Internet adalah tempat berkumpulnya segala maklumat dalam bentuk data, imej, audio, video dan sebagainya. Dan adalah diketahui umum bahawa cara untuk mencari maklumat adalah dengan menggunakan enjin pencari (search engine). Tetapi tahukah anda, untuk mencari blog, anda boleh melakukannya dengan cara lain yang lebih sistematik dan mudah untuk mencari blog sahaja tanpa bercampur aduk dengan laman2 web lain?
.
Haaaa, begini caranya. Anda boleh menggunakan servis pencarian blog (blog search) yang mana Google pun turut menyediakan fungsi pencari blog ini. Satu lagi pencari blog yang cukup popular dan lemak berkrim disukai ramai sekarang adalah dengan menggunakan servis yang disediakan oleh Technorati.
Selain menggunakan Pencari Blog, kita juga boleh menggunakan servis dari Direktori Blog (Blog Directory). Antara contoh2 penyedia servis ini adalah seperti

MyBlogLog,
BlogCatalog,
Bumpzee,
dan sebagainya

Direktori Blog ini adalah senarai blog-blog mengikut kategori ataupun lokasi geografi. Anda boleh mencari blog dengan menaip perkataan pada kotak pencarinya dan ia akan memaparkan senarai mengikut kategori ataupun kaedah apa yang kita cari.

Tetapi tidak dilupakan ada juga kekurangan mencari blog dengan menggunakan servis-servis ini. Kerana blog-blog yang berdaftar sebagai ahli sahaja yang akan dipaparkan pada Direktori2 Blog ini. Tetapi anda tidak perlu risau kerana sekarang ni hampir keseluruhan pemilik2 blog yang sedia ada dan yang bagus2 telah mendaftarkan blog mereka pada Direktori2 Blog ini. Itu pun dah terlampau banyak dah dan tak tercari dah rasanya, dan mempunyai senarai blog dalam berbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu.
Dan bagi yang mahu mencari blog dari Blogger / Blogspot dengan menggunakan search engine biasa sahaja , saya syorkan anda guna lah Google Search, kerana Google menyenaraikan blog2 blogspot di muka2 hadapan. Ini tidak di dalam Yahoo Search, Yahoo nampaknya berkira sedikit dengan blog2 dari blogspot, kerana kita sedia maklum Blogspot adalah milik Google 🙂

Selamat mencari blog secara sistematik dan lebih mudah😉