya :

Ertinya :

Rasulullah s.a.w. menegah dari harga anjing dan hasil perempuan sundal danl upahan tukang nujum.

2.5       Penjualan Secara Tipu

Jualbeli yang mengandungi penipuan  dan pengicuhan seperti penjual sengaja  memperlihatkan barang dagangannya yang baik  di sebelah atas dan yang buruknya di sebelah bawah.  Berdasarkan hadis riwayat dari Abi Hurairah r.a. :

Ertinya :

Bahawa Nabi s.a.w. melalui pada suatu longgokan makanan, lalu ia memasukkan tangannya pada tompokan itu lalu jari-jarinya  terasa basah, baginda pun bersabda : “Apa ini wahai tuan punya makanan?”  Jawabnya : “Ia terkena hujan wahai Rasulullah.”  Sabda nabi lagi : “Mengapa tidak engkau taruhkan sebelah atas supaya dilihat orang? Siapa-siapa menipu, bukanlah ia dari golonganku.”

2.6       Mengatasi Jualan Orang lain

Haram menjual di atas orang lain seumpama penjual berkata kepada orang yang telah membeli barang-barang orang lain yang masih di dalam masa  khiar : “Batalkan permbelian ini  supaya saya menjual kepada saudara dengan harga yang lebih murah.” Larangan ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda :

Ertinya :

Tidak harus menjual setengah kamu atas jualan setengah.

2.7       Mengatasi Tawaranl Orang Lain

Begitu juga haram mengatasi tawaran orang lain seumpama pembeli telah bersetuju hendak membeli sesuatu barang, tiba-tiba  datang orang lain menawar dengan harga lebih mahal  daripada itu.  Larangan ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Tidak harus menawar seseorang Muslim atas tawaran seseorang Muslim.

2.8       Menyekat Pedagang

Begitu  juga haram menyekat barang-barang dagangan di luar kota dengan tujuan memborong  barang-barang itu dengan harga yang murah.  Umpamanya seorang peniaga pergi  menanti di mana-mana jalan memborong barang-barang sebelum barang-barang itu sempat dibawa  ke pasar dengan harga yang jauh  lebih murah dari harga pasaran: Perbuatanl mencari  untung  yang berlebih-lebihan ini adalah haram berdasarkan hadis  daripada Ibnu Masud daripada Nabi s.a.w. :

Ertinya :

Bahawanya  ia menegah daripada  menemui jualan-jualan.

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. katanya :

Ertinya :

Rasulullah menegah pergi menyusun pedagang-pedagang.

2.9       Jualbeli Haadirin Libaadin

Ialah juabeli antara orang kota dengan orang desa hukumnya haram  iaitu seperti seorang desa datang ke kota membawa barang-barang dagangan yang diperlukan di kota untuk dijual.  Tetapi ia tidak mengetahui harga pasaran pada masa itu.  Saudagar kota segera mengambil peluang menyuruhnya tinggalkan saja barang-barang itu padanya supaya  dapat ia menjualnya  sedikit demi sedikit dengan  harga yang lebih  mahal.  Perbuatan yang seperti ini adalah haram berdasarkan kepada hadis daripada  Jabir katanya :

Ertinya :

Tiada harus  menjual orang kota bagi orang  desa, biarkan  orang-orang memberi rezeki oleh Allah, setengah mereka daripada setengah.

2.10     Jualbeli Najsy

Iaitu jualan dengan cara menaik-naikkan harga dengan tujuan  menipu umpamanya penjual telah berpakat dengan seseorang yang pura-pura hendak membeli  barangnya, tetapi sebenarnya ia tidak hendak membelinya, cuma untuk menipu dan  mengelirukan orang ramai sahaja.  Perbuatan ini dilarang berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Umar r.a. :

Ertinya :

Sesungguhnya Rasulullah menegah daripada  jualbeli najsy.


2.11     Jualbeli Anak Dalam Kandungan

Ialah menjual keturunan anak ternakan yang masih dalam kandungan, seperti dikatakan: “Bila  lembuku ini melahirkan  anak yang  di dalam  kandungannya ini dan anaknya itu beranak  pula, kujualkannya anaknya itu.”  Penjualan yang seperti ini mungkin terjadi dan tempah menempah pembelian anaknya  akan berlaku bila ternakan-ternakan itu baka keturunan baik.  Orang-orang Arab di zaman dahulu pernah menjual keturunan  anak-anak unta yang masih di dalam kandungan.  Hukumnya  haram dan tidak sah, berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar :

Ertinya :

Bahawa Nabi s.a.w. telah menegah dari jualan anak bagi yang bunting.

2.12 Ihtikar

Ihtikar ialah menyimpan barang-barang keperluan orang  ramai dengan tujuan hendak menjualnya dengan harga yang lebih mahal supaya mendapat  keuntunganl yang berlipat-ganda.  Perbuatan yang seperti ini merupakan penindasan yang menyebabkan  orang ramai mengalami kesulitan dan kesusahan.  Perbuatan ini dilarang berdasarkan hadis daripada Makmari bin Abdullah r.a. katanya: “Telah bersabd Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :

Siapa-siapa melakukan ihtikar dia adalah salah.

2.13     Jualan Lelong

Adapun jualan secara lelong, hukumnya harus berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik :

Ertinya :

Bahawa Rasulullah pernah menjual pelana dan mangkuk, dan katanya : “Siapa mahu membeli pelana dan mangkuk ini?”  Jawab seorang lelaki : “Saya mengambil  kedua-duanya dengan satu dirham.”  Maka Nabi s.a.w. berkata : “Siapa mahu lebih  atas satu darham ?”  Maka seorang lelaki memberikan dua dirham kepada Nabi, lalu Nabi menjual kedua-duanya kepadanya.”


Wallahua’lam

Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com