Planet yang menyerupai bumi adalah berkemungkinan terbentuk 424 tahun cahaya jauhnya yang berada dalam satu sistem bintang yang dipanggil HD 113766, kata ahli astronomi yang menggunakan Spitzer Space Telescope NASA.

Ahli-ahli sains telah menemui satu lingkaran debu hangat yang sangat besar – cukup untuk membina sebuah planet bersaiz Marikh atau lebih besar – berkepul-kepul melingkungi sebutir bintang yang jauh iaitu sedikit sahaja lebih besar daripada matahari kita.

Lingkaran debu, yang mereka syaki berkelompok bersama menjadi planet-planet, terletak di tengah zon daratan boleh didiami kepada sistem itu. Ini ialah kawasan sekitar bintang di mana air cecair boleh wujud di mana-mana planet yang berbatu batan yang mungkin terbentuk. Sepertimana bumi terletak di tengah-tengah zon daratan boleh didiami kepada matahari.
Pada kira-kira 10 juta tahun umurnya, bintang adalah juga pada usia yang sesuai untuk membentuk planet-planet berbatu batan.

“Masa untuk sistem ini menjadi bangunan seperti bumi sangat baik,” kata Dr. Carey Lisse, dari Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory, Laurel, Md. “Jika sistem adalah terlalu muda, cakera bentuk-planetnya akan penuh dengan gas, dan ia sebaliknya akan membuat planet-planet gas-gergasi seperti Musytari. Jika sistem adalah terlalu tua, kemudian pengagregatan atau pengelompokan debu mesti sudah pun berlaku dan semua planet berbatu-batan sistem itu akan sudah terbentuk.”

Menurut Lisse, keadaan bagi membentuk sebuah planet seperti-bumi adalah lebih dari berada dalam kedudukan yang betul pada masa yang sesuai dan sekeliling bintang betul – ia adalah juga tentang campuran yang betul bahan-bahan berdebu.

Menggunakan instrumen spektrometer inframerah Spitzer, dia menentukan yang bahan dalam HD 113766 adalah lebih diproses daripada bahan seperti-bola salji yang membentuk anak sistem-sistem suria dan komet, yang dianggap sebagai “peti sejuk” kosmik kerana mereka mengandungi bahan-bahan bersih daripada sistem suria yang awal. Bagaimanapun, ia adalah juga tidak seperti diproses sebagai perkara yang dijumpai di planet-planet matang dan asteroid-asteroid terbesar. Ini bermaksud lingkaran debu mesti berada di dalam satu fasa peralihan, apabila planet-planet yang berbatu batan mula untuk membentuk.

Bagaimana boleh ahli-ahli sains tahu bahan adalah diproses lebih daripada yang pada komet? Daripada misi-misi seperti Impak Mendalam NASA – di mana sebuah pesawat angkasa penghentam 820 paun berlanggar dengan komet Tempel 1 – ahli-ahli sains tahu yang sistem-sistem bintang awal mengandungi banyak bahan organik rapuh. Bahan itu termasuklah polisiklik aromatik hidrokarbon (molekul-molekul berasaskan-karbon yang dijumpai pada gril barbeku yang dibakar dan ekzos automobil di bumi), air batu, dan karbonat (kapur). Lisse berkata bahawa HD 113766 tidak mengandungi sebarang air batu, karbonat atau bahan-bahan organik rapuh.

Daripada kajian-kajian meteorit di bumi, ahli-ahli sains juga mempunyai satu idea yang baik tentang apa yang membentuk asteroid-asteroid – sisa-sisa berbatu batan yang lebih banyak diproses pada pembentukan planet. Kajian-kajian ini memberitahu kita bahawa logam-logam itu mula berpisah dari batu-batu dalam bumi awal-awal dahulu, apabila badan planet adalah sepenuhnya lebur. Sepanjang masa ini, hampir semua logam berat jatuh ke pusat bumi dalam satu proses bernama “pembezaan.” Lisse berkata bahawa, tidak seperti planet-planet dan asteroid-asteroid, logam-logam dalam HD 113766 belum betul-betul berpisah dari bahan berbatu batan, mencadangkan bahawa planet-planet yang berbatu batan belum lagi terbentuk.

“Bahan yang dicampurkan ke dalam lingkaran ini adalah yang paling dikenang dari perkara yang dijumpai dalam lahar / lava yang mengalir di bumi. Saya fikir bahan Mauna Kea apabila saya mula melihat komposisi debu dalam sistem ini – ia mengandungi batu mentah dan adalah banyak terdapat besi sulfida, yang mana serupa dengan emas olok-olok,” kata Lisse, merujuk kepada sebuah gunung berapi Hawaii yang terkenal.

Laporan kajian dari Universiti Johns Hopkins , 4 Oktober 2007