Ketam tebing laut (Carcinus maenas) menangkap makanan mereka di tempat yang banyak makanan dan selepas itu memakannya di tempat lain. Dengan strategi bawa-keluar ini, ketam memaksimakan pengambilan makanan mereka dan dapat menghindari ketam-ketam lain yang bersaing, kata pengkaji dari Belanda, Isabel Smallegange.

Makanan tidak didapati merata-rata di Laut Wadden maka anda mesti mencarinya. Apabila anda tidak mempunyai banyak masa , jadi di mana tempat terbaik untuk pergi? Pada mulanya memang tempat yang banyak makanan yang kelihatan akan menjadi pilihan pertama. Tetapi anda juga akan mendapati banyak haiwan lain di sana dan ini memberikan kenaikan persaingan. Dengan banyaknya pesaing maka akan menjadi sedikit masa yang tinggal untuk menangkap mangsa.

Ujikaji membongkar bahawa ketam tebing laut selalu mulanya cuba untuk menangkap mangsa di tempat banyak makanan. Bagaimanapun, mereka tidak terus memakan mangsanya di situ. Tetapi mereka membawa mangsa-mangsa tadi ke tempat makanan kurang yang mana terdapat kurang pesaing yang mahu berkongsi makanan di situ.

Dengan strategi bawa keluar makanan ini, ketam pantai dapat pastikan yang sarapan mereka dapat dihindarkan dari haiwan lain yang tamak. Kajian terhadap strategi pencarian makanan telah dilakukan menggunakan model-model tingkahlaku dan ujikaji tingkahlaku dengan ketam-ketam pantai yang mencari makanan dalam ujikaji yang diadakan di bilik-bilik iklim di Royal Netherlands Institute for Sea Research (NIOZ).

Laporan dari Netherlands Organization for Scientific Research , 29 September 2007