Pemanasan Global merupakan satu topik yang sedang hangat diperbincangkan di seluruh dunia sekarang ini. Sehinggakan Presiden Amerika Syarikat, George Bush pun sedang pening kepala memikirkan bagaimana untuk menghadapinya. Pelbagai usaha dibuat dan saintis-saintis bergabung tenaga untuk mengatasi masalah global ini.

Dengan semakin panasnya cuaca dunia, maka ais-ais di kutub bumi akan mencair. Dan ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang ketara. Tak mustahil akan berlaku banjir besar seperti zaman nabi Nuh kan? Hehe, tetapi itu mungkin tidak akan berlaku, kerana tidak ada dalam nas sesuatu seperti itu akan berlaku pula. Tetapi kalau mini banjir seperti zaman Nabi Nuh A.s adalah tidak mustahil. Tetapi apa pun jua, itu semua adalah ketentuan Allah, jika Dia kata jadi maka akan jadi sahaja lah. Kita serah lah pada Allah tentang perkara yang masih tidak diketahui lagi ini.

Untuk makluman, mengikut kajian para saintis, Amerika tak lama lagi mungkin akan dibanjiri dengan air yang besar, dan tidak ketinggalan beberapa tempat lain di dunia. “Peningkatan lautan mungkin akan menjadikan penempatan pertama Amerika di Jamestown, Va. menjadi paya, begitu juga dengan tempat melancar roket Florida yang menghantar rakyat Amerika pertama ke orbit, ramai saintis iklim meramalkan.” Adakah dengan berlaku peristiwa ini akan menyebabkan kepupusan populasi rakyat Amerika Syarikat? Dan sedikit iklan, mengapa agaknya AS sekarang ini sedang rancak mempromosikan agar penduduk dari negara lain berhijrah dan bekerja di sana? Hhhmmm

Alangkah rapuhnya kita manusia ni ya. Kita hanya tinggal di bumi yang tergantung di angkasa, dan kita berada di atas tanah yang sekelilingnya adalah lautan. Jika sekiranya kesemua ais di kutub cair, maka tak mustahil kita semua akan tenggelam dan bangsa manusia akan pupus. Sungguh lemahnya kita manusia, tetapi kita masih tidak sedar dan masih lagi gilakan kuasa, harta, kedudukan, kemewahan, hiburan melampau, seks bebas dan sebagainya, isy7

Bumi

Lihatlah bumi yang menjadi tempat tinggal kita sekarang ini. Lahai halusnya kita kat dalam tu, kalau dipandang dari langit kita ini ibarat kuman-kuman yang bergegas ke hulu ke hilir. Tidak ada hebatnya kita ini melainkan kita sendiri sahaja yang perasan hebat. Dan kita duduk di bumi ni pun dah rasa kita macam besar, dah rasa dapat menongkat langit, isy7 Apa nak jadi dengan kita ni kan? Tak habis-habis dengan tak sedar diri 🙂

Dengan Pemanasan Global ni, bukan sahaja air laut meningkat naik, malah binatang-binatang banyak yang akan pupus kerana lautan semakin panas, maka ikan-ikan banyak yang tidak tahan dan akan mati. Apabila ikan-ikan banyak mati faham-faham aje la, harga ikan pun akan melambung naik juga nanti, lepas tu manusia pulak mati hehehe. Mati kerana tak tahan harga ikan naik 😀

Hutan-hutan pun akan lagi mudah terbakar nanti dan semakin mengurangkan bekalan oksigen pada kita. Sebab-sebab lain lagi yang mungkin berlaku, ribut taufan, kemarau, tsunami, gempa bumi dan mcam-macam la. Eeeiii seram semua tu kan? Itu lah kita ni, kalau bercakap pasal perkara-perkara ni baru seram, tetapi kalau bersama kawan-kawan tak ingat daah. Yang jadi topik hanya kutuk orang, ngumpat orang, buat lawak ntah hapa hapa dan sebagainya, isy7

Ok, setakat ini dulu pasal Pemanasan Global, semoga insiden ini menjadi peringatan dan menginsafkan kita semua bahawa maut akan menjelma bila-bila masa. Jazaakumullahu khoirol jazaa’ 🙂