<– Terracotta warriors

Seorang ahli arkeologi cina, yang terlibat dengan mendalam dalam penggalian dan kajian terhadap askar-askar terracotta Qin Shuang, telah mengenalpasti kedudukan makam Ziying, maharaja ketiga dan terakhir Dinasti Qin (221 – 207 Sebelum Masehi), lebih kurang 500 meter dari makam diraja maharaja Qin Shihuang di timur pinggir kota Xian, ibukota Wilayah Shaanxi barat daya.

Makam Ziying, 109 meter panjang, 26 meter lebar dan 15.5 meter dalam, adalah yang kedua terbesar dalam kawasan selepas makam Maharaja pertama, kata Yuan Zhongyi, bekas kurator muzium terracotta warriors dan kuda Qin Shihuang.

Makam itu ditemui pada tahun 2003 dan para ahli arkeologi sejak itu cuba untuk mengenalpasti penghuninya. Penggalian yang berikutnya barang-barang keluaran dan tekstil menunjukkan yang makam itu bertarikh kembali ke Dinasti Qin.

Yuan, orang yang telah menggali dan mengkaji khazanah warisan dari makam diraja sejak 1974, telah membuat kesimpulan penghuni yang paling munasabah di makam itu ialah Ziying, orang yang telah memerintah Dinasti Qin selama 46 hari sebelum berakhir dan dia kemudiannya dibunuh.

“Yang ini mesti makam Ziying di mana makam-makam ini ditempatkan kesemua pemerintah lain Qin,” dia berkata. “Adalah perkara biasa untuk menanam maharaja terakhir secara terburu-buru hampir dengan makam diraja apabila Qin ditumbangkan.”

“Saiz, lokasi dan barang-barang pemujaan yang berada dalam makam itu juga menunjukkan bahawa pemiliknya adalah seorang yang berstatus tinggi,” tambahnya. Qin Shihuang adalah sentiasa diingati sebagai maharaja yang telah membina Tembok Besar China dan mempunyai pahlawan-pahlawan tanah liat (terracotta warriors) dan kuda yang diukir dari tanah liat untuk membantunya memerintah selepas kematiannya (menurut kepercayaan mereka).

Laporan dari Mathaba News Network , 28 September 2007