Salaam alaikum. Sekarang ni terlalu banyak salah menyalah antara sesama Islam, tuduh menuduh, benci membenci, dan sebagainya. Sehinggakan semacam tiada ruang untuk berkasih sayang sesama saudara kita ni, Ketahuilah kita semua adalah bersaudara, bukan untuk bermusuh, pandang serong , pandang buruk pada orang lain dan merasa yang kita sahaja yang betul. Islam ajar kita bersangka buruk ke?🙂

Kita berlaga sesama sendiri tetapi kita tidak sedar musuh2 Islam di luar sana bersorak gembira kerana perbalahan sesama sendiri kita. Macam suasana di Malaysia dan Indonesia kita ni, dah jadi berpuak2 sekarang, macam2 puak. Dari segi politik sampai lah kepada geng2 wakaf kat kampung-kampung, mesti ada puak yang memuakkan diri. Sepertimana yang pernah ana taip dulu di sini, dari suatu hadith nabi yang sahih tu, antara punca perbalahan sesama Islam adalah kerana Hukum Allah tidak tertegak. Itu sudah pasti, antara punca utama sesama Islam bergaduh adalah kerana tidak tertegaknya Hukum Allah. Dan ini semua juga telah dirancangkan oleh musuh-musuh Islam dari dulu lagi dengan datang ke negara kita, takluk and then bagi kemerdekaan percuma. Kita dapat kemerdekaan percuma maknanya ada biawak di sebalik batu la tuu hehe.

Tetapi walau apa pun, kita mesti berusaha untuk membaiki keadaan ummah kita ini, kerana mengikut ayat yang bermaksud ” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya”. Dah kalau kita sendiri yang tak mengubah untuk tegakkan perpaduan, banyak bersabar dengan ujian Allah dan ajak ke jalan Allah dengan hati-hati , maka siapa lagi? Takkan nak suruh George Bush datang ubah kita?

Kita kata kita pegang kitab Allah, tetapi kita tak ikut ayat yg bermaksud ” Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah semuanya dan jangan kamu bercerai berai”. Kita tidak ikut ayat kat belakang tu, “jangan bercerai berai”, masing-masing mahu menunjuk alim, masing-masing mengaku diri baik dan orang lain semua tak betul. Itu dah lari dari konsep sayang menyayang sesama islam. Kita bergaduh kerana perkara-perkara cabang, tetapi antara perkara pokok yang Allah suruh bersatu kita tak ikut, macam mana nih? 😦

Kita perhatikan cara nabi kita berdakwah macam mana? Dengan orang Yahudi pun nabi berlembut, tunjuk akhlak yang mulia, hinggakan akhirnya orang Yahudi boleh masuk Islam kerana terpegun dengan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda Muhammad S.a.w. Tetapi kita sekarang macam mana nak tunjukkan kepada orang bukan Islam yang orang Islam ni berakhlak mulia, berbudi pekerti, berhati tulus ikhlas dan sebagainya? Sedangkan sesama sendiri pun asyik duduk bertengkar, ego dengan kepala angin masing2?? Agama bukan untuk tunjuk ego, tunjuk pandai, tetapi agama adalah cara hidup agar masing-masing tenang dan dapat hidup dengan aman dan beribadah dengan aman. Kalau kita asyik berbalah sesama sendiri tak mustahil suatu hari nanti kita akan jadi seperti negara-negara kat Timur tengah sana, berbunuhan sesama Islam, sunni dan Syiah dan macam-macam lagi.

Kalau kita nak ajak orang buat baik, tak perlu lah kita kutuk-kutuk orang yang kita nak ajak tu. Contohnya, bayangkan, kita nak suruh seseorang solat apabila masuk waktu. Kita pergi tengking-tengking dia, kutuk dia, “kau ni nak jadi apa ni tak solat hah??” , haa ni contoh dialog yang ana rasa sapa-sapa yang dengar pun berasap telinga kan? huhu Dah tu macam mana la agaknya dia nak solat. Ana rasa orang yang kena ajak lagu tu tu, mesti makin menyampah dengan kita dan akhirnya lagi la dia malas solat, betul tak? Haaa gitu la bandingannya kalau nak ajak orang lain buat baik ni. Kita tak boleh kutuk-kutuk depa tu, tapi kita kena xplain!!!! Xplain la dengan baik, belajar lah bersabar dan tenang. Jangan terburu-buru sangat , “al’ajlatu minas Syaithon” , “terburu-buru itu adalah dari syaitan”.

