Definisi
Syarak : Janji untuk kebaikan khasnya
Istilah ulama’ feqah : Beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu.Dalil syarak
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Insan yang bermaksud : Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya merata di mana-mana.
Hadis riwayat imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akanNya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka janganlah membuat maksiat kepadaNya.
Hukum nazar
Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama’ feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.
Jenis-jenis nazar
Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Nazar Lajaj
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu : ” Sekiranya aku bercakap dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”.Kedua : Nazar al-Mujazah ( Mukafaah )
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata : “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”.Ketiga : Nazar Mutlak
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu berkata : “Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis”.Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada Allah.
Hukum bagi setiap jenis nazar
Pertama : Nazar Lajaj
Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar. Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih antara keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut mewajibkan diri(mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan menyerupai sumpah pada sudut keadaannya sebagai jalan ke arah menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap dengan si pulan misalnya).Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.
Kedua : Nazar al-Mujazah
Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar seperti sedekah seekor kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain.Dalilnya sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj : Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji.
Maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah: Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah akanNya.
Ketiga : Nazar Mutlak
Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara.Dalilnya adalah sebagaimana ayat 29 surah al-Haj sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia datang dengan dalil yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan pelaksanaan kepada apa yang telah dinazarkan sehinggalah dia merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk melaksanakannya seperti berpuasa pada hari Khamis.
Dia tidak boleh menukar nazarnya itu dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi dengan nazar jenis ini.
SYARAT NAZAR YANG BERKAITAN DENGAN ORANG YANG BERNAZAR
Syarat nazar yang berkaitan dengan batang tubuh orang yang bernazar itu sendiri ada 3 syarat iaitu :
Pertama : Islam
Tidak sah nazar orang kafir kerana kafir bukan termasuk dalam ahli bagi kerja ibadat kepada Allah.Kedua : Mukallaf
Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang gila kerana mereka bukan ahli bagi mewajibkan sesuatu ke atas mereka.Ketiga : Pilihan dan kehendak diri sendiri
Tidak sah nazar orang yang dipaksa sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Diangkat daripada umatku jika dia berbuat secara tersalah, lupa dan apa yang dipaksa ke atasnya.
SYARAT NAZAR YANG BERKAITAN DENGAN APA YANG DINAZARKAN
Syarat nazar yang berkaitan dengan perkara yang dinazar pula ada 2 syarat iaitu :
Pertama : Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
Tidak boleh bernazar kepada perkara yang diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Jika seseorang itu bernazar dalam perkara yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya maka ia tidak memberi kesan apa-apa kepada nazarnya.
Dalilnya adalah sebagaimana hadis riwayat imam Bukhari daripada Ibnu Abbas telah memberitahu : Adalah nabi S.A.W ketika berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang bangkit dan bertanya tentang dirinya. Maka mereka(para sahabat) bertanya : Abu Israel telah bernazar untuk sentiasa bangun, tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan berpuasa. Maka jawab baginda S.A.W yang bermaksud : Biarkan maka bercakaplah, berteduhlah, duduklah dan tunaikan puasanya.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah S.A.W menyuruh orang yang bernazar tadi untuk hanya berpuasa kerana puasa merupakan perkara ibadat dan taat. Maka menunaikan nazar berpuasa itu adalah wajib.
Begitu juga dilarang bernazar dalam perkara yang diharamkan seperti membunuh dan berzina.Dilarang juga bernazar dalam perkara yang makruh seperti bernazar untuk meninggalkan sunat rawatib setiap kali selepas solat fardhu. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan dirui kepada Allah dan ibadat.
Dalil yang mana imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Bukan nazar dalam melakukan maksiat kepada Allah.
Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bukan nazar melainkan pada apa yang mengharapkan penerimaan Allah.
Kedua : Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi
Sekiranya seseorang itu bernazar untuk solat Zohor atau ingin mengeluarkan zakat hartanya maka nazarnya itu tidak sah kerana nazarnya itu tidak membawa kesan kepada kewajipan yang baru. Ini disebabkan solat Zohor dan zakat hartanya itu memang telah wajib dari mulanya lagi tanpa memerlukan kepada nazar lagi.
