Ahli arkeologi Rusia telah menjumpai 75 makam purba (bertarikh dari 15 hingga 18 cc) di tapak penggalian nekropolis (tanah perkuburan lama) Nikolo-Dvorishchenskiy Cathedral di Veliki Novgorod, Rusia.

Menurut ahli arkeologi Moscow dan ahli antropologi Denis Pezhemsky, kerja-kerja penggalian telah dilakukan dari awal Julai dan lebih banyak makan dijangkakan akan dijumpai. Bekas-bekas penghuni Novgorod purba disimpan dalam keranda batu, yang mana adalah satu nilai sejarah yang hebat. Beberapa makam adalah kemungkinan adalah keluarga, kerana sesetengah orang dikebumikan bersama-sama, kata Denis Pezhemsky.

Semasa kerja-kerja penggalian, penyelidik-penyelidik telah menjumpai beberapa benda unik iaitu barang kegunaan rumah dan serpihan-serpihan gambar-gambar yang dilukis pada dinding abad pertengahan dari kurun ke 12, cop tulang, salib purba, butang-butang dan juga banyak duit syiling yang disimpan dalam kubur dan sekitarnya. Ianya adalah adat orang-orang Novgorod , meletakkan duit-duit syiling dalam makam mereka, Pezhemsky menyebut.

Laporan dari Russia Info Center , 27 September 2007