Salaaam alaikum. Saje je ni kongsi-kongsi mendengar, melihat dan merenung. Umat Islam boleh menjadi kuat seperti zaman dahulu jika sekiranya bersatu di bawah satu payung. Umat Islam tidak akan ditindas seperti sekarang jika sekiranya kita semua bersatu, tidak kira bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat dan sebagainya.

Ya ayyuhal ikhwah, sempena bulan mulia ini, marilah kita sama-sama menanamkan tekad, bahawa kita semua umat Islam adalah bersaudara. Jika ada saudara kita yang sakit atau susah, maka tempiasnya akan kena pada kita. Kita turut mesti merasakan kesakitannya, bukan hanya membiar orang lain menderita sedangkan kita bersuka ria.

Ada kalanya kita bergembira dengan keluarga, sahabat handai kita, tetapi ada kalanya juga kita perlu bersedih dengan nasib yang menimpa ummah kita dan apa yang berlaku hari ini. Tidak salah bersedih jika sekiranya ia kerana Allah. Kerana takutkan api nerakaNya, kerana takutkan kemurkaanNya, kerana mengagungkan KeMaha BesaranNya. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kau bantu lah kami semua mengharungi liku-liku hidup di dunia ini. Tetapkanlah iman kami, kuatkan lah rohani dan jasmani kami untuk berbakti pada agamaMu. Ampunkan lah segala dosa-dosa kami dan matikanlah kami di dalam golongan yang soleh dengan mendapat Husnul Khotimah.

Para nabi semuanya bersedih dengan nasib yang akan menimpa umat mereka. Bersedih adalah sesuatu yang lahir dari hati yang murni. Bersedih dengan kecewa lain tau! Jangan pulak nanti anda semua kecewa pulak hehe. Kecewa tidak digalakkan dalam Islam. Bersedih adalah untuk melatih diri kita menjadi insaf, menjadi berhati lembut dan mulia, mendidik akhlak kita agar tak ganas dan buas seperti binatang. Melatih diri kita menjadi insan yang mengasihi makhluk yang lain.

Sebatang lidi adalah amat rapuh sekali dan mudah dipatahkan. Tetapi lidi jika diberkas banyak akan menjadi kuat dan memang sukar untuk dipatahkan dengan tangan kita ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Bermula lah kita bersatu perlahan-lahan dan insyaAllah nanti kita akan betul-betul dapat suatu kesatuan yang hakiki.

SO bagaimana untuk bersatu?

Tidak lain dan tidak bukan hanya bersatu untuk menegakkan kembali Hukum Allah di muka bumi ini. Tanpa bersatu ke arah itu, maka manusia akan sentiasa berdolak dalih dan mengikut kepala masing-masing. Manusia tidak akan pernah sepakat, percayalah! Akan ada ketidak selarasan di mana-mana. Sebab itu lah kita perlukan suatu peraturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui. Allah bagi panduan Hukum Allah dalam AlQuran itu bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk diamalkan.

Adakah kita nampak? Hukum Allah itu adalah seperti yang disebut dalam AlQuran, dan ianya adalah satu perintah dari ALlah. Tetapi kita mengaku Islam, tetapi tidak mahu melaksanakan Hukum ALlah. Mengaku percayakan AlQuran, tetapi tidak melaksanakan kandungan di dalamnya. Tafakkaruu yaa ayyuhal ikhwah.

Allah Ta’ala berfirman:

“Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum sebenarnya beriman sebelum mereka meminta keputusan kepadamu perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang bulat-bulat.”

(an-Nisa’: 65)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Hanyasanya ucapan kaum mu’minin, apabila mereka diseru kepada jalan Allah dan RasulNya untuk memberikan hukum di antara mereka itu ialah mereka itu mengucapkan: “Kita semua mendengarkan dan mentaati.” Mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia.”

(an-Nur: 51)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 44)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 45)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 47)

Apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Mohon maaf jika ada kesilapan kerana ana juga manusia biasa.

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”

(Al-Maaidah: 50)

Wallahu a’lam