Untuk kebanyakan pemerhati bintang, langit malam mungkin kelihatan seperti titisan dari cahaya gemerlapan yang sangat serupa. Tetapi sebenarnya berbillion-billion bintang yang terbina pada cakerawala ini adalah berlainan dan penuh dengan suatu yang mengkagumkan yang menimbulkan keinginan yang sukar untuk dicapai. Daripada bunga api stellar (stellar fireworks) yang disebabkan oleh letupan supernova kepada lohong hitam (black hole) yang tidak kelihatan, para ahli astronomi secara perlahan-lahan memikirkan bagaimana bintang-bintang bekerja dan apa yang membuatkan kelainan itu unik. Banyak misteri yang tinggal misteri selamanya.

Berlian di langit

Apabila bintang jisim matahari kita menggunakan bahan bakar nuklearnya, ia menghalau kebanyakan dari lapisan luarannya untuk meninggalkan hanya teras yang sangat panas yang dipanggil ‘white dwarf’. Para saintis telah mengagak bahawa pada dasar 31 batu (50 km) pada kerak tebal ‘white dwarf’ adalah karbon kristal dan oksigen, sama seperti berlian. Dan pada tahun 2004, mereka menemui yang ‘White dwarf’ berdekatan dengan buruj Centaurus, BPM 37093, dibuat dari karbon kristal seberat 5 juta trillion trillion pound. Jika bercakap dalam soal berlian, ianya adalah 10 billion trillion trillion karat.

Bangkai stellar


Magnetars adalah bintang-bintang neutron tumpat, sejenis bangkai stellar – dengan medan magnet berbillion kali lebih kuat dari mana-mana magnet di bumi. Mereka melepaskan sinar X-ray kira-kira setiap 10 saat dengan sekali-sekala ledakan gamma-ray. Mereka tidak dikelaskan sebagai jenis bintang yang nyata sehingga tahun 1998, hampir dua dekad selepas cahaya mereka yang dibongkar menunjukkan adalah yang pertama di jumpai. Dalam bulan Mac 1979, sembilan pesawat angkasa telah memerhati pelepasan radiasi yang sama dengan jumlah tenaga matahari dilepaskan 1,000 tahun mendatang dari lokasi bekas supernova yang dipanggil N49.

Suku yang hampir


Kelompok stellar yang terbina dari banyak bintang yang berkembang pada masa yang sama. Beberapa darinya mengandungi beberapa dozen bintang, dan yang lain adalah banyak juta bintang. Beberapa kelompok bintang boleh dilihat dengan mata kasar, seperti kelompok Pleiades yang masyhur dalam buruj Taurus. Bintang-bintang membentuk dalam daerah yang sama tetapi mengapa sesetengahnya tinggal bersama membentuk kelompok dalah masih lagi misteri.

Stellar yang bergemuruh


Suatu gempa bintang difikirkan akan mengoyak permukaan bintang neutron, lebih seperti gempa bumi. Pada tahun 1999, para ahli astronomi telah mengenalpasti ledakan-ledakan ini sebagai penyebab gamma-ray dan x-ray yang datang dari bintang-bintang neutron. Diramalkan ledakan hebat itu tinggal menjadi misteri. Baru-baru ini, John Middleditch dari Makmal Kebangsaan Los Alamos dan kumpulannya telah menemui bahawa jenis tertentu bintang neutron yang berputar dipanggil pulsar, masa yang sama bagi gegaran berikutnya adalah berkadar sama kepada saiz gegaran terakhir sebelum itu.

Bintang-bintang hebat


Bintang neutron lahir keluar dari ledakan supernova, yang mana mengecilkan teras bintang mati – dengan jisim yang lebih besar dari matahari – kepada suatu bebola dengan saiz diameternya sama besar dengan suatu bandar kecil. Satu langkah sebelum menjadi lohong hitam atau ‘black hole’ , bintang-bintang neutron adalah objek yang paling tumpat di alam maya ini. Hanya dengan sesudu the boleh mencapai berat kasar berbillion tan di bumi. Pada tahun 2005, para saintis NASA menjumpai sumber ledakan gamma-rayyang memancar sebanyak 100,000 trillion cahaya matahari – dan telah menyelesaikan misteri yang sudah 35 tahun. Apabila dua bintang neutron bertembung pada kelajuan berpuluh-puluh ribu batu per saat, mereka mengeluarkan bunga api gamma-ray.

