Ahli-ahli sains telah meramalkan pemanasan global itu sepatutnya akan menambah curahan hujan di kawasan tropika. Sekarang penyelidik-penyelidik NASA berkata ia dah pun berlaku. Ahli-ahli sains telah mengumpulkan rekod sedunia bagi 27 tahun curahan hujan daripada pemerhatian-pemerhatian satelit dan peralatan di atas tanah dan telah menemui hujan yang paling kerap adalah antara 1979 dan 2005, berlaku terutamanya selepas 2001.

Tahun paling basah dalam rekod adalah 2005, diikuti tahun 2004, 2003, 2002 dan 1998. Corak-corak yang diperhatikan dalam rekod menunjukkan bahawa bertambahnya curahan hujan adalah lebih tertumpu kepada lautan tropika, manakala ianya lebih berkurangan di atas permukaan tanah.

“Apabila kita melihat kepada seluruh planet ini hampir tiga dekad, banyaknya jumlah hujan jatuh telah berubah sangat sedikit,” peneraju kajian tersebut Guojun Gu dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Md. “Kecuali di kawasan tropika, di mana hampir dua pertiga semua hujan jatuh, nampaknya di sana mengalami penambahan 5 peratus.”

Peningkatan dalam curahan hujan ini adalah dijangka berlaku semasa pemanasan dunia, kerana suhu permukaan lebih panas meningkatkan penyejatan dari air lautan dan tanah itu dan udara lebih panas boleh memegang lebih lembapan, yang akhirnya membentuk awan-awan dan pemendakan.

“Suatu iklim pemanasan adalah punca paling munasabah bagi trend pemerhatian ini dalam curahan hujan tropika,” kata seorang anggota pasukan tersebut, Robert F Adler, juga oleh Goddard.

“Bukti-bukti bagi trend ini masih lagi dikumpulkan”, Adler berkata. Nombor-nombor terbaru untuk 2006 menunjukkan bahawa ia menjadikan tahun 2005 sebagai tahun paling kerap hujan dalam rekod.

Keputusan kajian diperincikan dalam Dalam Isu 1 Ogos Journal Climate.

Sumber : Livescience