Biasanya mereka secara sepintas lalu kelihatan sebagai kilasan warna biru dan oren memecut sepanjang permukaan sungai. Kadang-kadang gambar mereka dapat ditangkap oleh jurugambar dengan memasukkan kepala ke dalam air atau timbul dengan ikan kecil tersangkut kemas di muncung panjangnya.

Tetapi burung Raja Udang – (Alcedo atthis) atau (dalam bahasa inggerisnya Kingfisher) – adalah jarang ditangkap berada dalam situasi perjuangan hidup dan mati di luar kawasan.

Jurugambar Richard Austin telah menangkap gambar dua pejuang ini di sebuah sungai di Axmouth, Devon selatan. Memegang kawasan dengan banyak bekalan makanan adalah mustahak kepada burung ini jika ianya mahu selamat kesusahan pada musim sejuk yang akan datang dan dua ekor burung ini telah bergaduh dengan garangnya di sebuah sungai melepasi hak-hak untuk memancingnya.

“Mereka mengelak dan mencelah-celah serta membuat bunyi bising seperti wisel pengadil bola.”

Peter Exley dari RSPB di Devon berkata, “Kawasan adalah tersangat penting bagi burung Raja Udang selama ini”.

“Burung itu akan mula membuat pertandingan kawasan masing-masing pada pertengahan September dan pasangan membiak akan seringkali membahagikan kawasan musim panas antara mereka.


“Cuaca yang sejuk kadangkala memaksa burung-burung ini keluar dari kawasan mereka, yang mana seringkali membuatkan mereka mempunyai habitat yang tidak sesuai atau konflik dengan burung Raja Udang lain.”

“Saiz kawasan itu bergantung kepada jumlah makanan yang sedia ada, dan populasi burung dalam sesuatu kawasan. Kawasan itu biasanya meliputi sekurang-sekurangnya satu kilometer sungai itu dan mungkin dilanjutkan melebihi lima kilometer.”

Laporan dari Telegraph.co.uk

About these ads