SOLAT JUMAAT

Solat fardhu Jumaat ialah solat dua rakaat berjemaah selepas mendengar khutbah, dalam waktu Zohor pada hari Jumaat. Hukumnya fardhu ain iaitu wajib dikerjakan oleh setiap orang lelaki yang mencukupi syarat-syarat berikut;

Syarat-syarat wajib Jumaat

  1. Islam.
  2. Lelaki – orang perempuan tidak diwajibkan tetapi sah jika mereka mengikut bermakmum solat Jumaat.
  3. Baligh.
  4. Berakal.
  5. Bermukim (tinggal menetap) – tidak wajib ke atas orang musafir.
  6. Tidak uzur – orang sakit atau berhalangan seperti takut kepada pengganas di tengah jalan semasa menuju ke masjid atau sebagainya, tidak diwajibkan.
  7. Merdeka.

Syarat-syarat sah Jumaat

Solat Jumaat seseorang hanya sah dengan memenuhi syarat-syarat yang berikut;

  1. Berjemaah – tidak sah seorang  diri.
  2. Jumlah jemaah yang mendirikan solat itu sekurang-kurangnya 40 orang yang bermastautin (tinggal menetap) di tempat itu.
  3. Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zohor.
  4. Solat Jumaat wajib didirikan pada tempat yang telah ditentukan seperti bangunan masjid dalam kawasan kediaman, sama ada di kampung, kawasan perumahan atau di bandar.
  5. Di dalam satu kawasan hendaklah didirikan satu solat Jumaat sahaja.
  6. Sebelum didirikan solat Jumaat hendaklah diadakan khutbah dua kali (khutbah pertama dan khutbah kedua).

Catatan:

* Orang yang bermukim sementara (tinggal sementara waktu) di kawasan tersebut, hukumnya fardhu ain atau wajib solat Jumaat tetapi dia tidak termasuk dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.

* Orang musafir hukumnya sunat sahaja  dalap bersama-sama mendirikan solat Jumaat. Ia tidak termasuk juga dalam bilangan 40 orang yang tinggal menetap.

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat ialah ucapan atau syarahan yang wajib disampaikan oleh khatib atau imam, dan wajib didengar oleh para jemaah solat Jumaat tersebut. Khutbah hendaklah mengandungi nasihat-nasihat dan pengajaran di samping memuji Allah dan mengucap selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Rukun – rukun 2 khutbah Jumaat

Kedua-dua khutbah Jumaat hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan rukun-rukun yang telah ditentukan iaitu;

  1. Setiap khutbah hendaklah dimulai dengan memuji Allah  seperti ucapan,

2. Setelah memuji Allah S.W.T hendaklah diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W seperti ucapan,

  1. Setiap khutbah Jumaat hendaklah mengandungi peringatan dan pesanan kepada para jemaah supaya taat mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya seperti ucapan,

  1. Salah satu dari 2 khutbah itu hendaklah mengandungi bacaan ayat-ayat Al-Quran serta tafsirannya, sebaiknya dalam khutbah yang pertama.
  2. Dalam khutbah yang kedua hendaklah mendoakan sekalian orang-orang yang beriman mukminin dan mukminat.

Syarat-syarat sah 2 khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat hanya sah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu iaitu;

  1. Khatib atau imam yang membaca khutbah hendaklah lelaki.
  2. Ketika membaca khutbah hendaklah berdiri (bagi orang yang mampu berdiri).
  3. Pembaca khutbah hendaklah duduk sebentar selepas membaca khutbah pertama sebelum diikuti khutbah yang kedua (duduk antara 2 khutbah).
  4. Pembaca khutbah hendaklah dalam keadaan  suci dari hadas dan suci badan, pakaian  dan tempatnya dari najis.
  5. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  6. Suara pembaca khutbah hendaklah nyaring agar dapat didengar oleh para jemaah.
  7. Rukun-rukun khutbah hendaklah dibaca dalam bahasa asal (Bahasa Arab) demikian juga ayat-ayat Al-Quran.
  8. Membaca khutbah Jumaat hendaklah setelah masuk waktu Zohor dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  9. Hendaklah berturut-turut rukun-rukunnya iaitu mendahului khutbah pertama, khutbah kedua dan solat Jumaat.

Peringatan penting

Semasa imam atau khatib membaca khutbah, para jemaah wajib mendengar dengan khusyu’ dan teliti,  tidak dibenarkan bercakap-cakap walau sepatah pun. Rasulullah pernah mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud;

“Apabila khatib menaiki mimbar, janganlah seseorang kamu bercakap-cakap, dan sesiapa yang bercakap-cakap maka sia-sialah ia, dan sesiapa yang sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat baginya”.

Sunat-sunat Jumaat

Mereka yang mengerjakan solat Jumaat akan mendapat tambahan pahala sunat dengan melakukan perkara-perkara berikut;

* Sebelum pergi ke masjid, potong kuku, hilangkan bulu-bulu yang keji seperti bulu ketiak sama ada dicabut, digunting atau dicukur. Janggut lelaki boleh dikekalkan manakala misai hendaklah diandam. Rasulullah S.A.W membolehkan demikian bagi membezakan antara sifat-sifat orang lelaki dengan yang lain (perempuan atau pondan).

* Mandi sunat Jumaat sebelum pergi ke masjid.

* Berhias diri dan memakai pakaian yang elok lagi bersih.

* Memakai wangi-wangian (yang tidak mengandungi alkohol).

* Datang lebih awal ke masjid, i’tikaf, membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

* Setibanya dalam masjid, lakukan solat sunat tahiyyatul masjid (solat menghormati masjid). Jika ketika itu khatib sedang membaca khutbah, maka lakukan solat tahiyyatul masjid dengan ringkas sahaja.

* Berniat i’tikaf (berhenti dalam masjid).

* Jika ada masa sebelum mendengar khutbah, bacalah Al-Quran terlebih dahulu.

* Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

* Mendengar khutbah dengan penuh teliti dan khusyu’.

Wallahua’lam


Sumber : 1. Panduan Lengkap Ibadah Solat – Hj Johari Hj Alias, Darul Nu’man.

About these ads