Para saintis World Wildlife Fund telah mengumumkan penemuan 11 spesis haiwan dan tumbuhan baru di kawasan terpencil di tengah Vietnam. Mereka berkata ini menggarisbawahkan kepentingan suatu usaha pemerhatian di dalam hutan tropikal purba dalam wilayah ini.

Di dalam hutan tropikal purba ini ada suatu wilayah yang dikenali sebagai ‘Koridor Hijau’ Vietnam, saintis telah menemui ular, 5 orkid, dan 2 rama-rama begitu juga dengan 3 lagi tumbuhan yang baru kepada dunia sains dan ekslusifnya Banjaran Gunung Annamites. 10 lagi spesis tumbuhan termasuklah 4 orkid, yang masih di bawah pemeriksaan tetapi juga muncul menjadi spesis baru.

“Penemuan banyak spesis baru ni adalah jarang dan berlaku hanya dalam tempat-tempat yang istimewa seperti ‘Koridor Hijau’,” kata Dr Chris Dickinson, Ketua saintis pemerhati WWF di ‘Koridor hijau’. “beberapa mamalia besar telah ditemui dalam tahun 1990an dalam hutan yang sama maka penemuan terkini ini mungkin hanya tip kepada bongkah ais di lautan.”

Spesis ular baru, dipanggil ‘white-lipped keelback’, lebih suka hidup dalam arus di mana ia menangkap katak dan binatang-binatang kecil lain. Dengan jalur kuning-putih yang cantik memenuhi sepanjang kepalanya dan titik-titik merah meliputi tubuhnya, ‘white-lipped keelback’ boleh mencapai 31 inci panjang, hampir satu ela.

Tiga dari spesis orkid baru adalah semuanya tidak berdaun, yang juga jarang terdapat di kalangan orkid-orkid yang tersedia ada. Tiada mengandungi klorofil atau pigmen hijau yang biasanya dijumpai pada tumbuhan, orkid ini hidup pada benda-benda reput seperti kebanyakan spesis kulat. Tumbuhan yang lain termasuklah aspidistra yang mengeluarkan bunga yang hampir hitam dan spesis arum yang baru dijumpai dengan bunga kuning yang cantik.Tumbuhan arum mempunyai daun berbentuk cerobong di keliling bunga.

Dua spesis rama-rama baru adalah di antara lapan yang ditemui dalam wilayah ini sejak tahun 1996. Satu adalah skipper, rama-rama dengan kehidupan terbang yang menerpa dan cepat, dari gen Zela dan yang lain adalah gen yang baru dari sub keluarga Satyrinae.


Menurut pakar-pakar WWF, semua spesis ini berisiko kepada pembalakan haram, pemburuan, pengambilan sumber hasil bumi yang tidak dapat disekat dan konflik keinginan untuk pembangunan. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan , terutamanya Jabatan Perlindungan Hutan Wilayah Thua Thien Hue , telah bertekad untuk memelihara dan mengekalkan mengurus hutan yang amat berharga ini.

Hutan Annamites adalah penting kepada pengambilan air, membekalkan air kepada ribuan penduduk yang bergantung kepada sungai-sungai wilayah ini. Kumpulan etnik minoriti tempatan mendapatkan pendapatan separuh dari pendapatan hidup mereka dari sumber bukan kayu dari hutan ini.


Laporan dari World Wildlife Fund , 26 September 2007