Dan terkeluar daripada kewajipan yang telah ditentukan ialah perkara yang diwajibkan secara fardhu kifayah maka ia diharuskan untuk bernazar dengannya. Sebagai contohnya seseorang itu bernazar ingin solat jenazah atau pun belajar ilmu fardhu kifayah seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya maka nazar ini diharuskan. Ini adalah kerana nazarnya tadi akan menjadikan fardhu kifayah pada asalnya kepada fardhu ‘ain. Fardhu kifayah hanya diwajibkan kepada sesetengah orang atau kumpulan sahaja di mana jika telah ada demikian itu maka segala kewajipan tadi akan gugur ke atas orang lain sedangkan fardhu ‘ain diwajibkan ke atas individu dalam apa jua keadaan.
Semoga penerangan ringkas mengenai nazar ini mampu memberi sedikit peringatan dan juga ilmu kepada kita semua.
Biografi :
1. Feqhul Minhaji karangan Doktor Mustafa Khan dan sahabat, Darul Qalam
Jan 02, 2009 @ 21:17:29
macam mana kalau kita terlupa nazar yg tlah dibuat?kena buat kafarah sumpah ke?
Jul 02, 2009 @ 15:23:59
assalamualaikum. adakah menjadi syarat bagi seseorang yang bernazar untuk memberitahu nazar kepada orang lain?..tarima kasih..
Jul 27, 2009 @ 12:50:47
saya bercita2 mahu buka rumah anak yatim sekiranya suatu hari nanti saya mampu.adakah itu masuk dalam kategori nazar?saya penah menyatakan perkara ini pada seseorg dan beliau mngatakan itu nazar dan hukumnya wajib untuk saya laksanakan.betul ke begitu?
Jul 27, 2009 @ 15:32:10
Salaaam. Setakat bercita2 masih bukan Nazar. tetapi Nazar itu apabila anda letakkan syarat sendiri di hati anda, jika sekiranya Allah bagi anda kelebihan harta benda contohnya, anda mahu buka rumah anak2 yatim, maka itu dikira nazar la. Anda berjanji dengan Tuhan, itu yang dikira nazar. Cuba tanya Ustaz Azhar kat ustazazhar.com utk lebih pencerahan. baarokallahu lakum 🙂
Jan 07, 2010 @ 14:14:07
salam en.hikmatun—sy tlh bernazar puasa jika sya melakukan onani,dgn hrpn ia dpt mencegah sy drp gejala trsebut,,stlh tahun demi thun berlalu,trnyata ia tdk brkesan..rasa2 x trkira kot brp kli sy melakuknnya,,sdgkn puasa yg sy krjakn hnya bbrp kali shj..logiknya sy mmg x ykin mampu utk mmbyar hutang trsebut,,apa perlu sya buat??apakh sah nazar sya tu??:::hrp bantu::..
Apr 08, 2010 @ 00:21:59
Boleh kah saya bernazar untuk puasa seminggu jika saya mendapat apa yang saya inginkan? contoh bernazar untuk mendapatkan kerja di tempat yang sesuai atau untuk mendapatkan rumah sewa?
Mei 10, 2010 @ 22:40:23
salam tn2 yg budiman.
nak tny, mcm mane kalau aku dah ter’nazar’ nak botak kan kepala jika sesuatu hajat itu termakhbul?
pd sisi hukum adakah ia wajar di teruskan/dilaksanakan atau boleh ditukarkan dgn sesuatu yg lebih manfaat?
tolonglah aku, bantulah aku……
Mei 10, 2010 @ 22:41:09
salam tn2 yg budiman.
nak tny, mcm mane kalau aku dah ter’nazar’ nak botak kan kepala jika sesuatu hajat itu termakhbul?
pd sisi hukum adakah ia wajar di teruskan/dilaksanakan atau boleh ditukarkan dgn sesuatu yg lebih manfaat?
tolonglah aku, bantulah aku……
terima kasih didahulukan
Jul 06, 2010 @ 08:55:18
asslamualaikum,,
adakah harus laksanakan nazar jika seorg suami bernazar ingin memberikan anaknya yg didalam kandungan isterinya kepada kawanya yg tidak mempunyai anak…..samaada isterinya setuju atau tidak setuju memberikan anak itu…selepas mengetahui nazar suami……?
