Untuk mencari arah utara, manusia mesti melihat pada kompas. Tetapi burung hanya perlukan matanya yang terbuka, kata kajian baru.

Para saintis telah pun mengesyaki yang mata burung mempunyai molekul yang difikirkan boleh untuk mengesan medan magnet bumi. Dalam kajian terbaru, penyelidik-penyelidik Jerman mendapati bahawa molekul-molekul ini berhubung kepada kawasan otak yang dikenali untuk memproses maklumat visual.

Dalam pengesanan itu, “burung mungkin melihat medan magnetik,” kata ketua pengarang Dominik Heyers, seorang ahli biologi di Universiti Oldenburg.
Kompas buatan manusia berfungsi menggunakan bumi sebagai magnet yang sangat besar dan menentukan kedudukan magnet kecil yang dicantum pada jarum ke arah kutub utara dan selatan bumi.

Para saintis telah memikirkan bertahun lamanya bahawa burung-burung yang berpindah-randah mungkin menggunakan kompas dalaman untuk mengemudikan antara kawasan sarang mereka dengan tanah musim sejuk yang terasing dengan jarak beribu-ribu batu.

Kajian baru membantu menerangkan bagaimana kompas semulajadi ini berfungsi. Heyers dan rakan-rakan sekerjanya menginjekkan sejenis burung (warbler) taman yang berpindah-randah dengan suatu pencelup yang boleh menjejak apabila ia mengembara bersama saraf gentian.

Kumpulan itu meletakkan sejenis pencelup penjejak ke dalam mata dan daerah lain pada otak yang dipanggil Cluster N, yang mana sangat aktif apabila burung-burung mengorientasi diri mereka. Apabila burung-burung itu berada dalam kedudukan mereka, kedua-dua penjejak meneroka juga dan bertemu di Talamus, suatu kawasan di tengah-tengah otak yang bertanggung jawab kepada penglihatan.

“Ini menunjukkan ada hubungan langsung antara mata dan Cluster N, “ kata Heyes. Penemuan ini menyokong kuat hipotesis bahawa burung yang berpindah-randah menggunakan sistem visual untuk memandu arah menggunakan medan magnet.

“Medan magnet atau arah magnet mungkin dilihat sebagai suatu tompok gelap atau cerah yang mana berada pada medan pandangan normal burung,” Heyers berkata, “dan di mana yang sudah tentunya, berubah apabila burung itu menoleh kepalanya.”

Manakala pendapat Robert Beason, iaitu seorang penyelidik biologi dengan Jabatan Agrikultur A.S di Sandusky, Ohio, seorang pakar dalam pengemudian burung pula , dia mengatakan yang bintang-bintang mungkin juga secara penuh atau sebahagian menyediakan kepada burung-burung kedudukan visual mereka , bukannya medan magnet.

Langkah seterusnya adalah untuk memastikan di mana semua maklumat ini datang bersama dalam otak burung. “Itulah yang mungkin akan memberitahu kita di mana pusat pengemudian pada burung,” katanya.

Laporan dari National Geographic , 27 September 2007