Wanita yang mana ovari mereka dibuang dan tidak menerima tambahan estrogen mempunyai satu risiko yang tinggi kerosakan atau penyakit otak kognitif di masa hadapan. Penemuan ini berbeza dengan satu kajian terdahulu kira-kira 7500 orang wanita lebih tua, yang mendapati pertambahan risiko penyakit otak pada wanita berumur 65 ke atas adalah yang mengambil tambahan hormon – cadangan yang mana estrogen mempunyai satu kesan berbeza ke atas otak pada usia berbeza.

Kesan Estrogen ke atas kesihatan dan fungsi otak telah diperdebatkan dengan hangat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Dalam 2004, penyelidik-penyelidik dengan Women Health Initiative (WHI), yang mengkaji terapi gantian hormon selepas menopause , melaporkan bahawa umur wanita 65 ke 79 tahun mempunyai satu risiko bertambah penyakit otak sekiranya mereka mengambil suplemen hormon yang mengandungi estrogen (ScienceNOW, 27 Mei 2003). Tetapi kajian, bersama dengan lain-lain dari WHI yang dilaporkan kecederaan daripada terapi hormon, adalah dikritik kerana tumpuannya pada wanita yang tua. Banyak ahli sains hairan adakah suplemen estrogen mempunyai kesan-kesan berbahaya dan serupa dalam masa pra-menopaus wanita.

Kumpulan yang diketuai oleh pakar neurologi, Walter Rocca dari Mayo Clinic College of Medicine di Rochester, Minnesota, tertumpu pada wanita yang mana satu atau kedua ovari telah dibuang. Mereka telah menggunakan rekod-rekod perubatan untuk mengenal pasti semua mereka yang sesuai dengan deskripsi di Olmsted County, Minnesota, yang pernah menjalani satu atau kedua-dua ovari dibuang di antara 1950 dan 1987, kerana sesuatu keadaan perubatan atau untuk melindungi dari kanser. Mereka menemuduga 1489 orang wanita yang sesuai dengan deskripsi ini, dan 10% mereka menemui, telah mengalami penyakit otak.

Dalam satu kumpulan kawalan 1472 wanita yang mempunyai ovari dalam keadaan baik, jumlah adalah 6.6%. Penemuan-penemuan mencadangkan bahawasanya adalah berbahaya untuk mempunyai terlalu sedikit estrogen sebelum putus haid, dan membuat satu kes yang kuat untuk rawatan estrogen jika ovari dibuang sebelum berumur 50, berkata penyelidik-penyelidik. Kajian ini dikeluarkan pada 29 Ogos dalam online isu iaitu Neurology.

Hasil keputusan dibantah dengan kerja lain, yang memeriksa bagaimana otak monyet-monyet mendapat manfaat daripada hormon apabila ovari mereka telah dibuang kerana putus haid. “Apabila kita melihat pada prafrontal cortex , neurons telah ditempatkan semula kepada keadaan muda, dan ini menyokong kuat penyelidikan baru ini,” komen neurobiologist, John Morrison di Mount Sinai School of Medicine di New York.

Masih menjadi rahsia ialah bagaimana hormon menjejaskan kognisi wanita pada kebanyakan yang memerlukan tambahan estrogen, mereka yang dalam 50-an yang mengalami simptom putus haid yang mana estrogen itu dapat melegakan. “Di mana dan bila estrogen dapat ditukar daripada menjadi pelindung atau berbahaya adalah persoalan besar lain,” kata Rocca.

Seorang penyiasat WHI masih hairan mengapa estrogen menjejaskan otak kepada wanita yang lebih muda. “Satu ujian klinikal rambang mungkin perlu” untuk mengesahkan hasil-hasil kajian Rocca, kata biostatistician, Mark Espeland dari Wake Forest University di Winston-Salem, North Carolina. Tetapi dia setuju yang kertas ujian sesuai dengan kajian pencerapan terdahulu yang menunjukkan wanita yang ovari mereka dibuang pada usia muda adalah berada dalam risiko yang tinggi terhadap penurunan kognitif.

Oleh Matt Kaplan, ScienceNOW Daily News, 29 August 2007