planet TrES-4
Simulasi komputer TRES-4 dengan bintang hostnya di sebelah
kanan

Salam alaikum. Maha suci Allah yang telah menciptakan seluruh makhluk di alam maya ini. Alam yang serba luas dengan penuh kemisterian yang tidak akan dapat diungkaikan oleh manusia melainkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Telah banyak penemuan-penemuan oleh saintis yang membuktikan keunikan dan kebesaran Allah S.w.t. Kali ini ada satu lagi penemuan yang begitu ajaib yang berlaku di angkasaraya sana yang telah diungkaikan oleh Sains dan Teknologi.

Penemuan ini telah dilaporkan oleh Science Daily tentang sebuah planet di luar dari Sistem Suria kita, yang saiznya 70% lebih besar dari planet Musytari. Planet itu diberi nama TrES-4 yang berada di buruj Hercules. Sebenarnya planet terbesar ini telah kelihatan sejak dari tahun 2006 lagi tetapi saintis menunggu pengesahan dari beberapa universiti terlebih dahulu untuk mengesah dan mengesahkannya lagi😀.

Apa yang menarik tentang planet TrES-4 ini bukan sahaja saiznya lebih besar dari Musytari dan menjadikannya planet terbesar yang ditemui setakat ini. Tetapi juga ia mempunyai kepadatan yang amat rendah hingga dikatakan mampu terapung di atas air, masyaAllah. Kepadatannya hanya 0.2 grams per cubic centimeter. Dapat tak anda bayangkan, planet yang lebih besar dari Musytari tetapi dapat terapung di atas air. Isy7 sungguh Maha Besar Allah S.w.t dan Allah suka kepada hamba-hambaNya yang selalu memujiNya.

Adalah sebaiknya kita melihat penemuan ini sebagai pemberi semangat untuk meningkatkan iman kita dan menambahkan pujian padaNya. Adalah tidak manis jika kita hanya memandang biasa ataupun buat dek je. Memang kita tidak hairan kerana Allah Maha Besar dan apabila Dia kata jadi maka akan jadilah apa yang Dia kata. Tetapi kita mesti memandang ciptaanNya dengan penuh rasa pujian dan membesarkan Allah. Inilah zikrullah yang hebat kerana merasai kesannya di hati dengan mendalam dengan memujiNya. Bukannya berzikir di dalam bilik dengan mata yang mengantuk dan hati yang khayal dan seumpamanya.

“Berfikirlah kamu kepada kejadian Allah, dan jangan kamu berfikir kepada zatNya, kerana kamu tidak mampu untuk menentukanNya”. Ini adalah antara maksud dari sebuah hadith yang mana menggalakkan kita berfikir tentang kekuasaan dan apa yang diciptakan oleh Allah. Asalkan kita tidak berfikir tentang bagaimana rupa Allah sudah. Mintak jauh dari kita berfikir tentang bagaimana rupa Allah kerana syaitan akan membayangkan yang bukan-bukan kepada kita. Seperti mana orang-orang Yahudi dan Nasrani menggambarkan Allah seperti manusia, na’uzubillah.

Sumber :

Feedget