Salaam alaikum. Wahai kaum wanita, pernahkah kamu terfikir bahawa taraf kamu sememangnya adalah jauh lebih rendah dari isteri-isteri para nabi atau pun sahabat-sahabat wanita. Mereka jauh lebih mulia darimu kerana mereka adalah hamba-hamba pilihan Allah dari segala zaman. Tetapi tidakkah kamu pernah terfikir, bahawa kamu adakalanya merasakan diri kamu lebih mulia dari mereka?

Ya betul, kamu tidak merasa begitu secara nyata atau direct, tetapi kamu telah menyatakan nya secara batiniah, iaitu ada antara kamu yang menolak poligami, yang enggan dipoligami, yang memandang rendah poligami apa lagi yang menentang poligami, isy7. BUkankah itu dari keegoan dan kesombongan yang berada dalam hatimu? Tahukah kamu semulia-mulia wanita seperti para isteri nabi dan sahabat pun sanggup berpoligami? Mereka berkedudukan mulia tetapi sanggup dimadukan tetapi bagaimana dengan kaum wanita sekarang? Sanggupkah kamu dimadukan? Hehe .. dah berkerut dah dahi tu, releks2😉

Ada wanita yang menyatakan, “ala itu lain lah, jadi isteri nabi. Tapi orang zaman sekarang ni mana ada macam nabi!” Haa itu yang anda tak perasan. Dah cuba anda tanya diri anda pulak, anda tu mulia macam isteri nabi atau sahabat ke? Untuk itu, adalah layak anda dimadukan dengan orang zaman sekarang kerana taraf anda mungkin tak jauh berbeza dengan lelaki yang akan madukan anda itu.


Tetapi untuk dimadukan itu perlu lah diperhati dari banyak sebab. Jangan la pulak pergi dimadukan dengan lelaki yang kahwin semata-mata kerana seks, kerana harta atau kerana rupa. Itu sebaik-baiknya anda jauhi wahai kaum wanita semua. Tetapi dekatilah lelaki yang berkahwin kerana agama, kerana mahu membantu kaum yang lemah, mengisi kekosongan bagi janda-janda yang ada tanggungan anak, membantu golongan yang payah jodoh, yang terdesak dan macam-macam lagi lah asalkan niat untuk menolong kerana agama. itu baru namanya anda berkorban demi saudara sesama Islam anda sendiri. Itu baru namanya tidak pentingkan diri sendiri dan kasihkan sesama saudara. Sepertimana ada sabda nabi yang bermaksud, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga dia kasihkan saudaranya sepertimana dia kasihkan dirinya sendiri”.

Ya la, kita selama ni dah dimabukkan dengan cinta Romeo dan Juliet, sebab tu lah wanita sampai sekarang konon-kononnya nak seorang lelaki sahaja yang mencintainya, tak rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Wanita sudah lupa sejak kedatangan Islam yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad S.a.w, martabat kaum wanita telah diangkat. Dari dulunya wanita diperlakukan seperti hamba abdi, hamba seks, dihina dan seumpamanya. Tetapi sejak Nabi Muhammad membawa ajaran agama pelengkap akhir zaman, kaum wanita sudah dinaikkan kembali tarafnya.

Tetapi kaum wanita sekarang ramai yang sudah lupa diri, tubuh sahaja lemah tetapi hati lebih keras dari batu. Wanita sekarang kononnya mahu sama taraf dengan lelaki. Apa yang lelaki boleh buat dia pun nak buat. So kenapa anda tak jadi wali nikah ke, tukang azan ke, tok imam masjid ke dan sebagainya? Hehe Itu lah Allah dah atur molek dah, lelaki sebagai pemimpin dan perempuan sebagai penasihat. Tetapi wanita zaman sekarang gila kuasa, sampai nak jadi ketua , nak jadi pemimpin dan sebagainya. Dah tu bagaimana negara tak porak peranda, kerana dipimpin oleh golongan yang sepatutnya dipimpin, dipimpin oleh golongan yang emosionalnya boleh lah tahan, isy7.

Sebab itu hikmahnya lelaki boleh berkahwin lebih dari satu hingga 4. Kerana lelaki yang mempunyai akal anugerah Allah melebihi 9 kali dari perempuan. lelaki mempunyai bakat untuk memimpin sebenarnya, bukannya wanita. Tetapi wanita sekarang tidak puas hati, nak jugak jadi pemimpin, haa tengok la nanti, makin huru-hara dunia jika makin ramai wanita jadi pemimpin. Jangan salahkan sapa-sapa nanti, salahkan dirimu wahai wanita kerana ego, angkuh dan sombong yang ada dalam dadamu sendiri.

Untuk itu wahai kaum hawa / wanita, apa lagi yang kamu nak tunjukkan pada dunia? Apa yang kamu nak megah-megahkan sangat dengan dirimu yang sentiasa membawa najis. Apa tak bawa najisnya, dalam perut kita ni penuh dengan najis, kita hanya disaluti dengan kilit yang hanya sekadar sandiwara di muka bumi ini. Kulit yang amat lemah dan bila-bila masa boleh rosak, tetapi kita masih tak sedar-sedar diri. Masih nak bergaya, tunjuk cantik lebih-lebih, seksi-meksi, berlagak, mengada-ngada, sombong, angkuh, nak tunjuk pandai dan sebagainya. Isy7 tak perasan lagi ke dengan tabiat buruk kita tu? Terasa baik je eaa? Memang lah, siapa gak manusia yang nak katakan dirinya jahat? Orang jahat pun mengaku baik, hehe.

Ok lah, fikir-fikirlah wahai kaum wanita, jangan sampai anda lupa diri, dan berlebih-lebihan di muka bumi ini. Kaum lelaki pun sama la!!! Jangan sengih-sengih pulak, mentang-mentang ana bercakap pasal wanita sahaja sekarang. Kita pun sama lah, buaya, biawak, semua ada. So sama-sama lah kita muhasabah diri kita sendiri ini yang sebenarnya terlalu banyak dosa. Semoga Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun mengampuni segala dosa-dosa kita, aamin. Bersama lah kita menuju jalan yang satu, jalan yang benar hanyalah jalan yang berpandukan pada Al Quran dan Al hadith.

Wallahu a’lam
🙂