Jul 06, 2010 @ 14:16:05
Salam. Soal hukum-hakam ada baiknya saudara pergi ke http://ustazazhar.com . Bertanya kepada yang lebih arif, terima kasih 🙂
Ogo 22, 2010 @ 02:42:00
askum.
saya mushkil sgt,3thun lepas saya ada bernazar u puasa jika hajat saya termakbul tp saya mushkil sbb xingt yg mana satu saya bernazar atas 3 sbb ini :-
1-sakit (dah sembuh)
2-kereta(dah dapat)
3-anak(dah dapat)
sampai sekarang saya belum menunaikannnya sbb sy LUPA yg mana 1 nazar sy..mcmmana harus sy buat?tolong ye..terima kasih
Nov 12, 2013 @ 01:57:45
Bernazar dalam hati sendiri.. apakah itu bernazar jugak?
Ogo 30, 2010 @ 10:10:54
apabila kita bernazar?
perlu ker kita botakkan rambut?
Nov 29, 2010 @ 07:31:20
assalamualaikum, ketika bernazar, kena ade saksi ke?
Mei 04, 2011 @ 10:15:19
confius…betul ke ade org ckp nazar ni terjadi bila org lain tau kita bernazar…klu x de org lain tau itu x jd nazar lg..btul ke???
Jun 17, 2011 @ 13:27:44
jika saya bernajar berpuasa sebulan tetapi saya ingin mebayarnya dengan kaffarh apakah boleh dan sedangkan banyak ulam yang bilang pada saya bahwa say tetap harus berpuasa sebulan dikarnakan mereka melihat say mampu berpuasa…
bagaimana menurut kalian,karna sejujurnya saya sepertinya tidak kuat melakukannya..?
Feb 22, 2013 @ 10:21:59
Assalamualaikum
Apakah sah nazar jika berniat “jika aku sembuh sakit ini aku bernazar puasa 2 hari”..soalan saya adakah terbatal nazar itu kerana kita tidak menyebut nama Allah…
Sep 08, 2011 @ 17:28:00
Salam, Kalo kita bernazar dahulu seperti berpuasa sebulan dengan harapan doa akan dimakbulkan selepas menunaikan nazar itu. Apa hukumnya?
Sep 23, 2011 @ 15:55:50
apakah wajib dilaksanakan nazar sekiranya pada ketika itu seseorang bernazar dalam keadaan marah atau tension?apakah hukum sekiranya kita meninggalkan atau tidak melaksanakan nazar?
Okt 09, 2011 @ 14:32:45
salam… sy dah berniat bernazar utk botak kalau result cemerlang… padahal sy
sebenarnya tdk tahu secara mendalam psal bernazar…. jd akhirnya sy jd was-was utk trus kan niat bernazar ini…. terung-terang pasa masa yg berniat sy cume tau bernazar kait dgn botak kan rambut…. mcm mane pula kalau niat kite tu dah x ikhlas..??? TQ
Okt 10, 2011 @ 15:14:13
Salam….sya ingit bertanya.. saya telah terpilih untuk memilik sebuah laptop ats sumbangan kerajaan..tp sya takut bahawa saya tidak akan dapat. saya mula berazam untuk bernazar berpuasa selama 1 hari jika dapat apa yang dihajati..akhirnya saya telah pun menerima laptop tersebut, tetapi sy belum melakukan nazar tersebut.. jadi, apa hukumnya nazar saya ini dan sah kah ia apabila melakukan nazar ini??
Okt 28, 2011 @ 11:50:03
Assalamualaikum..
Saya telah bernazar jika saya kerja seperti mana yang telah saya harapkan saya akan memjamu orang surau makan. Kini saya telah pun berkerja dan bercadang untuk membayar nazar pada bulan hadapan kerana kesempitan wang pada bulan ini. Adakah salah jika saya menangguhkan untuk membayar nazar tersebut.
Mac 04, 2012 @ 22:30:42
ada org yang bernazar jika dia menjadi penyanyi or pelakon dia akan menjatuhkan seekor kerbau.adakah perkara ini dianggap sebgai nazar??memandangkan perkerjaannya adalah melanggar syariat islam bagi perempuan??betulkan saya jika tersilap fakta dan mohon balas dari sesiapa yang berpengetahuan..wallahualam..:)
Apr 07, 2012 @ 21:41:12
assalamualaikum wr wb
admin,,,,, apakah wajib seorang anak menepati nadzar orang tuanya yg sdh meninggal…??
