Sebuah pesawat angkasa yang mengorbit telah menemui bukti tentang apa kemungkinan dilihat tujuh buah gua di lereng-lereng gunung berapi di planet Marikh, kata agensi angkasa NASA (National Aeronautic Space Administration) pada Jumaat lalu.

Pesawat angkasa Mars Odyssey telah menghantar balik imej sesuatu yang berciri-ciri sangat gelap, hampir bulat yang nampaknya menjadi pembukaan ke ruang bawah tanah.

“Mereka adalah lebih sejuk daripada permukaan sekeliling pada siang hari dan lebih hangat di waktu malam,” kata Glen Cushing dari kumpulan Astrogeologi kajian Geologi AS dan Northern Arizona University.

“Tingkah laku terma mereka tidak stabil seperti gua-gua besar di bumi yang sering mengekalkan satu suhu malar, tetapi ia adalah selaras dengan lubang-lubang yang dalam di dalam tanah ini.”

Lubang-lubang, yang mana penyelidik-penyelidik telah menggelarkan “Tujuh Orang adik beradik – Seven Sisters,” adalah berada di beberapa ketinggian tertinggi di planet itu, di sebuah gunung berapi yang bernama Arsia Mons yang dekat dengan gunung paling tinggi di Marikh, penyelidik-penyelidik melaporkan dalam jurnal ‘Geophysical Research Letters’.

Laporan dari Reuters

.

Ulasan –> Orang-orang barat terutamanya Amerika masih lagi meneruskan usaha-usaha untuk mencari tempat tinggal alternatif selain dari Bumi. Mungkin mereka merasakan bumi masih tidak cukup dan sudah hampir untuk musnah dan perlukan tempat lain yang lebih selamat. Adakah usaha-usaha mereka itu akan menjadi realiti? Berbaloikah apa yang diusahakan oleh mereka? Anda boleh memberikan komen anda di sini…….