Dalam kebolehannya untuk belajar, cengkerik adalah dungu pada waktu pagi dan genius pada waktu petangnya.

Variasi harian yang dramatik dalam kebolehan pembelajaran cengkerik telah ditemui dengan kajian baru yang dibuat oleh ahli biologi Universiti Vanderbilt dan telah diterbitkan secara online baru-baru ini dalam laporan Akademi Sains Kebangsaan.

“Ini adalah contoh pertama bagi suatu serangga yang kebolehannya untuk belajar adalah dikawal oleh jam biologinya,” kata Terry L.Page, professor sains biologi yang mengarahkan projek itu. Pelajar siswazah iaitu Susan Decker dan Shannon McConnaughey juga terlibat dalam kajian ini.

Beberapa kajian yang telah dibuat dengan mamalia yang dicadangkan kebolehan mereka untuk belajar juga berlainan dengan masa dalam sehari. Sebagai contoh, eksperimen terkini dengan manusia menjumpai yang kebolehan manusia memerlukan maklumat baru yang berkurang apabila jam biologi mereka diganggu, terutamanya pada masa-masa tertentu dalam sehari itu.Yang serupa juga, beberapa pembelajaran dan kajian memori dengan rodensia telah ditemui bahawa proses-proses ini disesuaikan dengan jam circadia. Satu eksperimen dengan tikus telah mendapati gabungan antara gangguan ritma harian (jet lag) dan amnesia (hilang ingatan) merosot.

Dalam kajian terkini, pengkaji-pengkaji mengajar cengkerik untuk menggabungkan pudina – suatu bau wangi yang biasanya mereka dapati tidak sedap – dengan air gula, menyebabkan mereka menyukainya lebih dari vanilla, suatu bau yang mereka dapati secara umumnya menarik.

Pengkaji-pengkaji melatih cengkerik pada masa yang berbeza dalam 24 jam kitaran sehari semalam, dan kemudian menguji mereka untuk melihat berapa lama mereka mengingati gabungan itu. Pengkaji-pengkaji mendapati cengkerik-cengkerik yang dilatih semasa petang mengekalkan memori hingga beberapa hari. Yang dilatih pada waktu malam juga mempunyai penahanan yang baik. Walabagaimana pun, semasa waktu pagi, apabila cengkerik kurang aktif, mereka secara total tidak berupaya untuk membentuk memori baru, juga mereka tidak dapat mengingati memori yang dipelajari pada waktu-waktu lain.

“Ianya begitu memeranjatkan bahawa kekurangan pada waktu pagi adalah sangat mendalam,” kata Page. “Soalan yang menarik adalah kenapa binatang tidak mahu belajar pada waktu tertentu dalam sehari. Kami tidak mempunyai idea.”

Kebanyakan kajian-kajian sebelum ini tentang ritma circadian difokuskan kepada sistem visual. “Kelebihan mata menjadi lebih sensitif pada waktu malam adalah sudah nyata bagi orang-orang yang tidak banyak memandang pada sistem-sistem deria lain,” kata Page. “Fakta kajian kami ini melibatkan sistem deria bau mencadangkan bahawa kitaran circadian boleh mempengaruhi bilangan deria melampaui penglihatan.”

Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji menggunakan cengkerik dari spesis Leucophaea maderae. Ia tidak mempunyai nama biasa tetapi adalah biasa digunakan dalam eksperimen saintifik kerana ia telah digunakan secara meluas dalam kajian-kajian awal fisiologi dan endokrinologi.

“Kajian-kajian seperti ini mencadangkan bahawa masa dalam sehari mempunyai impak yang mendalam, sekurang-kurangnya dalam situasi tertentu. Dengan mengkaji cara jam biologi menyesuaikan pembelajaran dan memori, kita boleh belajar lebih lagi tentang bagaimana proses-proses ini berlaku dan apa yang mempengaruhi mereka,” kata Page.

Kajian ini disokong dengan kelulusan dari National Institute of Mental Health.

Laporan dari Universiti Vanderbilt , 28 September 2007