Apr 12, 2012 @ 12:47:44
salam, nak tanya…kalau benda yg sekadar t’lintas di fikiran tu, adakah ia dikira nazar sedangkan kita tahu kita xmampu melakukannya???? nazar ni, adakah kita perlu betul2 yakin di dalam hati untuk menunaikannya???
Ogo 28, 2012 @ 12:44:42
As salamu ‘alaikum. anak saya sedang menduduki peperiksaan dan beliau telah bernazar jika lulus dia akan berhenti rokok dan mengkada’ puasa yg tertinggal sebelum datangnya ramadhan akan datang. Saya mencadangkan beliau berpuasa tiga hari sahaja.
Soalan saya :
a. Bolehkah beliau tukar nazar tersebut, kerana buat masa kini beliau masih menduduki peperiksaan dan keputusan dijangka pada akhir bulan ini?
b. Adakah nazat ganti puasa sebelum ramadhan itu sah memandangkan mmg kewajipan utk dia mengganti puasa yg tertinggal
Sekian , wassalamu ‘alaikum
Mac 11, 2013 @ 09:55:49
salam,untuk perkara yg kita wajib lakukan ,ia tidak boleh dinazarkan seperti qhada’ puasa,solat fardhu dan kewajipan yang lain
Feb 21, 2013 @ 16:22:26
Saya pernah bernazar bahwa demi Allah bahwa saya suatu waktu akan menggubah sebuah lagu.Tp sepertinya nazar itu tdk bisa saya laksanakan krn sy bukan seorang pengarang.Apa ada cara lain untuk menggantinya?
Mac 27, 2013 @ 20:59:36
Kalau kita bernazar untuk bertudung tu tak boleh kan? Sebab menutup aurat tu perkara wajib. Betul ke? Saya cuma nak kepastian 🙂
Jun 22, 2013 @ 12:16:25
askum boleh tak kita makan makanan yang telah diniatkan nazar
Jul 07, 2013 @ 13:49:34
botakkan kepala merupakan nazar dalam agama hindu bukan? adakah berdosa seorang muslimin melakukan nazar membotakkan kepala?
Nov 11, 2013 @ 02:28:44
Nazar utk benda baik2 ja kan…nazar utk perkara x baik nabi larang kan….
Nov 22, 2013 @ 15:40:40
Klau org lain kita suruhin nazar bwt kita gmna tuh???
Dis 18, 2013 @ 10:07:47
salam, sayadh terlanggar nazar secara sengaja dan ingin kembali ke pangkal jaln. tpi sy x tahu ap ptut dilakuka.. tolong lah saya………..
Mac 14, 2014 @ 20:36:04
Assalamualaikum…
Saya nk tanya..berkenaan dgn niat utk sembelih se ekor lembu..utk dikendurikan..jika dapat sesuatu hajat..soalan saya..adakah boleh daging lembu yg dah masak tu saya makan..??
Tq
Apr 15, 2014 @ 03:05:17
Saya pernah cakap sorang sorang yang saya takkan ke apa apa event yang seperti concert DJ yang berlangsung di Sepang sekiranya saya berjaya mendapatkan Orang yang saya berkenan/suka itu. Dan sekarang Alhamdulillah, saya telah pun mendapat dia. Masalahnya sekarang , kawan saya ada buat program dekat club, dan saya sebagai crew untuk program tu. program tu 10 May ni . adakah apa yg saya ckp sebelum ni adalah nazar ?
Mei 11, 2014 @ 00:44:43
Saya pernah brnazar.jika isteri sy mgandung.sy akn ptong botak mata 3.tp untk skali jela.mcm 2 dikira nazar atau x.
Mei 11, 2014 @ 00:52:12
Ad siapa blh terangkn
Jul 12, 2014 @ 11:28:51
salam…tgk cam admin xaktif je..smua orang myuarakan masalah tp tiada yg dpt mbntu..harap admin offkan page ni jika tidak menjawap persoalan yg ditujukan..umpama seorng hamba yg amat perlukan pertolongn dan kita tahu dan mampu tlong padahal hnya mendiamkan diri..fikirkan.
