Di antara hukum-hukum dalam fiqh thaharah (bersuci) yang seringkali belum diketahui dan banyak ditinggalkan oleh sebahagian kaum muslimin adalah masalah-masalah sunnah fitrah, iaitu sunnah yang melekat pada dirinya sebagai manusia, sejak ia dilahirkan sampai dengan meninggal sebagai berikut:

1. BERKHITAN

Berkhitan merupakan salah satu sunnah. Diantara sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang sangat ditekankan oleh beliau SAW (sunat mu’akkad) adalah berkhitan bagi laki-laki berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari iaitu:

Ikhtatana Ibrahimu khalilurrahman ba’da ma atat ‘alihi tsamanuna sanah, wakhtatana bil qadum.

Sementara para ulama membahagi hukum berkhitan bagi laki-laki dan wanita sebagai berikut:

a. Bagi laki-laki, jumhur (majoriti) ulama berpendapat wajib berkhitan, kecuali Imam Syafi’I dan asy-Syaukani yang menyatakan sunnah.

b. Bagi wanita, sebahagian ulama menyatakannya mubah (boleh) kerana hadits yang digunakan tentang berkhitan bagi wanita adalah dha’if, dan sebahagian lagi menyatakannya sunnah kerana kembali pada hukum asal keumuman hadits Bukhari.

2. MENCUKUR BULU KEMALUAN

Diantara bukti kesesuaian Islam dengan kesihatan adalah sunnah fitrah untuk mencukur bulu kemaluan. Secara ilmu kedoktoran moden, diketahui bahawa daerah-daerah pada tubuh manusia yang menjadi sarang penyakit hendaknya senantiasa dibersihkan, diantaranya adalah mencukur bulu di sekitar kemaluan baik bagi laki-laki mahupun wanita, berdasarkan hadits Nabi SAW berikut:

“Lima hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu kemaluan, berkhitan, memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR Jama’ah)

“Agar kesemuanya itu tidak melebihi 40 malam.” (HR Ahmad, Abu Daud, dll)

3. MENCABUT BULU KETIAK

Mencabut bulu ketiak juga merupakan sunnah fitrah yang sangat sesuai dengan kesihatan, kerana dengan dibersihkannya bulu ketiak, maka daerah ketiak akan menjadi lebih kering dan sihat, dan mengurangi bau yang timbul kerana meningkatnya kelembaban di daerah tersebut. Hadits yang menyebutkan mengenai sunnah ini diantaranya adalah hadits di atas.

4. MEMOTONG KUKU

Memotong kuku juga merupakan sunnah fitrah dan juga sangat sesuai dengan kesihatan. Kuku merupakan tempat bersarangnya kuman dan bakteria, sehingga penyakit cacingan diantara jalan masuknya adalah melalui bawah kuku. Hal lain adalah bahawa kuku yang panjang berbahaya bagi pelakunya kerana dapat melukai anggota badan lainnya secara tidak sengaja dan dapat patah saat melakukan suatu pekerjaan sehingga membahayakan.

5. MEMENDEKKAN KUMIS DAN MEMANJANGKAN JANGGUT

Diantara sunnah fitrah lainnya adalah memendekkan kumis dan memanjangkan janggut. Islam sangat membenci laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. Oleh kerana itu Islam menjaga agar ciri khas seorang lelaki dan seorang wanita tidak dihilangkan dan tetap dapat dibezakan satu dengan lainnya. Hadits beliau SAW:

“Berbezalah dengan orang-orang musyrik, panjangkan janggut dan pendekkanlah kumis.” (HR Muttafaq ‘alaih)

6. MERAPIKAN/MENYISIR RAMBUT

Merapikan/menyisir dan meminyaki rambut merupakan salah satu sunnah fitrah yang diperintahkan oleh Nabi SAW. Islam membenci orang-orang yang berambut kotor dan kusut masai tidak dirawat. Sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud,

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yg memiliki rambut, maka hendaklah dirapikannya.

7. TIDAK MENCABUT UBAN

Sunnah fithrah yang terakhir adalah tidak boleh mencabuti uban.

Sabda Nabi SAW: “Janganlah kau cabut uban itu kerana ia merupakan cahaya bagi muslim. Tak seorang muslim pun yg mendapat selembar uban dalam menegakkan Islam, kecuali Allah akan mencatatkan untuknya 1 kebaikan, meninggikan darjatnya 1 tingkat dan menghapus daripadanya 1 dosa” (HR Ahmad). “Tetapi boleh mencat/mewarnai uban tersebut” (HR Jama’ah), “tetapi tidak boleh mencatnya dengan warna hitam kalau sudah tua” (HR Jama’ah selain Bukhari dan Tirmidzi ttg Abu Quhafah).

Allahumma inni as’aluka hubbaka, wa hubba nabiyyuka …

Sumber :

1. Jamal, I.M., 1986. Fiqih Wanita (hal.93-99). Asy-Syifa’. Semarang.

2. Sabiq, S., 1990. Fikih Sunnah (jilid-I, hal. 73-81). Al-Ma’arif. Bandung.