LIMA, Peru – Satu meteorit yang berapi merempuh selatan Peru pada hujung minggu, pakar-pakar telah mengesahkan pada Rabu lalu. Tetapi mereka masih terfikir-fikir tentang aduan-aduan bahawa ianya telah mengeluarkan wap yang menyebabkan 200 orang mendapat sakit.

Penduduk-penduduk tempatan memberitahu wartawan-wartawan bahawa sebiji bola panas telah jatuh dari langit dan merempuh kawasan tanah lapang Andean yang terpencil dekat sempadan Bolivia pagi Sabtu.

Jose Mechare, seorang saintis dengan Institut Geologi , perlombongan dan Metallurgical, di Peru berkata, seorang ahli geologi telah mengesahkan yang ianya adalah satu “meteorit berbatu batan,” berdasarkan kepada serpihan-serpihan yang dianalisa. Dia berkata, air dalam kawah keruh meteorit masak untuk mungkin 10 minit daripada kehangatan dan telah mengeluarkan satu wap yang memudaratkan orang, dan ahli-ahli sains telah mengambil contoh-contoh air.

“Kita masih tidak sepenuhnya pasti bahawa tidak ada pencemaran berlaku,” Mechare berkata.

Jorge Lopez, pengarah jabatan kesihatan negeri di mana meteorit terhempas, telah memberitahu The Associated Press pada hari Selasa bahawa 200 orang itu menderita sakit kepala, merasa loya dan masalah pernafasan disebabkan oleh “toksik” wap yang datang dari kawah, yang ada lebih kurang 65 kaki lebar dan 15 kaki dalam.

Tetapi sekumpulan doktor yang mengunjungi tapak terpencil itu berkata pada hari Rabu yang mereka tidak menemui bukti meteorit telah memudaratkan orang. Para doktor telah memberitahu seorang jurukamera Associated Press Television News di tapak yang mereka telah menemui tiada tanda pencemaran radioaktif di kalangan keluarga-keluarga yang tinggal berdekatan. Tetapi mereka berkata bahawa mereka telah membawa contoh-contoh darah, urin dan rambut untuk dianalisa.

Petani yang tinggal berdekatan kawah itu berkata mereka telah menghidu satu bau sulfurous untuk sekurang-kurangnya satu jam selepas meteorit terhempas dan ia telah provokasi perut meragam dan sakit kepala. Tetapi Jose Isisuka, seorang ahli geologi untuk institut yang mengkaji tentang kawah, berkata dia ragu-ragu terhadap laporan-laporan bau sulfurous.

Pakar tahi bintang, Ursula Marvin berkata sekiranya orang telah mendapat sakit, “ia bukan kerana meteorit itu sendiri, tetapi kerana debu yang terhasil.” Sebuah meteorit “tidak akan mendapat banyak gas keluar bumi,” kata Marvin, yang telah mengkaji objek-objek ini semenjak 1961 di Smithsonian Astrophysical Observatory di Massachusetts. “Ia adalah satu perkara yang superfisial / tidak mendalam.”

Hernando Tavera, seorang ahli geofizik di institut berkata, kes-kes yang serupa tersebut telah dilaporkan dalam 2002 dan 2004 di tempat lain di selatan Peru tetapi tidak pernah disahkan sebagai meteorit.

Dilaporkan oleh Associated Press