Jul 20, 2014 @ 06:20:53
terimakasih atas nasehat yang insaalloh bisa membuat saya lebih mengerti dan paham ..
Ogo 25, 2014 @ 00:33:46
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada bernazar untuk menikahi seorang gadis. Saya benar benar mahu memperisterikan gadis itu setelah tahu kekurangannya yg boleh diatasi jika saya dapat menikahinya. Saya bernazar menikahinya dan mengerjakan Umrah bersamanya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Apakah pandangan ustaz tentang perkara ini.
Okt 07, 2014 @ 08:47:18
Tujuan Puasa Nazar apa gan??
Nov 15, 2014 @ 01:01:02
As’salamualaikum . Macam mana pula kalau kita bernazar contoh * Aiman bernazar dengan rakannya jika rakannya dapat 2A dalam peperiksaan die bernazar untuk memotong rambutnya menjadi botak * tetapi jika rakannya tidak dapat 2A itu , adakah Aiman tetap kena memotong rambutnya ?? Kerjasam amat di hargai . Terima kasih .
Dis 23, 2014 @ 19:16:31
Saya pernah bernazar jika anak saya naik kelas saya akan pake hijab jika mengantar anak dan menjemput sekolah. Tapi apakah boleh saya tidak memakai hijab diluar dr nazar saya.
makasih
Feb 21, 2015 @ 12:18:04
Salam. Saya ingin bertanya berdasarkan situasi berikut:
Suami bernazar untuk menjadi baik dan tidak akan berkahwin lain jika anak yang dilahirkan sempurna sifat dan sihat. Suami juga bernazar seandainya anak yang dilahirkan cacat suami akan berkahwin lain. Apabila isteri melahirkan anak tersebut cacat anggota dan berpenyakit. Bolehkah nazar tersebut di ganti dengan kafarah atau wajib baginya untuk menunaikannya. Harap tuan dapat beri jawapan.. terima kasih
Feb 27, 2015 @ 23:06:35
Assalamualaikum..
adakah dibenarkan untuk seseorang bernazar untuk pihak ketiga. Sebagai contoh, A bernazar untuk mengahabiskan 10 juzu alquran jika B terbuka hati dan berhenti daripada melakukan (sesuatu perkara yang berdosa). Jika ada para pembaca yang mampu memberikan jawapan. Diharapkan untuk membalas di email saya aazz102938@gmail.com
terima kasih
Mac 19, 2015 @ 03:11:37
saya bernazar untuk tidak memotong rambut jika selagi saya tidak mendapat zuriat,adakah itu dikira nazar? dan jika saya memotong rambut,adakah saya akan dikenakan kafarah. diharap dapat membalas pada E-mail sya freakyfriz85@gmail.com
Mac 19, 2015 @ 05:53:15
Assalamualaikum ustaz, sya telah berkahwin selama 7 tahun dan sehingga kini masih belum dikurniakan zuriat. Pada tahun lepas, sya ada bernazar untuk berpuasa Isnin dan Khamis sehingga saya mengandung. Ketika itu sya terfikir mungkin sya akan mengandung dalam masa terdekat iaitu 3-4 bulan selepas itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini sya masih belum dikurniakan rezeki anak dan sya terus melakukan puasa nazar setiap Isnin dan Khamis kerana merasakan sya telah berjanji dengan Allah dan takut jika saya tidak melakukan nazar tersebut. Permasalahan sya, suami sya tidak mengizinkan sya meneruskan nazar tersebut kerana kesiankan sya kerana perkara ini telah melebihi tempoh setahun dan kami tidak pasti bila hajat kami akan dimakbulkan. Selain itu, kerana sya sering berpuasa Isnin dan Khamis, ini membataskan sya untuk meraikan klien atau pihak yang sering ada urusan kerja dengan sya. Sya juga sering outstation dan kadang-kadang sya telah menyebabkan rakan sekerja atau klien kecewa kerana tidak dapat meraikan mereka seperti ada jamuan makan selepas meeting. Ada juga diantara rakan-rakan sya menyatakan bahawa nazar yang sya buat tidak betul dan tidak perlu sya teruskan. Jadi apa yang sya perlu buat ustaz. Mohon penjelasan dari ustaz untuk bantu sya. Sekian, terima kasih.
