Bertentangan dengan yang lazimnya diketahui, Musytari tidak melindungi Bumi daripada diserang komet. Sebenarnya, Bumi akan mengalami lebih sedikit impak tanpa pengaruh graviti Musytari, satu kajian baru mengatakannya. Ia akan mempunyai implikasi bagi menentukan mana sistem-sistem solar lebih selamat kepada kehidupan.

Satu kajian pada 1994 menunjukkan bahawa menggantikan Musytari dengan sebuah planet yang lebih kecil seperti Uranus atau Neptun akan mendorong kepada 1000 kali komet akan menghentam Bumi. Ini menyebabkan spekulasi yang kehidupan kompleks akan mempunyai satu masa yang susah untuk dibangunkan dalam sistem-sistem solar tanpa satu planet seperti Musytari lantaran lebih kuat hentaman oleh komet.

Tetapi satu kajian baru oleh Dr Jonathan Horner dan Barrie Jones dari Universiti Terbuka di Milton Keynes, UK, menunjukkan bahawa jika tidak terdapat langsung planet di orbit Musytari, Bumi sebenarnya akan menjadi lebih selamat daripada impak.

Dr Horner berkata, “Idea tentang planet seperti Musytari memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko impak di planet-planet yang kemungkinan boleh didiami adalah satu kepercayaan umum tetapi di sana hanya mempunyai betul-betul ada satu kajian dibuat tentang perkara ini di masa yang lalu, yang telah melihat bahaya disebabkan oleh Komet Jangkamasa Panjang. Kita melaksanakan satu siri pelajaran yang berterusan tentang risiko-risiko impak dalam sistem-sistem planet, bermula dengan melihat ke Sistem Solar kita sendiri, memandangkan kita banyak tahu mengenainya!”

Hasil-hasil bertentangan timbul disebabkan Musytari menjejaskan komet dalam dua cara yang bersaingan. Gravitinya menarik komet-komet ke dalam sistem solar dalaman, di mana mereka ada peluang untuk menghentam Bumi, tetapi juga boleh menghilangkan komet-komet yang mengancam Bumi dengan memancutkan mereka daripada keseluruhan sistem suria, melalui satu kesan melastik graviti.

Pasukan di Open University ini telah membina satu model komputer yang boleh menjejaki lorong-lorong 100,000 Centaurs sekitar Sistem Solar lebih 10 juta tahun. Simulasi ini telah dijalankan lima kali: sekali dengan Musytari pada kedudukannya, sekali dengan tanpa Musytari, dan kemudian dengan planet-planet tiga suku, setengah dan satu perempat jisim Musytari (untuk bandingan, Zuhal agak satu pertiga jisim Musytari). Pasukan itu telah menemui yang kadar impak dalam Sistem Solar dengan sebuah planet seperti Musytari agak setanding kepada kes di mana tiada Musytari sama sekali. Bagaimanapun, apabila jisim Musytari adalah antara dua yang ekstrim ini, Bumi akan mengalami satu pertambahan jumlah impak daripada komet-komet Keluarga Musytari (Jupiter Family of comets – JFC).

Ancaman Asteroid

Alessandro Morbidelli dari Nice Observatory di Peranchis, yang membuat kajian tentang dinamika Sistem Solar, berkata kedua-dua analisa Horner atau kajian-kajian awal termasuklah sumber paling penting pada impak adalah tidak benar. Hampir 95% impak pada Bumi adalah disebabkan oleh Asteroid, katanya.

Dia suspek bahawa sebuah planet yang lebih kecil yang menggantikan Musytari boleh menjurus lebih sedikit impak-impak asteroid. “Menjadikan asteroid-asteroid yang berdekatan dengan Bumi menguasai kadar impak, penurunan impak asteriod mungkin menyebabkan satu pengurangan dalam kadar hentaman menyeluruh ke Bumi,” ujarnya.

Horner dan Jones bercadang meluaskan kajian mereka untuk melibatkan asteroid-asteroid, kecuali Morbidelli mengatakan lebih banyak faktor untuk diuji. “Anda dapat membayangkan sistem-sistem solar di mana lebih banyak tali pinggang asteroid besar dan lebih luas dijaga, ia akan menjadi sukar untuk hidup dalam sistem solar itu,” katanya. “Anda dapat membayangkan planet raksaksa bermigrasi dan memusnahkan satu tali pinggang asteroid. Ada begitu banyak faktor sukar bagi menangani mereka semua.”

Hasil-hasil telah dibentangkan pada hari Jumaat di European Planetary Science Congress 2007 di Potsdam, Jerman.

Tambahan:

Komet Keluarga Musytari (Jupiter Family of Comets – JFCs) adalah komet masa pendek dengan satu tempoh orbit kurang daripada 20 tahun. Orbit mereka dikawal oleh Musytari dan mereka adalah dipercayai berasal dari Kuiper Belt, satu longgokan yang luas badan-badan sejuk yang kecil yang mengorbit melampaui Neptun. JFCs yang terkenal termasuk Komet 81P / Wild 2, yang ditemui oleh pesawat angkasa Stardust dalam bulan Januari 2004 dan Komet Shoemaker Levy-9, yang memecah dan berlanggar dengan Musytari pada bulan Julai 1994.