Ledakan bintang


Bintang-bintang kelas baru dipanggil Radio Sementara Yang Berputar ( Rotating RAdio Transients – RRATs) boleh jadi pemancar berubah-ubah. Mereka adalah suatu bintang-bintang neutron yang sangat besar yang secara berselang menyampai keluar ledakan gelombang radio yang boleh bertahan selama beberapa milisaat dengan jurang gelap yang berlangsung selama paling lama tiga jam. Bukan sahaja ledakan-ledakan ini berjangka hayat pendek, untuk mengesan RRATs, para ahli astronomi mesti menjelaskan pemancar radio yang pantas ini dari gangguan radio daratan. Mahupun begitu, di sana mereka mungkin ada beratus ribu di dalam Galaksi Bima Sakti.

Kelab single


Bintang-bintang tidak akan menjadi penyendiri, seperti mana yang pernah difikirkan. Kini para ahli astronomi meramalkan 85 peratus dari bintang-bintang di galaksi Bima Sakti menetap dalam sistem bintang-pelbagai. Lebih dari separuh bintang-bintang adalah bintang binari, atau dua bintang yang terikat dengan daya tarikan graviti saling, dengan setiap bintang mengorbit keliling pusat jisim. Apabila tiga atau lebih bintang berhimpit bersama, ia dipanggil sistem bintang-pelbagai. Pada tahun 2005, para ahli astronomi telah menunjukkan bukti bagi orbit pertama planet sistem binari.

Letupan yang sukar difahami


Letupan bintang yang membawa bencana menghantar keluar gelombang kejutan yang membawa radiasi keluar pada 22 juta batu per jam (35 juta km per jam). Akhir hayat bagi sesetengah bintang boleh jadi kejadian yang menakjubkan. Dipanggil sebagai supernova, apabila suatu bintang yang lebih dari lapan kali besar dari matahari kita terbakar habis. Letupan itu mendorong jet cahaya tenaga-tinggi dan jirim keluar ke angkasa. Sejak supernova Johannes Kepler di temui pada tahun 1604, para ahli astronomi tidak menyaksikan satu pun dalam galaksi kita.

Sinaran-sinaran matahari


Atmosfera matahari, ataupun korona, boleh menjangkau berbuih 3.6 juta darjah F (2 juta darjah C), dan boleh tanpa dijangka melontar keluar arus partikel-partikel tenaga tinggi yang menghampiri kelajuan cahaya. Dipanggil sebagai nyalaan solar, kumpulan partikel-partikel bercaj ini memecut bersama jalur medan magnet lengkung ke arah bumi, dimana mereka dapat mengganggu teknologi satelit dan komunikasi, peralatan elektronik, mahupun telefon selular. Nyalaan solar terbesar boleh melepaskan berjuta-juta bom hidrogen yang tenaganya cukup untuk memberi kuasa kepada Amerika Syarikat selama 100,000 tahun jika ia boleh dikawal dan guna.

Pengetam-pengetam bengis (Grim reaper)

Lohong hitam adalah tersangat tumpat dimana tiada jasad pun akan dapat lari dari cengkaman gravitinya. Sebaik sahaja melalui puncak horizonnya, atau kawasan depannya hinggakan cahaya pun tidak dapat terlepas darinya, tiada jalan lari di situ. Kini para ahli astronomi mempunyai bukti yang kuat tentang kewujudan lohong hitam stellar, yang mana terbentuk dari bintang-bintang besar yang telah musnah, seperti juga lohong hitam yang terlalu besar yang mencapai berat rahang-jatuh berjuta-juta jirim suria.

Laporan dari Msnbc