Mac 28, 2015 @ 22:01:39
apakah hukum tidak melakukan nazar?? Tetapi bukan sengaja tidak melakukannya… adakah ia dikira berdosa besar??
Ogo 01, 2015 @ 16:59:14
min klok saya nazarnya kyak gni kira kira sah egk ya min “aku nazar misalkan aku lulus dari smk dg nilai memuaskan aku mau beli gitar” thanks sbelumnya 🙂
Dis 30, 2015 @ 14:29:06
Saya pernah bernazar bahwa apabila suami saya diterima bekerja, gaji pertama suami saya, saya akan memberi makan 10 orang anak yatim, namun setelah menerima gaji, gaji itu habis untuk bayar hutang, sampai gajian bulan berikutnya hal serupa pun terjadi.
Pertanyaan saya adalah apakah saya boleh menunaikan nazar saya di gajian bulan ketiga? Dan apakah hukumnya? Apakah saya berdosa atas hal itu?
Makasi.
Feb 19, 2016 @ 21:12:19
mohon share . time kasih
Apr 16, 2016 @ 10:37:11
Saya nak tanya satu soalan…
Saya bernazar sekiranya naik pangkat, sya akak berkorban seekor lembu.
Sekarang saya sudah naik pangkat, adakah korban tersebut atas nama saya seorang atau masuk nama lain utk memenuhi 7 bahagian bagi seekor lembu ?
Apr 28, 2016 @ 20:12:39
Anak saya lelaki pernah bernazar sekiranya kawan perempuannya sihat dari sakit dia ingin berpuasa. Haruskah dia tunaikan sekiranya kawannya itu sembuh.kawannya itu hanya di kenali melalui fb dan tidak pernah pun berjumpa.
Jul 09, 2016 @ 12:30:54
Apa yang berpuasa nazar itu pahalnya sama dengan puasa sunnah yg lain ?
Dan apakah ada fadilahnya ?
Nov 09, 2016 @ 13:24:41
Ingin bertanya, saya bernazar jika orang tua selalu sehat di jauhkan dari penyakit maka saya bernazar setiap selesai solat jumat bersedekah di kotak amal masjid tapi uang nya minta ke orang tua apakah di perbolehkan atau nazar nya tidak sah?
Catatan: jika sudah bekerja pasti pakai uang sendri.
Bantu jawab ya terimakasih
Apr 11, 2017 @ 19:54:10
assalamualaikum. saya ingin bertanya, bolehkah kita menggantikan puasa nazar tersebut pada hari lain walaupun kita sudah menetapkan tarikhnya kerana berasa letih dan tidak larat untuk berpuasa?
Jun 10, 2017 @ 00:30:13
Assalamualaikum. saya ingin bertanya, saya bernazar untuk teman saya. saya akan berpuasa selama sekian hari apabila ia lolos dalam suatu ujian. nah ternyata teman saya tersebut lolos, kemudian saya menunaikan janji saya untuk berpuasa. suatu ketika di hari jum’at saya main ke rumahnya, dia menawari saya untuk makan siang. dan saya menjawab “tidak, saya sedang berpuasa” dan iapun bertanya “lah, ini hari jum’at? kamu puasa apa?” karena saya bingung saya jawab saja “puasa nazar” dia bertanya lagi, “wahh emang kamu bernazar apa?” saya jawab lirih “NAZARIN KAMU” nahhhh, saya mau tanya nih. hukumnya bagaimana ya kalau saya ngomong seperti itu? apakah nazar itu jadi tidak sah atau sah2 saja? karena ada orang yang bilang kalau bernazar tu tidak usah di umbar2.. mohon pencerahannya
Jun 17, 2017 @ 21:32:36
Assalamualaikum..
Saya mau bertanya, jika kita bernazar yang baik kepada Allah, seperti jika kita mendapat hasil yang diinginkan, seperti diterima disebuah sekolah untuk mencari ilmu yang bermanfaat. Apakah nazar kita diterima oleh Allah SWT??
