Salaam alaikum. Sempena dengan teknologi internet yang telah terpampang luas di depan mata kita sekarang, ini lah juga peluang kita untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dan kali ini ana mahu menyeru agar kita semua cuba kerahkan minda untuk sama-sama berkarya dalam membersihkan kembali nama Agama Islam kita yang tercinta.

Mengapa ana kata kita perlu bersihkan kembali, sedangkan Islam tidak kotor?

Ana tidak bermaksud bahawa Agama Islam kotor, jangan salah faham yaa hehe. Maksud ana di sini, terlalu ramai orang-orang asing di luar sana especially non-muslim yang menganggap Islam sebagai agama terrorrist, suka berpecah-belah, suka berperang, suka menyalahkan orang lain, bertindak kejam dan sebagainya. Jika kita membiarkan fahaman-fahaman seperti itu berleluasa, maka semakin teruklah nasib saudara-saudara kita yang berada di negara yang mengalami kacau bilau sana.

Apa, tiada gunanya kita bercakap tentang perkara ini?

Jangan fikir sebegitu dong hehe. Ingat, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Dengan kerana mulut lah badan binasa. Sebenarnya kata-kata atau pun tulisan ini boleh memberi impak yang besar dan mendalam jika kita lakukannya dengan betul dan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya, jika kita selalu bercakap tentang Islam ini agama yang aman, orang-orangnya berakhlak dan kita sendiri tunjuk pada dunia yang kita berakhlak, akan terbuka juga hati mereka dan memahami jiwa sebenar umat Islam yang betul bukan seperti yang diwar-warkan pada mereka. Chatting lah dengan orang-orang asing yang belum kenal Islam tu!!! Jangan duk berjiwa, mengacau anak dara, bergelak ketawa je melalui internet ni. Ini tidak, internet diguna dengan menambah koleksi kekasih, melayari laman-laman yang lucah, berhibur dan berjiwa 24 jam dengan menggunakan saluran Yahoo Messenger, Myspace, Friendster, blog dan sebagainya, isy7.


So, masa yang ada ini, selain kita buat perkara lain, selang-selikanlah dengan cuba kenal orang-orang non-muslim sama. At least kita boleh cuba ajak mereka kepada Islam (dengan berhikmah) , kenalkan mereka kepada Agama Allah, tunjukkanlah yang orang Islam ini bukan seperti yang diburuk-burukkan di pentas media. Walaupun tak berhasil ke apa, at least kita mencuba dan ada niat untuk berdakwah. InsyaAllah, Allah pandang pada niat baik kita untuk mengajak manusia ke jalanNya.

Dan sekurang-kurangnya, dengan kita perbanyakkan tulisan-tulisan tentang Islam ini agama yang suci, benar, bagus untuk seluruh manusia, nanti ia akan mendapat bacaan dari non-muslim. Dan ia akan merebak dari seorang ke seorang. Orang-orang non-muslim yang tak tahu hal sebenar tentang Islam insyaAllah akan mendapat tahu hal sebenar. Bayangkan apabila seorang demi seorang non-muslim membaca dan mengetahui hal sebenar tentang diri orang-orang Islam dan agama tercinta ini, nanti mereka akan menyampaikan pada sahabat-sahabat mereka pulak. Dan selepas itu akan merebak sedikit demi sedikit ibarat virus.

Ketahuilah, dalam anda tidak sedar , sebenarnya masih terlalu ramai non-muslim di negara luar sana yang masih tidak tahu keadaan sebenar umat Islam. Ya la, mereka berada di kolompok yang tiada umat ISlam atau terlalu kurang, mereka tidak kenal dan berinteraksi sendiri dengan orang Islam, itu yang menyebabkan timbul salah faham dari mereka. Mereka selalu disogokkan yang orang ISlam ini ganas dan sebagainya, hingga sudah sebati fikiran mereka yang orang Islam ini berperangai sebegitu rupa.

Kita jangan fikir seperti mereka tahu keadaan umat Islam seperti kita. Kita ni lain lah kerana kita sendiri pun orang Islam, dan berada di kalangan umat islam yang ramai, so kita tahu hal sebenar. Sedangkan di luar sana terlalu ramai manusia yang tidak kenal seorang pun orang Islam sebagai kawan mereka. So dengan tulisan-tulisan dari internet ini lah peluang untuk kita mempenalkan diri dan menunjukkan sebanyak mungkin isi-isi yang mungkin boleh membuka minda mereka. Bayangkan jika kita berjaya sedikit demi sedikit, ia juga akan membantu saudara-saudara kita yang sedang tertindas, dianiaya, dizalimi, diperangi di luar sana, insyaAllah.

Dan usaha ini adalah sebaik-baiknya kita buat dengan menulis atau post artikel-artikel dalam English kerana sebagaimana maklum, English adalah bahasa global dewasa ini. Dan bagi mahukan agar artikel-artikel mendapat bacaan global, maka English lah kaedah terbaik untuk digunakan. Bagi yang tidak mahu, tak reti, malas nak fikir-fikir untuk mengarang tak apa, copy sahaja artikel-artikel Islamik yang berlambak-lambak kat internet ni. Dan post kan ke blog-blog anda semua.

Kenapa perlu post lagi sedangkan artikel-artikel tu dah berlambak-lambak kat internet ni?

Haa, itu anda perlu tahu, artikel-artikel yang berlambak itu berada pada website-website Islamik yang rata-ratanya kurang dipromosikan, dan rata-ratanya berkonsepkan Islam. Mana la orang non-muslim akan pergi baca kat website-website begitu!!! So adalah amat payah untuk mendapat pembaca dari non-muslim. Sebab itu lah jalan mudah untuk mengajak pembaca non-muslim adalah melalui blog. Dan blog itu pulak kalau nak pembaca non-muslim lawati, jangan bagi nampak Islam sangat terang-terang. Bagi tunjuk sebagai blog untuk luahan pendapat pun dah ok. Tetapi itu semua terpulang pada kaedah dan cara masing-masing. Yang pasti, dengan blog lah peluang untuk kita mendapat pembaca non-muslim berkunjung untuk membaca artikel-artikel yang sepatutnya dibaca oleh mereka.

Sebab itu ilmu dalam membina, menjaga dan mempromosikan blog ini pun penting juga untuk kita kuasai. Di samping bina blog untuk tujuan-tujuan lain, dalam masa yang sama juga kita boleh menyeru pada agama Allah. Tak semestinya kita kena jadi ustaz terlebih dahulu untuk menyeru. At least kita tunjukkan akhlak orang Islam ni pun dah memadai dan dengan akhlak ini lah ramai sahabat termasuk nabi kita sendiri pun berjaya pikat hati orang kafir untuk memeluk Agama ISlam.

Ok lah, cukup lah untuk kali ini, insyaALlah ketemu lagi jika ada jodoh dan umur. Harap faham la apa yang diperbualkan ni, kalau tak faham pun buat-buat faham la yer. Yang penting , sama-sama kita ambil langkah yang terbaik. Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Semoga sukses belaka dunia dan akhirat.

Ma’assalamah
🙂