Dalam penemuan yang mengejutkan , para ahli astronomi menggunakan teleskop Parkes CSIRO yang telah dapat mengesan satu ledakan besar tenaga radio dari cakerawala yang jauh yang boleh membuka bidang baru dalam astrofizik.

Pasukan kajian, diketuai oleh Pembantu Professor Duncan Lorimer dari Universiti West Virginia, melaporkan penemuannya dalam jurnal Science Express. Ledakan tenaga radio muncul yang asalnya sekurang-kurangnya satu setengah billion tahun cahaya [500 Mpc] jauhnya tetapi ia begitu kuat.

“Biasanya aktiviti kosmik sebegini yang kita lihat pada jarak ini akan menjadi sangat pudar tetapi yang ini sangat terang yang mana telah menepukan peralatan,” kata Professor Matthew Bailes dari Universiti Swinburne di Melbourne.

Ledakan ini begitu terang di mana pada masa pertama kali ia direkod, ia telah menyingkirkan gangguan radio buatan manusia. Ia meletakkan sejumlah besar kuasa (10exp 33 Joule) yang sama dengan sebesar (2000 MW) stesen kuasa yang dijalankan untuk dua billion tahun.

“Ledakan itu mungkin dikeluarkan dari kejadian eksotik seperti perlanggaran antara dua bintang neutron atau menjadi cungapan terakhir lohong hitam (black hole) di mana ia meruap dengan sepenuhnya..” Professor Lorimer berkata. Ledakan itu berlangsung selama hanya lima milisaat.

Ianya dijumpai oleh David Narkevik, seorang siswazah di Universiti West Virginia, apabila dia menganalisa semula data yang diambil dengan teleskop Parkes enam tahun yang lalu. Walaupun dia hanya menjumpai satu ledakan, para ahli astronomi boleh menganggarkan berapa mereka ianya berlaku.

“Teleskop baru sedang dibina di Australia barat yang ideal dengan mencari lebih banyak lagi perkara-perkara ganjil begini.”

“SKA Pathfinder Australia, yang mana akan dibina pada 2012, akan mempunyai lebih bidang pandangan yang luas – akan berupaya untuk melihat langit dengan lebih besar lagi – yang mana betul-betul seperti yang anda mahu untuk kerja-kerja begini,” dia berkata.

Sementara itu, pengkaji-pengkaji akan menyemak data arkib dari teleskop Parkes untuk mencari ledakan-ledakan radio lagi.

Laporan kajian oleh CSIRO Australia , 28 September 2007