Terima Kasih
Mac 20, 2018 @ 00:00:49
Assalamualaikum, ustadz beberapa tahun lalu sebelum toko selesai dibangun, saya pernah ngobrol sama istri, kl nanti toko dah jadi ingin rasanya menyedekahkan/menginfakan 10% dr pendapatan..tp setelah toko selesai, pendapatan toko tidak tetap, malah seringnya sepi..sampai modal habis, terpakai kebutuhan sehari-hari..saya bingung apakah bangkrutnya toko saya karena blm terlaksana ucapan saya itu? saya pun dulu bingung menghitung 10% itu dr untung atau total pendapatan? karena pendapatan wkt itu selalu minim sampai tidak bisa balik modal. baiknya bagaimana ya? apakah ucapan saya itu termasuk nazar? terima kasih.
Apr 20, 2018 @ 08:59:26
salam ustaz,
bagaimana kalau permintaan saya tidak dimakbulkan oleh Allah? adakah nazar saya masih valid?
contoh, nazar untuk anak sembuh dalam masa seminggu. tapi anak sembuh dalam masa sebulan.
terima kasih.
Apr 25, 2018 @ 02:44:25
assalammualaikum ustaz, apakah yang terjadi kepada nzar yang telah selesai.
Sebagai contoh: Ali bernazar untuk berpuasa 3 hari jika ia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada akhir tahun. Dia pun mendapat kecermelangan itu.
Persoslannya ialah jika ia berjaya dengan cemerlang lagi pada tahun yang kedua maka adakah ia wajib melakukan nazarnya (berpuasa 3 hari) sekali lagi?
Nov 07, 2018 @ 15:41:10
Saya Mempunyai Seorang Sahabat Wanita Yang BerNazar jika kasusnya di pengadilan Menang akan Memotong rambutnya menyerupai seorang lelaki,apakah bisa Nazar seperti itu dan apa Hukumnya Seorang Wanita Memotong Rambut Menyerupai Lelaki ??
Jul 20, 2019 @ 18:01:11
makanya jangan bernazar yg aneh-aneh…
ngapain juge bernazarkan sesuatu yg nazarnya menyerupai pria…pan bukan qudrat elu neng Aisyah…
nape kagak sekalian aja elu bernazar memanjangin jenggot gitoo…ʔʔ
Feb 05, 2019 @ 20:41:07
Boleh gak kita memberi tahu seseorang bahwa kita telah bernazar
Feb 23, 2019 @ 15:46:42
sebagai sharing empat mata silahkan aje jeng
Jul 07, 2019 @ 12:13:00
assalamualaikum..saya ada sedikit kekeliruan berkaitan dengan bernazar. Sekiranya saya bernazar untuk membotakkan kepala saya dan saya beritahu kepada ibu saya yang saya ingin membotakkan kepala tetapi ibu saya tidak benarkan saya botak.. saya takut derhaka kepada ibu saya kerana tidak menurut katanya..jadi bagaimana saya ingin lakukan untuk menyelesaikan situasi ini?
Jul 20, 2019 @ 18:00:57
agar adil, ambil jalan tengahnya aje om…
rambut di kepala sebelah kiri botak, dan di sebelahnya lagi kribo…
kelar dah…!!
Jul 20, 2019 @ 18:01:23
para pemuja arwah muhammad pasti:
1. mengamalkan, patuh dan taat kepada sunah ilah arab.
2. mengamalkan, patuh dan taat kepada sunah muhammad.
3. mengamalkan, patuh dan taat kepada sunah syaitan:
Ǫs 14:22…berkαtαlαh ςγαitαn…αku menyeru kαmu, lαlu kαmu memαtuhi seruαnku…Sesungguhnyα αku TIDAK membenαrkαn perbuαtαnmu, mempersekutukαn αku (ςγαitαn dengαn Allαh), sejαk dαhulu‘…
berkαtαlαh ςγαitαn pendustα: “Bαcαlαh αyαt kursi AGAR αku TIDAK mendekαtimu.” (HR.ßukhαri,3033,4624)
jin berkαtα: “JANGANLAH kαliαn beristinjα’ DENGAN tulαng.“ (HR.Abu Dαud,35)
MENTAATI SYAITAN = MENTUHANKAN SYAITAN = MENYEMBAH SYAITAN
nape pencium batu aswad pade mengamalkan dan taat kepada sunah syaitan SELAIN DARI sunah ilah arab BARENG sunah muhammad…ʔʔ
mengamalkan, mematuhi dan mentaati 3 sunah…apa kagak syirik…ʔʔ