Oleh itu, saluran Internet dah terbentang luas sekarang, gunakanlah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam ini agama ‘Peace’, agama orang-orang yang berakhlak mulia, baru nama Islam akan kembali terjulang di persada dunia. Ini macam mana nak terbilang, sebut sahaja Islam orang dah anggap terrorist, sebut sahaja Islam orang dah anggap kumpulan-kumpulan yang suka berbalah, bertengkar sesama sendiri , tidak bersatu padu, kolot dan sebagainya.. mananya contoh teladan yang baik untuk diikuti? … isy7

Ya ayyuhal ikhwah, ayuhlah fikir sama-sama, baiki diri masing-masing, jangan asyik tuding jari kat orang lain sahaja, cuba lah dekatkan diri dengan mana2 pihak untuk memberi penjelasan dengan berhikmah, dan penuh sabar, cuma sesekali perlu ada ketegasan. Tetapi ketegasan tidak lah bermaksud kita perlu berpecah-belah, ketegasan itu ibarat kata kita mendidik anak kita macam mana? Takkan kita nak belasah anak kita? Takkan kita nak buruk-burukan anak kita kat belakang kita? Anak kita adalah saudara kita, so sama la dengan saudara sesama Islam kita yang lain, so pandai-pandai lah cari cara yang berhikmah. Ini tidak, duduk pandang orang lain buruk je, tak senang tengok orang lain senang, duduk fikir keburukan orang sedangkan kita tak guna akal yang Alllah bagi ni untuk ajak orang agar tertarik kepada Islam.

Ana ada seorang sahabat, dia masih lagi muda, umur 19 tahun baru sekarang. Asalnya dia adalah Buddhist, tetapi dalam umur dia 19 tahun tu dia boleh masuk Islam. Ringkaskan cerita bagaimana dia boleh masuk Islam? Dia masuk Islam kerana tertarik dengan akhlak cikgu dan kawannya yang beragama Islam. Akhirnya Allah bagi hidayah kat dia dan dia peluk agama suci yang tercinta ini sampai sekarang. Bukannya orang pergi dakwah berapi-api dan membuih air liur kat dia, tetapi dia hanya tertarik kepada akhlak, sampai membuatkan dia banyak merenung tentang hal tersebut sampailah dapat hidayah dari ALlah dengan mengaku “La ilaaha illallah Muhammadur rasulullah”. Ana sanjung dia, walaupun dia baru lagi Islam, tetapi dia rajin kaji tentang ISlam, dan dia pun sentiasa bagitahu ana yang dia nak sangat-sangat Hukum Allah kembali tertegak.

Ingat je pesan nabi yang bermaksud, “Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” , Nabi diutus untuk sempurnakan akhlak dia dan umat dia, so tak tanya ke diri kita, macam mana akhlak kita ni?? Duk suka perli-perli orang lagi ke? Duk suka kutuk-kutuk orang lagi ke? Duk suka bergelak ketawa sentiasa tanpa hiraukan perasaan dan privacy orang lain ke? Duk cari kesalahan dan keburukan orang lagi ke? Duk busuk-busuk hati kat orang lagi ke? Tepuk dada, tanya la orang yang pandai, apa daa nak pergi tanya selera plak, macam la selera tu boleh jawab soalan kita 😀

Ok balik pada topik, Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun tetapi masih sabar, kita nak dakwah sekejap je, orang lain maki dan perli kita pun kita dah tak tahan, sama la macam ana ni, ana pun apa kurangnya, bekas panas baran jugak sebelum ni nih hehe. Lepas tu mula la nak burukkan si anu, nak burukkan orang itu orang ini, pasal diri kita ini sendiri yang lemah sebenarnya. Kita lemah dalam berdakwah yang berhikmah, tetapi kita terlalu ghairah mengikut kehendak kita yang konon-kononnya bersemangat untuk berdakwah tetapi lain yang jadinya. BUkan orang makin dekat dengan kita, malah orang makin lari dan makin takut kepada Islam. Pasal kita terlalu tunjuk garang kepada orang yang kita rasa kita lebih baik dari dia, tu yang jadi gitu tuuu.

Kalau ikutkan panjang lagi nak taip ni, tapi insyaAllah ana sambung lain kali la pulak. Satu-satu topik kalau panjang-panjang sangat bukan orang nak baca pun nanti, penat2 saja ambe ni nanti hehe

Perselisihan faham adalah rahmat, tetapi jangan sampai kita berpecah belah. Jom bersatu!!!!!! wallahu a’lam.
Taqobbalallahu minkum solehul a’maal

🙂